Selayang Pandang

Pemerhati Sosial

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini saya amat rajin menaiki pengangkutan awam (bas) untuk ke tempat kerja. Ingin jadi pemerhati sosial kononnya. Saya cuba membuat pemerhatian rambang kesan sosial pekerja asing di Malaysia. Pengangkutan awam (terutamanya bas) adalah pengangkutan utama mereka. Gelagat pekerja Indonesia, Bangladesh, Nepal dan lain-lain mengundang banyak perkara yang boleh direnung.

Saya menerima kenyataan bahawa adat dan cara hidup mereka ada perbezaan dengan rakyat Malaysia. Kepadatan hidup di India, Bangladesh dan Pakistan menyebabkan mereka terlalu berani apabila menaiki bas. Sehinggakan mereka tidak terfikir (pada hemah saya) perbuatan bersesak dan bergayut di pintu bas sangat janggal dan menjengkel pada pandangan mata kita. Soal kebersihan diri juga menjadi punca gangguan kepada penumpang lain. Saya tahu mereka bekerja teruk sepanjang hari (mungkin juga faktor makanan) menyebabkan badan berpeluh dan berbau. Menambah parah, mereka ini gemar mengangkat tinggi tangan mereka untuk berpaut pada palang besi di dalam bas. Sudahnya, saya tidak segan silu menutup hidung.

Pekerja Indonesia pula perlu diperbetulkan dari aspek pakaian. Wanitanya berseluar jeans ketat dan berbaju sendat. Sekilas saya menyimpulkan fesyen mereka (hatta yang betudung) jatuh taraf entah apa-apa. Mereka nyata keliru dalam soal menutup aurat sehinggakan wanita kita ikut keliru sama.

Walau apa pun saya percaya kepada qudwah hasanah (contoh yang baik). Saya sangat berbangga dengan wanita kita yang berpakaian menutup aurat secara sempurna. Pemilihan baju kurung yang sepadan dengan tudung, tudung yang dipakai rapi disertakan dengan tas tangan. Sempurna sekali! Mudah-mudahan itu terkesan di hati mereka. Saya juga cuba mengajar mereka supaya menghormati wanita (sangat kurang nilai ini pada mereka). Melihat tindakan saya yang bangun duduk memberi tempat duduk kepada wanita (biasanya yang lebih tua) akhirnya dicontohi oleh beberapa warga asing ini. Alhamdulillah. 

yahamim: Bosan naik motor, naik bas pula.

Balik Kampung

Memang menjadi amalan saya sejak bekerja di KL untuk pelang ke kampung sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Sementelah Ramadhan hampir menjelang, rindu kepada kampung menggamit saya untuk pulang. Walau kebanyakan adik-beradik sudah besar; ada yang sudah berkeluarga, bekerja jauh di perantauan, belajar di IPT namun rumah di kampung seolah-olah tidak luak isi rumahnya. Mungkin ini keberkatan yang Allah bagi kepada kami. Abah ada kesibukan yang baru; melayan cucu. Anak saudara saya itu sangat bertuah kerana dilimpahi dengan kasih-sayang yang cukup. Sejak kecil dia dipelihara neneknya di sebelah bapanya, hanya baru-baru ini dia tinggal di rumah kami. Mungkin kerana seronok, mungkin kerana gembira dia langsung tidak mahu balik ke rumah neneknya yang satu lagi kecuali untuk tempoh yang pendek. Kanak-kanak tulus menilai cinta dan kasih sayang.

yahamim:Masih belajar menilai cinta.

(Kerana) Masih Cinta

 Dari Kiri: Taufik, Azim Jamil, Khairul, Lan

Dari kiri: Hilmi, Muzaffar, Taib dan Khaire

Terasa penuh dalam dada ini menemui kembali cinta lama. Kolej Tuanku Canselor dan UTM, di situlah cinta saya tertumpah. Dari seorang budak hingusan (seorang sahabat menggelar saya “kampung”) dan terdidik menjadi insan yang matang. Saya kembali untuk meneguk rindu yang kehausan dan menyubur kembali cinta yang telah kontang. Kembali segar setelah kian lama lesu akibat berjauhan daripada cinta saya.

Walau cuma sekejap, sekadar meraikan sahabat yang akan berkonvo namun saya puas. Sempat juga berkumpul beberapa orang untuk makan bersama-sama. Yang jadi mangsa orang yang dah kerja. “Kopak” dikerjakan budak-budak ni. Tapi saya sedia maklum dunia pelajar yang kesempitan dan mengikat perut. Kata orang membantu orang fisabilillah jangan berkira sangat. Ingatan kepada sahabat, teruskan berjuang kerana masyarakat memerlukan orang seperti kalian sebagai agen perubahan.

Saya sentiasa mengimpikan suatu keadaan di mana kami bersatu kembali dan menggali nostalgia sepanjang kami bersama. Dan sudah pasti juga untuk mendengar cerita-cerita kejayaan masing-masing.

yahamim: Jangan main cinta.

5 Comments Add your own

  • 1. Afzani  |  August 20, 2008 at 2:37 pm

    Wah!!!
    Makan tak ajak…!

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  August 21, 2008 at 12:40 am

    Muzaffar yang tolong aturkan. Lain masa boleh duduk makan sama-sama..huhu

    Reply
  • 3. lolita  |  September 18, 2008 at 2:48 am

    membaca tag, ingatkan saudara akan cerita pasal cinta lama saudara. hahaha

    Reply
  • 4. hamimnasoha  |  September 18, 2008 at 8:49 am

    Saya tiada kisah cinta untuk diceritakan. Wallahualam.

    Reply
  • 5. muhammadridwanto  |  September 23, 2008 at 4:46 am

    tapi ada cerita tentang cinta yang boleh di cerita kan…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: