Keliwon

February 10, 2009 at 9:57 am 1 comment

Malam tadi, sedang saya berehat-rehat sambil menonton televisyen satu SMS saya terima. “Salam. Apa maksud Keliwon dalam bahasa Jawa?”

Saya membalasnya, “Maksud saya tidak tahu tetapi ia umpama kitaran hari, ada 5 hari kesemuanya antaranya Pun, Keliwon (yang lain tidak ingat). Gabungan hari Jumaat dan Keliwon sering dianggap penuh dengan unsur mistik.”

Di sini saya sertakan maklumat yang lebih lengkap dengan membuat rujukan di internet. Kalau saya balik kampung, saya akan tambah lagi maklumat dengan merujuk kepada ibu bapa saya.

  • Dalam budaya Jawa dan Bali, ada satu sistem yang dinamakan Pancawara.
  • Pancawarna adalah nama dari sebuah pekan atau minggu yang terdiri dari 5 hari.
  • Pancawara juga disebut sebagai hari pasaran dalam bahasa Jawa.
  • Dalam sistem penanggalan (sistem tarikh) Jawa dan Bali, terdapat 2 macam siklus waktu; siklus mingguan dan siklus pasaran.
  • Siklus mingguan-satu minggu dibagi menjadi 7 hari, seperti yang kita kenal sekarang (Isnin, Selasa, Rabu, Kamis, Jumat, Sabtu, dan Ahad).
  • Siklus pasaran-satu pekan terdiri daripada 5 hari pasaran. Nama-nama hari dalam sistem pancawara (pasaran) ini adalah: paing, pon, wage, kliwon, legi/umanis.
  • Menurut kalender Jawa, setiap hari dan tanggal (tarikh) dalam sistem kalender Masehi selalu mempunyai dua macam nama hari.
  • Misalnya 1 Januari 2001 adalah hari Isnin – Paing, berikutnya 2 Januari 2001 adalah hari Selasa – Pon, kemudian diikuti hari Rabu – Wage, disusul hari Kamis – Kliwon, Jumat – Legi, Sabtu – Paing, Ahad – Pon, Senin – Wage, Selasa – Kliwon, dan seterusnya. Kombinasi dua macam hari ini sampai sekarang masih dipakai dalam penerbitan surat khabar berbahasa Jawa, seperti harian Kedaulatan Rakyat yang terbit di kota Yogyakarta.

Selamat memahami sistem hari orang Jawa.

Yahamim: Mungkin ramai yang sedar slot “Keliwon” yang disiarkan di TV3 pada hari Khamis malam Jumaat.

Entry filed under: Mata Hati. Tags: .

Mesin Basuh Zapin Tenglu Rukun Islam

1 Comment Add your own

  • 1. sahara aban  |  August 12, 2013 at 3:29 am

    Maaf, sajer mencelah untuk berkongsi pengalaman… Dahulunya saya anggap keliwon ni hiburan semata. Saya tidak peduli dan ambil tahu hari-hari jawa seperti poon, wageh, paeng, legi dan keliwon sehinggalah pengalaman mengubati kakak yang sakit. Sakit kakak tidak diketahui puncanya. Pakar perubatan memberi berbagai-bagai nama penyakit tetapi segala ubat dan rawatan tidak berkesan langsung.Wajahnya makin pucat dari hari ke hari, cengkung dan kurus melidi dari asalnya berisi. Puas hantar kakak keluar masuk hospital dan klinik kerajaan, swasta tidak ada perubahan akhirnya kami berikhtiar dengan perubatan alternatif iaitu perubatan traditional. Pelbagai ragam kerenah bomoh dan dukun kami temui sehinggalah akhirnya kami sampai ke kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor bertemu Ustaz Adi Wijaya. Beliau bertugas di sekolah agama Daerah Pontian. Tidak tahu kenapa setelah mengira dan mencari punca penyakit beliau minta kami datang semula pada malam JUMAAT KELIWON untuk ritual perubatannya. Yang penting bagi kami, Alhamdulilah kakak telah sihat, pulih seperti sediakala. Saya paparkan kisah ini sebagai tanda kesyukuran kakak saya selamat dan bertujuan membantu sesama kita supaya tidak tertipu dengan bomoh palsu. Dapat saya rakam beberapa foto aksi perubatan beliau dalam :
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/ atau
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: