Azan

Setiap Saat Azan Berkumandang Di seluruh Dunia

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui “Bahawa Allah sahaja yang patut disembah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.”

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai lebih 200 juta orang. Sebaik sahaja masuk waktu subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan bilal yang akan melaungkan keagungan Allah swt dan Nabi Muhammad saw.

Proses ini akan bergerak ke arah kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah satu hingga dua jam. Belumpun laungan azan di merata Indonesia selesai, ia bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Myanmar dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dakka di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di bandar-bandar Pakistan adalah 40 minit. Jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat, Oman.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan berterusan dilaungkan di UAE, Mekah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-12 jam.

Belumpun azan subuh berkumandang di pantai timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, maka akan bergegar satu dunia dengan laungan azan yang tidak putus-putus. Allahu akbar!

Sumber: Majalah i bulan Ogos 2008. 

2 Comments Add your own

  • 1. aimanMH  |  September 8, 2008 at 12:47 am

    salam….info yang menarik…MAHA SUCI ALLAH Tuhan sekelian alam…bersempena merdeka ni…terasa pulak saya nk bg komen pada sekelian rakyat merdeka…hope dpt feedback dari penulis blok ni la…ari tu time 31 ogos, launang lagu negaraku berkumandang…ade la makhluk allah ni mintak aku berdiri n dian tanda hormat pada nyanyian negaraku tu….alamak….gitu plak ke…pedulik ape aku…kononnya xde semangangat patriotik la…tup-tup tiba la pulak giliran azan berkumandang….aku senyum je la…lepas je azan…aku tnya la hamba allah tu…ade x ko bangun n diam semasa azan?…ape lg, tersipu2 la die…alahai duni akhir zaman…dah berubah rupanga manusia ni…dah x reti ke mane yang wajib n mane yang perlu didahulukan…dlm hati aku, aku ckp, hampeh btul la….geram jugak la. dgn org2 yg hipokrik ni, kononnya patriotik la sgt…nyanyian negaraku lebih diagungkan berbanding azan?…hm…nauzubillah….sampai ke hari ini la aku dah x minat nk tabik hormat ke ape ke kat lagu negaraku tu, sbb ianya hny sekadar lagu…kalu nk bandingkan dgn azan….seruan mengagungkan ALLAH…aku xnk la kalau aku terlebih agungkan l;agu negaraku tu…bkn aku x patriotik…tp, bg aku bkn dgn cara tu je kita leh tunjuk smgt patriotik tu…ape kata rakyat malaysia yang beragama islam sekalian?…HIDUPLAH ISLAM….

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  September 8, 2008 at 3:34 am

    Lama aimanMH menyepi tetapi tetap bersemangat macam biasa. Sila baca entry terbaru, harap puas hati.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: