Posts filed under ‘Pesanan’

Kata Orang Arif

Kata orang arif, “Apabila engkau mendapat wang, belikan emas; jualkan emas itu, belikan intan; jualkan intan itu, belikan manikam; jualkan manikam itu, belikan ilmu.”

Yahamim: Belajar menjadi orang arif.

July 29, 2009 at 12:52 am Leave a comment

Kandungan Gula Dalam Makanan

pic00026 

pic00832 

pic02503 

pic03565 

pic03872 

pic04755 

May 13, 2009 at 9:18 am Leave a comment

Hari Harta Intelek Negara 2009

banner

bannerpestabuku

Tinggal satu hari sahaja lagi Hari Harta Intelek Negara 2009 (HHIN 09) akan berlangsung. Sebagai ajk penganjur, saya harapkan ia berlangsung dengan jayanya seperti yang dirancang.

Kepada semua pembaca, dijemput ke pameran yang diadakan. Selain mengunjungi pesta buku di PWTC, masukkan sekali dalam jadual untuk ke KLCC di mana HHIN 09 berlangsung.

Maklumat berkenaan HHIN 09 boleh dibaca di sini.

Yahamim: Sedang membina harta intelek sendiri.

April 22, 2009 at 12:51 am Leave a comment

Jauhari Sahaja Yang Mengenal Manikam

Bahan ini saya perolehi daripada emel dan disiarkan untuk bacaan semua. Para peminat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terutamanya perlu baca.

Do Re Mi

Ia salah satu cerita yang saya tidak jemu menonton. Babak yang paling menarik ialah apabila Do Re Mi masuk ke dalam rumah untuk menjual berus gigi dengan pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya tetapi pakai topeng mata macam penyamun. Selepas itu, tuan rumah dipaksa beli.

Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah Do Re Mi itu orang berniaga tetapi macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun barang itu diperlukan.

Ia banyak terjadi sekarang. Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tidak perlu pun dibeli, malah dengan harga mahal. Barang yang murah jadi berkali-kali ganda mahalnya, begitu juga barang yang langsung tidak diperlukan. Ini hanya untuk memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang disamun? Penyamunnya ialah kontraktor, pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu. Yang disamun ialah rakyat, duit pembayar cukai dan duit budak-budak sekolah. Sepatutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah, bantuan buku, bantuan makanan dll tetapi masuk poket penyamun.

Dalam babak yang sama, ada watak polis. Siapa polis itu?

Hebat betul P. Ramlee (Allahyarham) mengintepretasikannya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu pada zamannya, sebab itu filemnya masih releven dan tidak jemu ditonton. Penyamun-penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula.

3 Abdul

Cuba pula lihat 3 Abdul, tuan penasihat ada macam-macam. Jika silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan. Tuan penasihat memang sudah tetapkan 25% dalam setiap urusan. Modal dia, air liur sahaja beri idea. Begitulah sekarang, setiap urusan memang sudah ada “25%” itu untuk orang tengah.

“Kalau marah nanti kena jual.”

Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P. Ramlee itu? Apa kena-mengena dengan orang marah?

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahannya akan terserlah. Hanya orang bijak sahaja dapat memanipulasi kelemahan ini. Sesetengah orang apabila marah, dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan kerana orang sedang marahlah paling mudah diprovokasi. Orang marahlah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tidak senonoh dan senag manipulator masukkan dia ke dalam perangkap monyet dan jual di restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak terjadi dalam politik. Ada seseorang yang bertaraf menteri, yang dahulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah pasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus ditukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turunnya.

P. Ramlee telah beritahu pasal pentingnya Emotional Quotient (EQ) dahulu lagi. Walaupun EQ belum diperkenalkan ketika itu. Hinggakan untuk perkara baik pun perlu dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Ali Baba Bujang Lapuk

Penyamun boleh bawa berpakat, tiada masalah asalkan pandai. Boleh buat-buat seperti dirompak, selepas itu tuntut insurans. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.

“Kalau awak berani mancari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan ambil tindakan.”

Banyak yang tersirat dalam dialog tersebut.

P. Ramlee sudah beritahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dahulu. Sekali lagi kita buat silap, tidak ambil iktibar apa yang disampaikan 40 tahun dahulu. Selama 40 tahun itulah kita hanya pandai gelak apabila melihat komedi sinis itu di TV tetapi tidak pandai menilainya.

P. Ramlee memang genius. Belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu-isy orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang, atas layar perak. Sebagai orang seni, beliau cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu ketika itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. Beliau menggunakan adab Melayu yang suka beralas apabila bercakap menggunakan medium fielm. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang

Nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si sultan. Pertaruhan, perjudian, sudah tentu ada taukenya.

Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi “ketua kepada segala ketua perbincangan”. Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya, “Correct, correct.”

Dalam filem itu, ahli nujumlah yang menjadi penasihat negara. Apa yang dimusykilkan sultan, pendapat ahli nujumlah yang penting. Sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting kerana dia tahu selok-belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.

Dek ghairah bercerita, bahis semua jawapan teka-teki diberitahu olehnya, si Belalang pula yang secara kebetulan bersembunyidi bawah perahu mencuri dengar . Belalang moden pula badannya besar, dia tidak bersembunyi cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tidak tahu ada orang curi rakam. Habis bocor segala rahsia dan komplot.

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tidak beretika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu sahaja, dengan tuan-tuannya tergadai. Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden hakim tergadai maruah.

Hairan, filem yang sudah 40, 50 tahun masih releven sekarang. Saya tidak pasti sama ada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi pada zaman itu.

Musang Berjanggut

Sebuah filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan beliau. Maksudnya cerita tersebut memaparkan telatah kurang akal di sebalik jawatan dan protokol pemerintah apabila berhadapan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah baginda sultan, menteru dan orang besar kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dan macam-macam lagi kerana wanita.

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu kebobrokan sesama mereka. Namun salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan kebobrokan masing-masing.

Seronoknya apabila dibuka peti kononnya ada musang terperangkap. Masing-masing terpinga-pinga dan segala orang besar istana, menteri dan baginda sultan sendiri tahu yang rahsia mereka sudah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat baginda sendiri.

Orang kuat baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadilah ia mangsa untuk dijadikan bukti di hadapan sultan. Sultan tergamam tidak terkata.

Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi dengan “happy ending” dan kemaafan daripada P. Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran beliau. Kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar daripada senarai slot tayangan filem-filem beliau.

P. Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem. Filem-filemnya sudah sampai satu peringkat macam cerita rakyat kerana sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat seperti Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan Labunya tetap segar walaupun sudah beratus tahun. Moralnya masih releven. Cerita P. Ramlee begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral jika diteliti.

Apa yang dikaryakan memang terjadi dahulu, sekarang dan masa akan datang. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik secara sinis dan tidak menghentam secara terus tetapi berseni sekali.

Beliau sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tidak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat beliau menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Yang tidak sedar diri, terbahak-bahak ketawa kemudian terdiam sekejap kerana tersear yang dia gelakkan diri sendiri. Hahaha.

Yahamim: Hendak menjadi “jauhari” yang mengenal “manikam”.

April 1, 2009 at 7:14 am 1 comment

Pelajaran Berguna Dari Gaza

Bahan ini saya terima dari emel. Penulisnya tidak dapat saya kesan tetapi saya mohon jika penulisnya terbaca tulisan ini dapat menghubungi saya supaya saya dapat memohon izin secara rasmi.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan “Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA”.

Paparan Penuh>>

[Kata Kunci: peperangan di Gaza, tidak lemah, wanita Gaza, tetap tegak]

Yahamim: Setiap perkara adalah pelajaran berguna.

March 27, 2009 at 3:02 am Leave a comment

Blog Pilihan

Ikuti sorotan dan ulasan Tuan Mohamed Idris mengenai bahasa dan PPSMI. Antara nasihat beliau yang bagus untuk direnung adalah jangan salahkan bahasa apabila kita gagal. Kita diberikan ruang dan peluang untuk berusaha. Yang penting adalah usaha kita menangani cabaran itu. 

Beliau menyifatkan dirinya sebagai berikut, “I’m someone who is deeply interested in and concerned with the world language system. “

Yahamim: Salahkan diri sendiri apabila gagal.

March 26, 2009 at 12:25 am 2 comments

Saya Sahut Cabaran Itu

Apabila dasar PPSMI dimansuhkan (saya sangat optimis), kita akan berhadapan dengan cabaran baru. Antaranya ialah memenuhi keperluan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Ilmu ini meliputi agama, sains, teknologi, motivasi dan sebagainya.

Saya sahut cabaran itu melalui blog Laungan Bergema Ha.Mim.Ya.Mim. Oleh itu, pengkhususan blog tersebut akan berubah, dengan lebih tepat lagi pengkhususannya bertambah. Antara yang boleh saya senaraikan adalah seperti di bawah:

  1. Ulasan buku (pengkhususan sedia ada).
  2. Pengetahuan tentang harta intelek terutamanya paten.
  3. Ilmu berkaitan reka cipta.
  4. Isu semasa berkaitan perkara di atas.

Pada masa akan datang mungkin senarai akan berubah atau bertambah mengikut kesesuaian.

Prinsip saya mudah, setiap orang menyumbang bahagian masing-masing mengikut kepandaian atau kepakaran. Akhirnya lengkaplah ilmu itu.

Harapan saya, semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan daripadaNya, Insya Allah.

Yahamim: Suka menyahut cabaran.

March 20, 2009 at 12:21 am 1 comment

Pautan Ke Blog Anti PPSMI

Assalamualaikum dan salam takzim pembaca budiman. Semoga berada dalam kesejahteraan dan naungan rahmat Allah.

Di bahagian kanan blog ini disediakan pautan ke blog yang anti (menentang) PPSMI. Ia dipilih kerana kredebiliti laporan, maklumat yang terkini dan yang lebih penting ia sahih.

Orang bijak dahulu kala berkata, “Akal tidak sekaligus datang, fikiran tidak sekaligus tiba”. Tidak TAHU tidak mengapa yang penting MAHU dan akhirnya mencapai tahap MAMPU. Yang penting kita mesti terus menimba pengetahuan mengapa dasar PPSMI kita tolak.

Semoga semua mendapat manfaatnya.

Yahamim: Terpaut pada Bahasa Melayu.

March 18, 2009 at 6:45 am 1 comment

Maulidur Rasul 1430H

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1430H kepada semua pembaca blog ini. Temanya pada tahun ini iaitu Wahdah Pemangkin Khaira Ummah perlulah dihayati.

Umat Islam sentiasa didatangi cabaran demi cabaran yang menguji keutuhan kesatuannya. Di Malaysia sendiri, cabaran tidak kurang hebatnya. Sedang satu dunia bergelut dengan kemelut ekonomi, kita turut bergelut dengan masalah perpaduan, perpecahan politik, isu taat/derhaka kepada raja yang menjadi simbol agama Islam dan banyak lagi.

Contoh yang baik untuk menangani cabaran ini sudah ditunjukkan oleh rasul junjungan, Nabi Muhammad saw. Tinggal lagi kita perlu mengkaji dan mengambil iktibar sejarah ulung baginda itu.

Maka, projek “Kesatuan Islam” mesti ditegak dan diteruskan semula serta berusaha untuk mengembalikan sistem khalifah agar Islam bangkit meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w yang ditinggalkan kepada umatnya. Sama-sama kita berusaha ke arah itu.

Yahamim: Tidak pernah keseorangan dalam berjuang.

March 10, 2009 at 12:29 am Leave a comment

Kita Mansuhkan PPSMI!

SABTU 7 Mac Rapat Raksasa Di Depan Istana Negara

pamplet

Disalin daripada blog sifu PTS. Maklumat tambahan boleh dibaca di blog Sifu PTS dan Prof. Abdullah Hasaan

Yahamim: Belajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu.

March 5, 2009 at 12:38 pm 1 comment

Blog Yang Dicadangkan Melawatnya

Ini adalah blog rakan sekolej saya di KTC. Tidak sangka entry Bahasa Arab Tinggi telah menarik minat beliau untuk memberi ulasan seterusnya memberi peluang kepada saya untuk mengorek lebih dalam.

Nama beliau Nurfadilah Saadul Kurzi atau lebih dikenali dengan nama blogger Nahwannur. Bahasa yang digunakannya sangat elok (Bahasa Melayu Tinggi), pengisiannya bagus dan ditambah lagi dengan susun atur (warna, tulisan, gambar) yang menarik amat memberi kepuasan.

Selama ini saya sering merungut kepada sahabat blogger saya, irhafiz kebanyakan blogger wanita ‘selekeh’. Maksud saya berserabut susunannya, penggunaan warna yang tidak sesuai,  selain tidak berapa kemas. Namun pada Nahwannur saya tabik.

Sila baca di sini

Yahamim: Suka yang ringkas tetapi kemas.

February 27, 2009 at 1:08 am Leave a comment

Contoh Ucapan Politik Yang Bijaksana

Versi Bahasa Inggeris:

An ingenious example of speech and politics occured recently in the United Nations (UN) Assembly and made the world community smile.

The Palestinian Representative’s Speech at the UN:

“Before beginning my talk I want to tell you something about Moses. When he struck the rock and it brought forth water, he thought, what a good opportunity to have a bath!”

“He removed his clothes, put them aside on the rock and entered the water. When he got out and wanted to dress, his clothes had vanished. An Israeli had stolen them.”

The Israeli representative jumped out furiously and shouted, “What are you talking about? The Israelis weren’t there then.”

The Palestinian representative smiled and said, “And now that we have made that clear, I will begin my speech.”

moz-screenshot-22

Versi Bahasa Melayu:

Ini adalah satu contoh politik dan ucapan yang bijaksana. Ia berlaku baru-baru ini semasa persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang membuatkan masyarakat dunia tersenyum.

Ucapan wakil Palestin di PBB:

“Sebagai permulaan saya ingin menceritakan secebis kisah Nabi Musa. Apabila baginda memukul batu, terpancutlah air daripadanya. Baginda terfikir ia adalah masa yang sesuai untuk mandi!”

“Baginda membuka baju, meletakkan di atas baju dan memasuki air. Apabila baginda selesai dan ingin memakai baju semula, ia telah hilang. Orang Israel telah mencurinya.”

Seorang wakil Israel (dibaca rejim zionis) bangun dengan marahnya dan berkata lantang, “Kamu jangan merepek. Orang Israel belum ada di sana lagi.” 

Wakil Palestin itu tersenyum dan berkata, “Segelanya sudah jelas dan saya akan memulakan ucapan saya.”

Yahamim: Sinis lagi pedas.

February 25, 2009 at 8:49 am 3 comments

Rekod Dunia Oleh Solat

Di sana sini manusia di dunia ini sibuk mencipta rekod itu dan ini, begitu begini. Ada yang pelik, ada yang lucu ada yang tidak masuk akal. Namun sebenarnya umat Islam sejak dahulu lagi sudah mencipta rekod, tetapi jarang diambil perhatian. 

Salah satu rekod itu dicapai melalui ibadah solat. Rekod “terpanjang”, “terlama”, “tanpa henti” dan macam-macam lagi sudah dibuat oleh kita. Antara yang boleh saya senaraikan adalah:

  1. Sejak lebih 1400 tahun kita membuat rekod azan yang berkumandang berterusan tanpa henti di seluruh dunia (sila baca di sini). 
  2. Sejak lebih 1400 tahun program mingguan (solat Jumaat) mampu dianjurkan tanpa gagal.
  3. Sejak lebih 1400 tahun kita menganjurkan program pidato mingguan paling lama (khutbah Jumaat).

Tidak keterlaluan jika rekod ini boleh dikatakan mencapai tahap angkasa raya (universe). Itulah ajaibnya ibadah solat yang diwajibkan kepada umat Islam.

Kepada semua pembaca sila tambah senarai rekod oleh solat dalam ruangan komen di bawah. Wallahualam.

Yahamim: Mesti rajin solat.

February 17, 2009 at 2:47 am 1 comment

Strategi Flanking Dalam Surah Yusuf

Ketahui apa itu strategi flanking yang telah dipelopori oleh Nabi Yaakub as yang dinyatakan dalam Surah Yusuf. Ketahui juga apa strategi flanking syarikat peneribitan PTS dan orang Turki. Dipaparkan juga bagaimana Yeos menyaingi Coca Coca dengan menggunakan strategi flanking. Baca di sini.

Yahamim: Guna strategi flanking untuk menulis blog dan buku. 

January 13, 2009 at 1:44 am Leave a comment

Boikot Tetapi Kita Yang Terjejas?

Semalam (Isnin, 15 Muharam) saya mengikuti Timbalan Ketua Pengarah (TKP) saya bermesyuarat di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Putrajaya. Selesai bermesyuarat mereka berbincang-bincang isu Palestin dan Israel yang saban hari menyayat hari banyak umat manusia. Satu isu yang menarik perhatian saya dalam perbualan mereka adalah isu boikot yang dilancarkan media.

Puan TKP menyebut dua produk yang ada kaitan dengan Israel, tetapi apabila diboikot kesannya turut dirasai oleh rakyat Malaysia iaitu Coca Cola dan McDonald.

Di Malaysia, seramai 1700 rakyat Malaysia dan 60% daripadanya Islam yang menjadi pekerja  Coca Cola. Coca Cola menyatakan boikot oleh Malaysia akan menjejaskan ekonomi.  Baca butirannya di sini. 

Begitu jugalah keadaannya dengan McDonald, ramai pekerjanya di kalangan orang Islam. Saya dimaklumkan pembekal ayam untuk McDonald (dan KFC) adalah Johor Corporation (J-Corp) milik Malaysia.

Banyak juga kritikan terhadap idea boikot ini. Antaranya boleh baca di sini.

Sebenarnya di sinilah saya nampak rasional idea Persatuan Pengguna Malaysia yang menganjurkan boikot terpilih (Coca Cola, Starbucks dan Colgate). Mereka memilih untuk boikot tiga produk dahulu. Usaha boikot perlu menyeluruh iaitu pembeli berhenti membeli (membeli produk lain), pekerjanya mencari pekerjaan lain (mereka ini perlu pekerjaan lain sebagai ganti) dan tidak membuat pelaburan baru yang menyumbang kepada tiga jenama tersebut.

Pengajaran terbesar adalah kita perlu membangunkan ekonomi dan produk sendiri. Oleh itu usaha boikot akan lebih berkesan apabila kita tidak perlu terikat dengan kemungkinan yang disebutkan di atas.

Yahamim: Guna ubat gigi Mukmin, sudah lama tidak minum air berkarbonat dan tidak pernah ke Starbucks.

January 13, 2009 at 12:28 am 1 comment

Older Posts


May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 146,831 hits

Top Clicks

  • None

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.