EPILOG PILU SEORANG PENUNGGANG MOTOSIKAL

I

Pengguna LRT kata…

Hidup kami bahagia

Terhindar dari lautan manusia

Yang beratur panjang membeli tiket

Yang bersesak merebut tempat

Yang berhimpit tak tentu jantina

II

Pemandu kereta kata…

Hidup kami bebas

Mencelah bebas antara kereta

Tak tersangkut berjam lamanya

Ada juga mengetap geram

Setiap celahan umpama rahmat

Tak hirau kenderaan kiri dan kanan

Kadang bergesel tercalar kereta

III

Kami juga ada duka

Kadang hidup dalam derita

Tak terungkap dalam sekali lafaz

Siang membanting tulang

Pulang kerja menanggung bimbang

Segala jenis asap menderu ke peparu

Kenderaan besar menghimpit menambah haru

Motor bocor terlanggar paku

IV

Esok kami mengharap suria

Dengan semangat Tuah yang setia

Dengan semangat Jebat yang adil

Moga pilu ini tidak terus menghantui

Begitulah adanya

Epilog pilu seorang penunggang motosikal

 

 

 

7 Comments Add your own

  • 1. Cahaya Mata KeyaQeenan  |  June 16, 2008 at 5:06 am

    Menarik di setiap baris. Keluhan yang sama untuk tahun-tahun sudah… Selamat terus berkarya kepada saudara Hamim… eh, ni karya asli ke?

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  June 17, 2008 at 12:40 am

    Mesti la asli. Saya ada peminat (hehe perasan!) yang sentiasa bagi galakan berkarya. “Dendang Minyak Naik Harga” adalah permintaan khas peminat/kawan saya tu.

    Reply
  • 3. Cahaya Mata KeyaQeenan  |  June 17, 2008 at 1:13 am

    Oh, ada peminat tersendiri.. tak mustahil.. saudara ada bakat. bakat yang ada ni jgn disorok utk diketengahkan. Mungkin boleh usulkan di sidang redaksi mana-mana.. (^;^). kalau ditranslate ke bahasa jawa, mungkin nampak menarik?! sekadar cadangan…

    Reply
  • 4. irhafiz  |  June 17, 2008 at 6:52 am

    hamim maksudkan peminat tu awak lah ‘cahaya mata keyaqeenan’

    Reply
  • 5. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 20, 2008 at 12:31 pm

    Brilliant~!
    Begitupun epilog ini membuatkan sy tersenyum sendirian, tk kurang jg menginsafi diri. Tk sedar terkadang terhimpit atau marah pd penunggang2 motor ni, tp yelah, setiap org punya alasan tersendiri.
    Sy mungkin ckp sy yg betul,rupanya salah pd pandangan org lain.
    Apa yg blh sy nasihatkan, kpd penunggang2 motor sekalian, berhati2lah di jln raya(termasuk diri sendiri)…okeh~! =)

    Maaf andai ada kata2 yg menyinggung & terima kasih kpd En.Hamimnasoha krn berjaya menyedarkan kesilapan diri ini.

    ~Wallahualam~

    Reply
  • 6. 'uyun  |  June 24, 2008 at 7:07 am

    kagumlah pulak, kat sini pun bole berbual.. dasat2

    Reply
  • 7. aimanMH  |  July 4, 2008 at 8:48 am

    tambah lg pilu bila minyak dah naik…dulu gue isi penuh moto gue rm6 skg dh kene rm10…gilo ke ape….skg nk isi petrol seringgit pun org pk kito gilo jang…dulu gue isi seringgit je rasa cukup…huhu….pilu..pilu..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: