Boikot Tetapi Kita Yang Terjejas?

January 13, 2009 at 12:28 am 1 comment

Semalam (Isnin, 15 Muharam) saya mengikuti Timbalan Ketua Pengarah (TKP) saya bermesyuarat di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Putrajaya. Selesai bermesyuarat mereka berbincang-bincang isu Palestin dan Israel yang saban hari menyayat hari banyak umat manusia. Satu isu yang menarik perhatian saya dalam perbualan mereka adalah isu boikot yang dilancarkan media.

Puan TKP menyebut dua produk yang ada kaitan dengan Israel, tetapi apabila diboikot kesannya turut dirasai oleh rakyat Malaysia iaitu Coca Cola dan McDonald.

Di Malaysia, seramai 1700 rakyat Malaysia dan 60% daripadanya Islam yang menjadi pekerja  Coca Cola. Coca Cola menyatakan boikot oleh Malaysia akan menjejaskan ekonomi.  Baca butirannya di sini. 

Begitu jugalah keadaannya dengan McDonald, ramai pekerjanya di kalangan orang Islam. Saya dimaklumkan pembekal ayam untuk McDonald (dan KFC) adalah Johor Corporation (J-Corp) milik Malaysia.

Banyak juga kritikan terhadap idea boikot ini. Antaranya boleh baca di sini.

Sebenarnya di sinilah saya nampak rasional idea Persatuan Pengguna Malaysia yang menganjurkan boikot terpilih (Coca Cola, Starbucks dan Colgate). Mereka memilih untuk boikot tiga produk dahulu. Usaha boikot perlu menyeluruh iaitu pembeli berhenti membeli (membeli produk lain), pekerjanya mencari pekerjaan lain (mereka ini perlu pekerjaan lain sebagai ganti) dan tidak membuat pelaburan baru yang menyumbang kepada tiga jenama tersebut.

Pengajaran terbesar adalah kita perlu membangunkan ekonomi dan produk sendiri. Oleh itu usaha boikot akan lebih berkesan apabila kita tidak perlu terikat dengan kemungkinan yang disebutkan di atas.

Yahamim: Guna ubat gigi Mukmin, sudah lama tidak minum air berkarbonat dan tidak pernah ke Starbucks.

Entry filed under: Pesanan.

Entry Popular Di Blog Ini Sepanjang 2008 Strategi Flanking Dalam Surah Yusuf

1 Comment Add your own

  • 1. irhafiz  |  January 13, 2009 at 2:58 am

    Benar… Pihak yang memboikot juga memerlukan pengorbanan untuk membuat keputusan untuk memboikot… Pihak yang diboikot juga perlu sedikit berkorban…

    Kejayaan tanpa pengorbanan adalah suatu yang mustahil…

    Tidak boleh berkorban sedikit untuk mereka yang terkorban di Palestine? Allah akan soal kita…

    http://irhafiz.wordpress.com/2009/01/06/bantulah-palestin/

    Reply

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


January 2009
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 146,856 hits

Top Clicks

  • None

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.