Sang Pemburu

August 5, 2009 at 2:49 am 8 comments

Sang Pemburu

Aku adalah seorang pemburu,

Sebagai pemburu,

Aku hanya mencintai diriku,

Aku adalah seorang pencinta,

Sebagai pencinta,

Aku hanya merindu padanya,

Aku adalah seorang perindu,

Sebagai perindu,

Aku hanya mengejar buruanku.

Aku adalah sang pemburu…

 

Entry filed under: Mata Hati. Tags: .

Blogger Wanita Yang Saya Ikuti Hujung Minggu Yang Sibuk

8 Comments Add your own

  • 1. Haniza LSMN  |  August 6, 2009 at 1:20 am

    Kepada Pemburu Cinta…

    Kita adalah makhluk Tuhan,
    yang bernaung di bawah kasihnya Tuhan,
    kita adalah hamba Tuhan
    Yang mengemis redha, memburu perhatian…

    pabila datang sang hati yang keriangan..
    pabila datang nafsu yang menyenangkan…
    pabila datang ujian yang tidak keruan…
    maka sang hati mudah lupa…
    pada siapa harus disandarkan;
    jika bukan pada Tuhan
    yang sentiasa memberi rahmat,perlindungan dan ksih sayang.

    bukan kah sang hati mencintai Tuhan;
    Yang memilih dia untuk mendekati kebenaran,
    Yang mendengar setiap keluh rintihan,
    Yang melimpahkan kasih sayang tanpa sempadan…

    wahai sang hati yang memburu cinta Ilahi,
    bertahun-taun telah kau berlari,
    demi mengejar cinta hakiki…

    usah kau ragu dengan perasaanmu sendiri…
    ujian takkan memakan diri,
    kerna Dia sentiasa memerhati…
    dan dirimu takkan pernah bersendiri…

    wahai sang hati,
    bertegaslah dengan diri sendiri…
    mujahadah itu yang menyokong diri…
    agar diri terpilih andai menghadap Ilahi…
    kerna itulah bukti Cinta Hakiki…
    pabila keasyikan duniawi kau ketepi..
    pabila terfikir manisnya ukhrawi….

    salam mujahadah buat sang hati…
    Semoga Tuhan sentiasa mencintai sang hati yang mencintaiNya sepenuh hati…..

    Reply
    • 2. Haniza LSMN  |  April 30, 2014 at 4:56 am

      Rupa-rupanya ku tulis sendiri.. untuk tatapan ku di hari ini~… Sudah berusia 5 tahun rupanya~…

      Pabila dibaca, sengaja mencari di enjin carian Google dan Yahoo~ adakah aku menukil tulisan orang lain??? Urm… nyata sekali tidak…. Sudah lama tak menulis…. agak2nya bisa lagi atau pun tidak.. adakah tulisan ku nanti berbau kegembiraan, kebahagiaan, kesedihan, kepahitan atau mungkin kesemuanya berbaur menjadi satu, setelah ranjau duri pahit maung masam manis kehidupan telah dan sedang dilalui.~… Wallahua’lam~….

      (Tersenyum sendiri)

      Tuan Hamim,,, masihkah tuan menyimpan Majalah Kolej Tuanku Canselor keluaran pertama? Saya nak baca kembali tulisan saya,, bertajuk,, “Kapal Layar Itu”… Empunya saya entah hilang kemana~….

      cc: Puan Ainul Yaqeen~… Hehe,, kena buat report, kalau tak sy kena marah~… (^^, jangan marah aa,,, gurau sahaja~… (^^,

      Reply
  • 3. suhaili samsuri  |  August 6, 2009 at 4:15 am

    salam
    ni tak de kaitan dgn pemburu atau buruan.huhu.
    skg kat skolah tgh ajar F5 Sc topic radiowave n ICT. topic ni agak payah sy nak faham n explain pada budak sbb tak byk masa nak explore, nak kejar silibus kasi habis sblm latih tubi SPM.huhu. tiba2 teringat hamim n rakan2 yang amik course SET.huhu. kalaula hamim dapat explain kat budak2 n saya skali pasal radiowave, satellite communication, tv braodcasting, kan best..huhuh.

    Reply
  • 4. hamimnasoha  |  August 6, 2009 at 4:21 am

    Menarik topik tersebut, tapi apakan daya. Saya doakan selamat memahami topik tersebut. Jika ada masalah, boleh terus tanya, di blog boleh emel pun boleh.

    Reply
  • 5. suhaili samsuri  |  August 6, 2009 at 4:29 am

    oo ya satu lagi, tadi tgk archives bulan mac.. terima kasih byk2 sbb hamim n kawan2 sempat datang kenduri kawin saya n fajeri.huhu(dah lama dah , 5 bulan dah baru nak ucap!) ada pulak gambar kat situ, mujur takde gmbar saya. malu nak ‘publik’kan gmbar kawin. skali lagi terima kasih ye.

    Reply
  • 6. ridwanto  |  August 6, 2009 at 5:25 am

    Ya, aku tahu ,Hamim seorang berhati jiwang…

    Reply
  • 7. Haniza LSMN  |  August 6, 2009 at 6:25 am

    iya betul, tepat sekali..
    tahu setahu tahunya..

    Reply
  • 8. irhafiz  |  August 7, 2009 at 2:57 am

    Rezeki, JODOH, Ajal… semua tertulis.

    Mungkinkah buruan itu jodoh kamu?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


August 2009
M T W T F S S
« Jul   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: