Gempa Bumi Sichuan (Fakta Tambahan)

Butiran Gempa Bumi

  • Berkekuatan 8.0 Ms; surface wave magnitude (menurut Biro Seismologi Negara China) dan 7.9 Mw; moment magnitude scale (menurut Pengkaji Geology US).
  • Epicenter (pusat gempa) di daerah Wenchuan, 80 km di barat/barat daya Chengdu.
  • 5 gegaran lanjutan (berkekuatan 4.4-6.0) dicatatkan dalam masa 72 jam selepas gempa utama.

Peta Asia yang disediakan oleh Pengkaji Geologi US pada 12 May 2008. Ia menunjukkan sejumlah 122 gempa bumi yang berlaku di benua Asia. Petak merah menunjukkan Gempa Bumi Sichuan.  
Sejumlah gegaran susulan selepas gempa.
 
Bahagian luar sebuah gudang yang kucar-kacir akibat gempa bumi.
 
 
Bangunan sebuah bank di Beichuan. Seorang kanak-kanak perempuan dijumpai dalam runtuhan selepas 102 jam (4 hari 6 jam) selepas kejadian.
 
Sebuah bingkai pintu yang tergantung gambar Pengerusi Mao tetap berdiri di atas runtuhan.
 
Hujan menjadi antara masalah utama. Sekumpulan manusia memeriksa bangunan yang runtuh dalam keadaan hujan.
 

 

Hujan yang berterusan menyebabkan runtuhan batu dan lapisan lumpur menyaluti jalan utama. Gambar menunjukkan pegawai penyelamat cuba untuk memasuki kawasan sasaran untuk bantuan.

  

Seorang wanita diselamatkan dan diletakkan atas pengusung selepas terperangkap selama 50 jam. 

 

Pusat asuhan adalah antara sekolah dalam kawasan bencana yang mengalami kerosakan struktur bangunan yang teruk

2 Comments Add your own

  • 1. irhafiz  |  July 4, 2008 at 12:22 am

    Bagi hatiku, ini merupakan peringatan bagi manusia supaya mereka memikirkan kenapa dan apa penyelesaiannya. Kemusnahan, bala dan macam-macam lagi.
    Bagaimana hidup akan stabil dan aman jika prosedur hidup kita disandarkan pada manual ciptaan manusia yang jahil, lupakan manual dari pencipta yakni Allah.
    Allah telah turunkan manual tersebut untuk diikuti bukan untuk dibelakangi.
    Apabila Allah senang memandang pada manusia yang patuh, segala yang buruk akan menjadi baik.

    Surah al Qari’ah -Kiamat-

    1. hari Yang menggemparkan,
    2. apa Dia hari Yang menggemparkan itu?
    3. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Yang menggemparkan itu? –
    4. (hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu Yang terbang berkeliaran,
    5. dan gunung-ganang menjadi seperti bulu Yang dibusar berterbangan.
    6. setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang Yang berat timbangan amal baiknya, –
    7. maka ia berada Dalam kehidupan Yang senang lenang.
    8. sebaliknya orang Yang ringan timbangan amal baiknya, –
    9. maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”
    10. dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia “Haawiyah” itu?
    11. (Haawiyah itu ialah): api Yang panas membakar.

    Reply
  • 2. Arifin Putra  |  October 23, 2009 at 11:21 am

    berarti gempa bumi ini gempa yg kuat don’k….
    mudah-mudahan tuhan memberi kehidupan di bumi ini.

    Reply

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed