Insurans Menurut Pandangan Islam

Mengikut fakta pada 15 Jun 1972 , Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa insurans (konvensional) itu haram kerana terdapat perkara-perkara yang tidak selari dengan ajaran Islam atau pun terlibat dengan perkara yang Islam larang. Kemusykilannya di sini, kenapa maklumat atau fatwa nih tak sampai kepada masyarakat sedangkan fatwa telah pun diputuskan? Itu mungkin urusan JAKIM dan Majlis Fatwa.

Punca Pengharaman

Insurans konvensional diputuskan haram atas 3 sebab:

  1. Gharar – Ketidakpastian
  2. Maisir Judi
  3. Riba

Gharar (Ketidakpastian)

Dalam Islam sesuatu kontrak jual beli mestilah atas perkara yang jelas dan pasti. Sebagai contoh Ahmad ingin membeli lembu daripada Ali. Ali menyatakan lembu yang Ahmad ingin beli ada di dalam sekumpulan lembu tanpa menunjukkan secara khusus lembu yang ingin dijual kat Ahmad. Lembu yang gemuk ke, kurus ke, kecik ke, tak tau. Jika Ahmad membayar juga duit untuk membeli lembu itu (maka dalam Islam), kontrak atau akad jual beli tidak sah dan haram sebab terdapat unsur gharar (tak jelas). Prinsip ini diguna pakai untuk semua urusan jual beli. 

Dalam insurans konvensional, kontrak yang berlaku antara pencarum insurans dengan syarikat insurans ialah kontrak jual beli.  Kontrak jual beli yang berlaku itu ialah si pembayar membeli risiko daripada syarikat Insurans dengan membayar setiap bulan. Ini dengan harapan jika berlaku risiko dia akan dapat pampasan. Benda yang dibeli adalah risiko, sedangkan kita memang tau risiko adalah satu perkara abstrak atau subjektif. Risiko inilah yang membuatkan kontrak jual beli insurans tadi tak sah dan haram di sisi Islam.

Maisir Judi

Para ulama yang bersidang memutuskan insurans konvensional mengandungi unsur Judi. Sebagai contoh pelangagan insurans membayar RM 100 setiap bulan dengan harapan apabila terjadi sesuatu ke atasnya, dia akan mendapat RM 100,000. Konsep ini adalah konsep judi. Ini sama seperti orang tikam nombor ekor di Sport TOTO. Dia tikam RM 10 dengan harapan (kalau kena) dia akan dapat sejuta.

Konsep judi ialah sesuatu pembayaran yang sedikit membolehkan kita mendapat hasil yang banyak dengan tidak tahu cara mana yang membolehkan dia mendapat duit yang banyak.

Riba

Riba yang dimaksudkan berlaku di sini ialah contohnya dalam masa setahun Abu membayar RM 1,200 kepada syarikat insuran. Masuk tahun kedua Abu meninggal dunia. Mengikut perjanjian, syarikat insurans perlu membayar pampasan sebanyak RM 100,000. Maka lebihan dari RM 1,200 (100,000 – 1200 = 98,800) dikategorikan sebagai riba oleh ulama’.

Pilihan Yang Ada

Pilihan yang kita ada ialah sistem Takaful. Takaful (dari bahasa Arab) yang mana kata asas dia Kafala bermaksud jamin dan Takaful saling jamin-menjamin. Maknanya setiap orang yang menyertai Takaful, dia memang dah berniat untuk menyertai kumpulan yang sentiasa saling jamin-menjamin. Ia bermaksud jika terjadi sesuatu pada orang dalam kumpulannya dia redha duitnya digunakan sedikit bagi membantu orang yang ditimpa musibah itu.

Dalam sistem Takaful ada satu akaun yang dinamakan Akaun Khas Peserta yang bertindak sebagai Dana Takaful bagi membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah. Setiap orang yang menjadi peserta Takaful telah bersedia untuk mendermakan atau menyedekahkan sebahagian daripada wang yang dimasukkan setiap bulan ke dalam tabung Akaun Khas Peserta dengan peratusan tertentu melalui konsep muamalat Islam yang dinamakan Tabarru’at (derma atau sedekah kepada yang memerlukan). Maka tidak berlaku kontrak jual beli risiko seperti insurans konvensional. Jika insurans konvensional menggunakan konsep Tabarru’, maka secara automatik ia boleh jadi halal. 

Apabila tiada unsur keraguan (gharar) dan dari segi konsep asas dah jelas, maka tiada unsur Riba dan judi dalam Takaful. Memang sudah jelas ada perjanjian atau akad setiap peserta Takaful untuk sama-sama bantu-membantu dan menjamin sesama sendiri. Sekiranya berlaku musibah kepada setiap ahli peserta yang membuat perjanjian, Pihak Takaful Nasional atau Takaful Malaysia hanya bertindak sebagai orang tengah atau pihak yang menguruskan proses pengumpulan wang derma atau sedekah para peserta yg berada dalam Akaun Khas Peserta. 

Satu lagi perkara yang agak penting ialah berkenaan dengan pelaburan yang dilakukan oleh syarikat insurans yg kita sertai. Ada insurans konvensional yang melabur dalam perniagaan arak untuk mendapat keuntungan. Sebagai contoh Great Eastern, ada melabur ke kaunter saham Carlbergs. Walau bukan semua dilaburkan ke kaunter arak tetapi jelas ia bercampur antara kaunter haram dan halal.

Majlis Pengawasan Syariah

Perlu ditegaskan di sini, syarikat insurans Islam seperti Takaful Malaysia dan Takaful Nasional, mereka mempunyai satu badan khas untuk memantau perlaburan dan perjalanan pengurusan syarikat Takaful itu. Ini supaya mereka tidak lari daripada syariat Allah. Takaful Nasional contohnya, pengerusi Majlis Pengawasan Syariahnya ialah Dato Hj Harussani bin Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan. Majlis ini juga dianggotai oleh beberapa tokoh lain yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang khususnya ilmu agama dan muamalat Islam.

Dalam Takaful Nasional ade 3 peringkat Majlis Pengawasan Syariah yang membuat pemantauan ke atas segala pelaburan yang dibuat oleh Takaful:

  1. Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasional
  2. Majlis Pengawasan Syariah BSKL
  3. Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia

Katakan Takaful melabur di kaunter arak (Tiger, Carlberg dll) tetapi terlepas daripada pemantauan atau pengetahun Majlis Pengawasan Syariah Takaful, Takaful mesti melalui pemantauan MPS BSKL pula. Jika MPS BSKL terlepas pandang juga, dia akan dipantau pula oleh MPS Bank Negara Malaysia. Tiada sesiapun boleh terlepas daripada MPS Bank Negara sama ada syarikat insurans atau pun bank-bank di seluruh Malaysia.  Bank Negara Malaysia bertanggungjawab memantau semua aktiviti dan perjalanan institusi kewangan, perbankan dan insurans di Malaysia. Jika MPS Bank Negara mendapati Takaful Nasional melabur di kaunter arak, maka lesen Takaful akan ditarik balik dan tidak boleh menjalankan perniagaan insurans sampai bila bila.

Majlis seperti ini tiada dalam syarikat insurans konvensional. Pelaburannya ke mana, Wallahua’lam (hanya Allah yang tahu). Begitu juga dengan pelaburan ASN, ASB dan lain-lain, pelaburannya memang terlibat dengan kaunter haram (kaunter arak dan judi). Walaupun memang ada kaunter halal tetapi peratus ke arah yang haram lebih tinggi. Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yang belum melabur lagi lebih baik tidak melabur dan sesiapa yang sudah melabur dinasihatkan mengeluarkan pelaburannya.  Melainkan kalau memang ada niat nak sumbangkan modal ke arah perniagaan yang haram.

Perlu Memilih

Begitu juga dari aspek perbankan. Untuk pinjaman perumahan atau kereta, carilah bank yang keislaman sistemnya. Sekarang ini sudah ada Bank Islam sendiri atau bank-bank konvensional lain yang membuat sistem pinjaman secara Islam. Pilihan sudah ada, keputusan di tangan anda.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang kurang atau tak berminat pun nak masuk Insurans Hayat ataupun Takaful Keluarga. Tetapi setidak-tidaknya kita semua mesti ingin memiliki kenderaan sendiri seperti motor dan kereta. Untuk insurans kenderaan pilihlih yang memiliki sistem Islam. Takaful Malaysia, Takaful Nasional dan Takaful Ikhlas ada menyediakan Takaful Am untuk kenderaan. Jika insurans sedia ada memang dah konvensional, teruskan. Namun apabila sampai masa nak perbaharuinya, carilah insurans yang Islamik. Nanti apabila kemalangan (minta dijauhkan) kenderaan kita menggunakan insurans yang halal di sisi Allah.

Sekarang ini terpulang atas diri masing-masing, kalau kita sayangkan Islam dan Iman yang ada pada diri kita maka kita akan pastikan diri kita tidak terlibat langsung dengan perkara-perkara haram atau pun syubhat. Ini perlu dipastikan dari semua aspek kehidupan, sama ada ibadah, makanan, pakaian, harta pencarian, pergaulan, politik pemerintahan, undang-undang, sistem perbankan dan insuran serta banyak lagi. Mungkin kita tidak elak kesemuanya sekali, sebagai contoh PTPTN tetapi setakat yang kita mampu cuba elakkan sedaya upaya. Allah tidak memandang kepada hasil sesuatu tetapi Allah memandang kepada usaha kita yang bersungguh-sungguh untuk membersihkan diri masing masing dari seluruh aspek.

Penutup

Sebagai kata penutup renung perbandingan mudah ini. Kalau Bank konvensional terima pakai Islam, kenapa perlu ada system perbankan Islam macam Bank Islam dan Bank Muamalat dan Bank Rakyat?Kalau sistem insurans konvensional Islam terima, kenapa perlu ada system Takaful di Malaysia? Alhamdulillah ada golongan yang prihatin dan berusaha kuat mewujudkannya.

Jadilah seorang Islam yang benar-benar beriman kepada Allah dan agamanya. Juga sentiasa sensitif dengan segala perkara yang melibatkan kehidupan kita seharian supaya iman dan amal ibadah kita tidak dicemari oleh unsur-unsur yg Allah murka dan larang. Ingat, kehidupan kita bukan sekadar atas dunia ini. Nun jauh di sana, akhirat bakal menanti cuma tak tau bila masa. Sampai masa takkan sorang pun terlepas. Setiap saat dan setiap perlakuan kita akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.

Mudah-mudahan dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah dan Allah sentiasa menaungi kita dengan rahmat dan redha-Nya.

Rencana ini disumbang oleh saudara M. Hazif Azlan Ziaudin Ahamed (http://hazifazlan.blogspot.com/) dan disunting serta diringkaskan oleh Hamim bin Nasoha untuk disesuaikan dengan blog.

24 Comments Add your own

  • 1. oktet  |  August 7, 2008 at 2:51 pm

    sesape yg ingin mendapatkan artikel berkaitan insuran dan takaful, sy cadangkan http://www.zaharuddin.net. byk bleh dipelajari dari beliau sbg panduan.

    Reply
  • 2. rohamimnun  |  November 24, 2008 at 2:40 pm

    dalam hal insuran semua bergantung pada niat. duit yang ahli keluarga dapat bila meninggal bole di gunakan dengan optimum. tanpa meminta2 pada orang lain. jgn sangka jika tak da perkataan takaful bermakna tidak halal. islam tidak jumud.

    Reply
    • 3. hambaallah  |  September 30, 2013 at 6:24 am

      minta maaf saya nk mencelah skit..sekarang da ad byk pilihan syarikat insuran islamic perlulah penghijrahan,yang mne konvensional ad riba dan pelaburannya kita tidak tau kemne kna baerhijrah pd islamic

      Reply
  • 4. rohamimnun  |  November 24, 2008 at 2:42 pm

    siapa2 nak dgr penerangn ttg insuran sila hubungi – laman_azimat@yahoo.com.my tqvm.

    Reply
  • 5. yusof_MEL  |  December 8, 2008 at 11:11 am

    hamim, aku sangat2 menyokong dan bersetuju dengan isi di dalam artikel nie.

    p/s: zakat jgn lupe bayar (bukan zakat fitrah aje)

    Reply
  • 6. ashdayanti  |  December 30, 2008 at 1:39 pm

    orang bukan islam pun sekarang dah ramai menggunakan produk kewangan islam sebab ketulusan produk tersebut. jadi terpulang pada kita untuk memilih jalan yang hendak digunakan.. http://www.squidoo.com/penjelasan-insurans-hayat..

    Reply
  • 7. Sunthara  |  June 9, 2009 at 3:35 pm

    Banyak persoalan yang jarang diceritakan industri insurans, saya dedahkan dalam buku saya “Rahsia Mengurus Insurans Hayat”. Konsep-konsep boleh diapplikasi kepada takaful juga.

    Sunthara Segar H/P: 0178719444
    http://www.suntharasegar.com
    Certified Financial Planner ,Registered Financial Planner
    Certificate in Islamic Financial Planning
    Writer,Marketing and Copywriting Consultant
    Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
    Penulis dan Penyunting kompilasi artikel MW – Buku Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang
    Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
    1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
    2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
    3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
    4) Buat Duit Sebagai Agen Insurans/Takaful
    =============
    Sudahkah anda miliki buku-buku kewangan saya. Jika sukar beli di kedai buku seperti MPH atau Popular pesan terus dari saya dengan kadar diskaun 15% BELUM masuk kos penghantaran . Peview buku di blog saya http://www.suntharasegar.com .

    Reply
  • 8. firdausprudential  |  August 7, 2009 at 4:46 pm

    Hi,

    Saya agent insurans untuk Prudential.

    Untuk orang Islam kita kene ambil Takaful compare Insurans Konvensional

    Prudential ada Takaful bernama PruBsn Takaful. Join venture with BSN (Bank Nasional Berhad). Takaful ini berserta Medical Card yang membolehkan kita masuk hospital free je.

    Betul memang banyak orang muda tidak mahu mengambil insurans. Sebab muda lagi takde penyakit.

    Anda kene tahu, ambil insurans waktu muda la bagus. Sebab insurans takkan cover kita jika kita ada penyakit tua nanti.

    Contohnya, batu karang

    Sekarang umur 24 tahun , sudah amik insurans. Umur 30 kene batu karang and nak operation RM10k. Second operation RM15K. Total 25K. Tidak termasuk penginapan tu.
    So insurans akan cover.

    Tapi jika umur 30 tu dah tahu ada penyakit batu karang tapi baru terhengeh hengeh nak amik insurans.. Pre-exisiting disease before taking insurance. not covered..

    So muda la bagus.

    Anda ingin tahu lebih pasal insurans. email saya di firdausprudential@yahoo.com

    Insurans tak mahal RM100 sebulan sahaja.

    Ada orang kata, insurans rugi je.. baik simpan sendiri

    Ok. Simpan sendiri pun boleh.

    RM100 x 12 = RM1200

    Konon la dah simpan 3 tahun = ada RM3600

    Tetiba sakit, kene rawatan berharga RM16k.. mane nak cari duit?

    so itu la bagusnya insurans

    So pk pk la

    email saya di firdausprudential@yahoo.com

    saya akan telefon anda. anDA tidak perlu membazir duit menelefon saya.

    Saya tinggal di PJ. So saya boleh cover area lembah kelang.

    Apa lagi faktor untuk memilih insurans..

    pilih la ejen yang dekat dengan anda. ejen yang akan bertanggungjawab menolong anda claim insurans bile anda susah nanti.

    jangan cari ejen yang hanya nak jual sahaja dan kemudian senyap.

    bila anda terlantar , anak bini tak tahu macam mana nak claim.. so saya sebagai ejen bertanggungjawab menolong anda.

    saya bekerja ada 2 motif

    1. menjana pendapatan
    2. menolong orang dalam kesusahan.

    Insyaallah anda tolong orang lain dalam kesusahan, kita akan murah rezeki dan dirahmati Allah.

    Pesanan saya kepada ejen ejen lain.. buat la after sales servis .. jgn hanya mengejar money..

    sekian

    firdaus

    firdausprudential@yahoo.com

    Reply
    • 9. farid  |  March 6, 2012 at 4:25 am

      Agent adalah manusia biasa,suatu hari nanti akan mati juga,jika agent mati, client akan berhenti ke dari insurans yang diambil..agent sebagai orang yang bertanggungjawab memasarkan produk dari syarikat insurans,dan servis yang dibuat oleh agent kepada client nya adalah extra servis.dimana agent membantu client jika ada bantuan yang diperlukan,jika agen tiada client boleh berurusan dengan terus kepada syarikat insurans yang diambil.saya nak tanya satu soalan pada En.firdaus kalau agent meninggal semua client yang mengambil insurans dengan agent yang meninggal ni tadi akan menjadi susah dan claim mereka tidak boleh dibuat ke????kalau kita nak buat bisnes dalam kampung kita je…bila kita nak maju…

      Reply
    • 10. ummu humaira  |  June 22, 2013 at 7:48 am

      xnmpk unsur2 keislaman.gharar..x jelas

      Reply
    • 11. ad  |  July 15, 2013 at 8:09 am

      masalahnya prudential dari Negara luar. utamakan barangan buatan Malaysia. kita x tahu system investment duit dari luar mcmne,,,
      LAGIPUN NEGARA LUAR TIDAK FAHAM DENGAN KONSEP ISLAM APABILA DIKAJI PENGASAS PRUDENTIAL PUN TIADA NAMA ORANG ISLAM PUN.
      harap dapat menjawab soalan

      Reply
  • 12. pet  |  January 25, 2010 at 4:47 am

    Salam semua.

    Dalam insuran apa yang penting?

    kebanyakkan insurans dah bergabung dengan bank. so ramai yang amik sebb murah. tapi kalau apa2 terjadi. siapa tolong kan Claim ?(tak kira claim apa pun). pengguna yang kene claim sendiri ok.

    kebanyakkan insurans baru menawarkan bayaran yang murah tapi cover tinggi, sehingga tak mampu membayar claim/tuntutan kepada pengguna.

    refer bank negara.

    Bagi saya, Great Eastern adalah paling lama (more than 100 years) dan stable.
    refer : http://www.lifeisgreat.com.my/lig4/newlig/corporate/c_Accolades.htm

    bgi saya agent2 great eastern adalah telus dan transparent. terangkan kepada pgguna dari A-Z. apa yang kene bayar dan tidak.

    “Prudential ada Takaful bernama PruBsn Takaful. Join venture with BSN (Bank Nasional Berhad). Takaful ini berserta Medical Card yang membolehkan kita masuk hospital free je.” from firdausprudential

    – memang masuk hospital free. semua orang yang takda insurans pun boleh masuk hospital free. tetapi tak jelas disini. Jika ingin discharge pengguna kene bayar 10% dari kos medical.

    cth : buat pembedahan kos RM 20K. 10% dari pada kos pengguna kene bayar sebanyak 2K. itu tak temasuk kos penginapan wad dan lain2. kebanyakan insurans mengenakan co-insurans bersama 10%. pengguna kene paham sebelum amik membuta tuli. kebanyakkan agent2 insurans yang saya jumpa dari A-Z, mereka akan mengatakan semua cover, takpayah kuar satu sen pun. tapi hakikatnya.?

    bagi saya kenapa perlu bergabung dengan bank :
    1) sbb asset dan liability sy insurans itu tidak kukuh.
    2) mggunakan bayaran yang murah, tetapi tak cover itu dan ini.
    3) kebanyakkan co-insurans 10% bersama dari pada total bil.

    bg saya Great Eastern the best. banyak kebaikan dari keburukan. jangan ingat nama tak melayu, tak banyak kebaikan,. GE bagi saya jelas dan mudah paham, menyenangkan pengguna. ” Apa guna nama melayu, tapi menyusahkan kita, dan tak telus”

    sekian.

    Reply
  • 13. firdausprudential  |  March 1, 2010 at 4:56 am

    10% co-insurance still there, but within limit max RM1000

    bill RM5K, 10% is RM500

    bill RM50K, 10% is RM5K, NO just RM1000.

    bilik semua adalah dibayar, siapa kata tidak dibayar, Prudential is the transparent and honest insurance.

    10% co insurance with limit RM1K, you will be not fined with 20% co-insurance if you didn’t follow room plan subcribe.

    example

    Prudential Room Plan RM200

    Client go into room price RM220, RM20 extra need to be paid and 10% of co-insurance,

    Great Eastern Room Plan RM200

    Client go into room price RM220, 20% co-insurance will be charge of total bills.

    Co-insurance is a burden so Prudential gives allowance, admit per day got RM250.

    7 days in hospital dapat RM5250, ini adalah duit anda bukan untuk bayar bill. So if kene co-insurance RM500, ada balance RM4750.

    Doest matter you go into private or government hospital.

    But Great Eastern only gives allowance if you admitted into Goverment hospital. What???

    Purpose you bought an insurance to be admit in private hospital. So what the purpose of allowance in government hospital? Is it an honest insurance?

    Reply
    • 14. farid  |  March 6, 2012 at 4:09 am

      kalau tak langgar syarat pun di pru client tetap kene bayar co-insurans kenapa nak kene bayar co-insurans??? sedangkan syarikat dah untung banyak dengan primium yang kita bayar setiap bulan.
      contoh:
      bil 50k,10%core insurance RM1000.untuk sekali masuk hospital,tapi kalau masuk hospital kali yang ke 2,3,4,5 dan seterusnya client tetap kene bayar lagi..kalau 5 kali dah RM5000.so pkirkanlah.
      tapi di ALLIANZ tak perlu co-insurans.client tak perlu bayar selagi tak melanggar syarat..selain itu ianya murah dengan RM100 anda blh mendapatkan lebih setengah juta protection yang berlandaskan syariah.dan benifit tinggi.kalau tak percaya email sebarang pertanyaan anda di faridwakacau@yahoo.com

      Reply
      • 15. ad  |  July 15, 2013 at 8:22 am

        Co insurans maksudnya insurans tu tak bayar habis kita punya kos rawatan… saya dah ada pengalaman.. harap maklum

    • 16. Ge  |  April 3, 2013 at 4:02 pm

      Bcos goverment hospital food sucks,not like private hospital.

      Reply
  • 17. pak chu  |  April 20, 2010 at 3:48 am

    entahlah nak kate, sye anggap takaful n konvesional same aje. yang pnting service terbaik. agnt takaful sesetengah tu lerlalu cerdik kata konv. ni mcm judi, nak tanya klau isteri kau meninggal dan dpt pampasan 100k dllm insuran yang konv. kau akan bersorak keeee???? tapi lau toto tikam rm 10 dapat 100k bersorak 5 ari 5 mlam. so jgn smakan dgn toto .M. Hazif Azlan Ziaudin Ahamed anda perlu belajar agi.

    mcm ins konv. plk nape xde yang nak “back up” ko orang pnye syt? asyik kene hentam pada team2 takaful? aku pelik jgk kenapa agen2 takaful x iktiraf panel2 syariah yang dilantik oleh syt konv. sedangkan krajan senyap aje……

    tapi aku sbgai user x pnah pun dengan muzakarah yang dianjurkan oleh mana2 pihak untuk berbincang pasal ins. konv dgn takaful … penah keee?/?? akhir kate aku mntk maaf banyak2 klau aku ada terkasar bahasa. bnyak agi nak cakp tapi laen kali lah. askm.

    Reply
    • 18. ad  |  July 15, 2013 at 8:21 am

      Isu halal dan haram jangan dipertikaikan. sama la isu boleh makan babi ke tak? kita orang islam mesti bijak. ada ke syarikat insurans Malaysia kat Negara org puteh? orang barat? kalau mcm tu kenapa kita melancong kat Negara dieorg memilih plak kedai makan halal ke haram? jawab le sendiri

      Reply
  • 19. ain  |  October 17, 2012 at 8:42 am

    If insurans haram, bagaimane org yg keje dgn syarikt insurans tue?

    Reply
    • 20. ad  |  July 15, 2013 at 8:18 am

      Allah je tau..tu keje allah dengan syarikat insurans tu

      Reply
  • 21. langbuana  |  November 20, 2012 at 4:58 pm

    Tak usah kita nak mepertikai kan yg mana baik yg mana kurang….
    Yg penting niat kita tu insyaallah kalau dah ada dlm islamic kita buat islamic….
    Yg penting sama sama kita menaikkan imej dan pegangan kita dlm mempromosikan product islam yg kita ada….

    Reply
  • 22. ad  |  July 15, 2013 at 8:16 am

    kita orang Malaysia. saya pemegang polisi etiqa. bagi saya sebagai pelanggan, bagaimana duit saya digunakan oleh syarikat amatlah penting. saya tak nak duit saya dilabur ke tempat yang haram mcm kasino atau syarikat arak2 seperti insurans 2 syarikat yang beribu pejabat luar atau Negara lain. saya was2… ibarat makan nasi di kedai cina tapi tak makan babi. apakah beza dari segi was was?
    sebagai agent kenapa mesti memilih syarikat yang bukan islam.. yang saya tahu BNM hanya menetapkan insurans tempatan yang selamat dan kawalan selia BNM hanya Takaful Malaysia, takaful ikhlas dan etiqa takaful. Orang melayu bukan bodoh sanggup jadi ekor kepada kepala anjing dan anasir luar. (insurans bukan local).
    Niat memang penting.. tapi saya tak nak duit simpanan saya yang saya nak bagi anak bini saya makan hasil dari yang tak sepatutnya…allahualam,

    Reply
  • 23. GE power  |  May 27, 2014 at 7:30 am

    – is it true GE the best company? almost client GE will cancel the policy. why ?? ask them self.

    – why merge with BSN? Do you know meaning of business? oh! prudential not stable. really ?? prudential was born since 1864 >:) oh sorry… more than 100 years la.

    – Prudential the 1st company achieved 1 billion sales. ops sorry … 3 years straight in the row. (Sebillion terima kasih – billboard all around malaysia)

    – wow! GE achieved sales 750 millions 2009/2010 (something like than). ops sorry again…. prudential pay the claim 750 million to client as a claims. damn again sorry… the same year prudential achieved the 1st 1 billion sales.

    – why prudential give co-insurance?? read the book not read your facebook. all company have co-insurance. why? asked BNM. ops! i really really sorry again. do you want 100% coverage? yeah prudential have it now.

    is it medical card from GE guarantee or not guarantee?? ask your GE company. the answer is most of them NO. who in here GE customer? how many policy from GE do u have? more than 1 right? thats we call standalone policy. if GE have all of it, its call copy and paste. if not GE cannot cari makan.

    if you said GE transparent or clear or something, thats not because of company. its because good agent attitude. should be like that not matter what company u join.

    Reply
  • 24. rozaidah  |  August 11, 2014 at 3:14 am

    nak Tanya, adik saya telah dapat claim insuran Alliance, jadi nak tau status halal ke haram duit tu.. kalau halal kami nak adakan doa selamat dan keluarkan zakat atas duit tu.mohon penjelasan.. terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: