Rekod Dunia Oleh Solat
February 17, 2009 at 2:47 am 1 comment
Di sana sini manusia di dunia ini sibuk mencipta rekod itu dan ini, begitu begini. Ada yang pelik, ada yang lucu ada yang tidak masuk akal. Namun sebenarnya umat Islam sejak dahulu lagi sudah mencipta rekod, tetapi jarang diambil perhatian.
Salah satu rekod itu dicapai melalui ibadah solat. Rekod “terpanjang”, “terlama”, “tanpa henti” dan macam-macam lagi sudah dibuat oleh kita. Antara yang boleh saya senaraikan adalah:
-
Sejak lebih 1400 tahun kita membuat rekod azan yang berkumandang berterusan tanpa henti di seluruh dunia (sila baca di sini).
-
Sejak lebih 1400 tahun program mingguan (solat Jumaat) mampu dianjurkan tanpa gagal.
-
Sejak lebih 1400 tahun kita menganjurkan program pidato mingguan paling lama (khutbah Jumaat).
Tidak keterlaluan jika rekod ini boleh dikatakan mencapai tahap angkasa raya (universe). Itulah ajaibnya ibadah solat yang diwajibkan kepada umat Islam.
Kepada semua pembaca sila tambah senarai rekod oleh solat dalam ruangan komen di bawah. Wallahualam.
Yahamim: Mesti rajin solat.
Entry filed under: Pesanan.
1.
kay | February 19, 2009 at 11:21 am
kalah semua rekod yang ada..rekod yang bapak best..hehe