Memperkenalkan Perkataan Baru

July 6, 2009 at 12:27 am 1 comment

Siapakah yang bertanggungjawab mencipta istilah baru? Kita sebagai orang biasa-biasa layakkah mencipta atau mencadangkan istilah baru dalam bahasa Melayu? Di sini saya sampaikan sedikit ilmu yang ada. Jika musykil sila rujuk kepada yang lebih arif dan berautoriti.

Sebagai seorang penulis, kita mendepani bahasa Melayu. Ada ketikanya apabila menulis tentang sesuatu, tiada istilah yang sesuai dalam kamus bahasa Melayu. Maka dengan itu kita boleh meminjam isitilah dari sumber asal dengan syarat menuliskan maksudnya agar pembaca boleh faham. Selepas itu gunakan perkataan itu dengan kerap. Kelak pembaca terbiasa dengan istilah tersebut.

Sebagai contoh saya ingin memperkenalkan satu perkataan daripada bahasa Jawa yang berbunyi konangan. Ia bermaksud kesalahan atau perbuatan yang cuba disembunyikan tetapi akhirnya diketahui oleh orang lain. Ia seakan-akan sama dengan slanga kantoi. Contoh ayat:

  1. Amir dirotan guru disiplin kerana konangan ponteng kelas. Ulasan: Perbuatan Amir ponteng kelas telah diketahui oleh guru disiplin lantas dia dirotan.
  2. Faizal cuba menyembunyikan berita kehilangan motornya tetapi konangan oleh rakan sepejabatnya. Ulasan: Dalam konteks ini perkataan “diketahui” boleh digunakan tetapi “konangan” membawa konsep yang lebih khusus.

Sebagai panduan, rujukan perkataan secara online boleh dibuat di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PPRM). Cadangan perkataan baru boleh dibuat kepada DBP.

Yahamim: Konangan tulis blog.

Entry filed under: Bahasa Melayu. Tags: .

Sesuaikah Guna Bahasa Celaru? Meminjam Perkataan Tanda Bahasa Itu Berkembang

1 Comment Add your own

  • 1. Ayam  |  October 17, 2012 at 1:49 am

    Setuju!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: