Tuan KP

Perlu dijelaskan bahawa KP adalah singkatan daripada Ketua Pengarah. Entry ini saya tulis selepas kami (semua Pegawai Pemeriksa Paten) selesai bermesyuarat dengan KP. Mesyuarat itu berlangsung jam 9 pagi tadi (Jumaat, 25 Julai 2008). Bukan hasil perbincangan yang ingin saya ceritakan tetapi kualiti yang ada pada KP yang saya kira sangat patut saya hargai. Saya yakin kita semua ada ketua. Ironinya kita jarang menghargainya sebagai ketua malah memilih untuk mencari yang buruk sahaja. Mungkin kualiti yang saya bakal nyatakan menjadi sesuatu yang sangat diharapkan ada pada ketua anda, atau pun orang bawahan anda harapkan daripada anda. 

Kualiti

Saya sudah lama memerhatikan beliau dan mesyuarat tersebut mengukuhkan lagi pemerhatian saya. Antara yang dapat saya nyatakan adalah: 

  1. Terbuka- Ini adalah julung kali mesyuarat diadakan antara Pegawai Pemeriksa Paten dengan KP. Beliau begitu terbuka untuk mendengar suara kami secara berdepan
  2. Telus- Beliau berkata apa yang dimaksudkan dan benar-benar maksudkan apa yang dikata. Setiap perkara yang diungkapkan bukan atas kepentingan, tetapi demi kemajuan syarikat.
  3. Penggalak- Bidang tugas beliau berbeza dengan kami. Namun apa yang dilakukan ialah menggalak (facilitate) apa yang beliau lihat mampu meningkatkan prestasi kerja kami.
  4. Proaktif- Penting untuk membuat sesuatu dengan keinginan sendiri bukan disuruh-suruh orang lain.
  5. Berpandangan jauh- sesuai dengan tugas sebagai ketua, harus mampu melihat halatuju dengan jelas. 

Sisi Lain

Dari sisi yang lain, saya sangat mengharapkan kata-kata (janji) beliau akan dikotakan. Agak berbahaya berhadapan dengan orang yang pandai bercakap. Dalam tak sedar dia sudah memesongkan tajuk perbualan dan membawa kita ke haluan yang lain pula. Selain itu memang mudah mengarahkan anak buah menyelesaikan tugas yang tertangguh. Namun kami sebagai anak buah meletakkan janji beliau adalah “tugas yang tertangguh” yang perlu disempurnakan.

Nasihat saya, fahami ketua anda. Jadikan beliau orang yang menjadi rujukan bukan dilempar prasangka yang bukan-bukan. Doakan kesejahteraan mereka, moga dengan itu lebih terang jiwa mereka untuk melihat masalah anak buah seterusnya menyelesaikannya dengan penuh bijaksana.

Arak-arak kelapa puan,

Tidak puan kelapa bali;

Harap-harap kepadamu tuan,

Tidak tuan siapa lagi.

4 Comments Add your own

  • 1. syuk  |  July 25, 2008 at 7:57 am

    Aku sokong 100%.. KP sentiase bg motivasi pd pekerjanye..
    Penting untuk lebih berusaha majukan diri.. Thanks KP!..

    Reply
  • 2. aimanMH  |  July 28, 2008 at 12:19 am

    kalu kat sekolah aku dulu KP tu Ketua Pengawas….Kalau kat UTM plak KP tu Kolej Perdana…hehehhe…Ketua Pengarah plak yang kat tempat aku LI tu mcm hampeh je…kdg2 bengang plak…bukan xnak memahami,,tapi mungkin die mmg suka hina kami budak2 praktikal kot…ade patut panggil kami ‘Cleaner’…hina betul taraf kami kat cyarikat tu…kesian kat aku ngn mmber2 aku….mcm ni pny bos xde nye aku nk respek…dah la berkira….geram btul…bos perlu dihormati…hahaha…tapi xde maknanya aku nk hormat org yg x reti nk hormat org lain…hahahah…pegi jalan la…sepatutnya bila kita dah duduk kat tempat tinngi, jgn lupa untuk tunduk melihat org kat bawah…ni tak…hampeh je semata2….sorry bos…!…hahaha..moga pintu hati kau terbuka untuk sedar diri…amin…kua2..

    Reply
  • 3. chong  |  July 28, 2008 at 10:59 am

    haloo friend,sorry ar aku tak layan2 ko punye mail..aku hargai sume tu..ko ade friendster kan?Add lah aku ckhon82@yahoo.com.Oke friend,sebok ar aku ni…pening pikir kan…senang2 kang ko anta le pape cite kat aku ek,ek,ek!!!

    Reply
  • 4. bie  |  September 12, 2008 at 9:03 am

    apa yang KP cakap2kan tu ada benarnyer.
    semoga kita sama2 majukan diri. at least hasil kerja kita sama dengan nilai gaji dan imbuhan yang diberi.

    *peringatan untuk diri sendiri jugak… huhuhu…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: