Promosi Kerja Kahwin 2008

Tulisan ini dimulakan dengan lafaz maaf kerana apabila artikel ini disiarkan, Promosi Kerja Kahwin 2008 telah pun berakhir. Mungkin ada juga yang sedia maklum promosi tersebut tetapi tidak berani melangkahkan kaki ke sana kerana takut timbul pula keinginan untuk berkahwin. Ha, ada ke? Ada juga mulut kawan-kawan yang nakal akan bertanya, “Hamim cari barang kahwin ke?”

Saya tertarik untuk ke sana kerana hendak meninjau maklumat terkini tentang trend perkahwinan di Malaysia. Hendak diikutkan, promosi ini berlangsung hampir 2 minggu iaitu bermula 26 Jun – 6 Julai bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Namun saya hanya sempat ke sana pada 5 & 6 Julai sahaja (wah, wah, wah, sampai 2 hari!). Bukannya apa teruja melihat pengisiannya yang disertai ramai usahawan yang berkaitan perkahwinan dari seluruh Malaysia. Serba-serbi ada; pakej andaman, kek, barang hantaran, kad jemputan, inai, pakaian pengantin dan macam-macam lagi. Hanya pakej fotografi perkahwinan sahaja saya tak jumpa.

Aktiviti

  • Jualan kraf
  • Pameran
  • Demonstrasi dan interaktif
  • Ragam masakan pengantin
  • Pertandingan seni perkahwinan
  • Persembahan kesenian  

Istimewanya Kuala Lumpur

Saya selalu berkata kepada sahabat, Kuala Lumpur ini sangat istimewa dan banyak kebaikan yang dapat diperolehi jikalau kita pandai mencari. Kebanyakan ibu pejabat syarikat besar, pameran yang bertaraf antarabangsa dan kebanyakan barang terdapat di Kuala Lumpur. Unsur hiburan dan tempat melalaikan saya tolak tepi kerana perkara ini memang susah untuk dielakkan. Kita perlu bijak memilih mana yang baik untuk kita.

Setakat ini banyak juga pameran besar yang sempat saya lawati sejak tinggal di Kuala Lumpur (sejak Mac 2008). Mendahului senarai adalah Pameran Buku Antarabangsa 2008, Pameran Hari Intelek Malaysia 2008 dan terbaru Promosi Kerja Kahwin 2008. Akan datang MIFB 2008, berlangsung di PWTC bermula 10-12 Julai 2008. Sebenarnya banyak lagi yang terlepas kerana tak mampu untuk menapak ke semua pameran yang ada. Jikalau rajin menyemak jadual pameran yang ada, banyak manfaat yang boleh diperolehi.

Seperkara lagi yang saya tertarik adalah kebanyakan surau dan masjid di KL diimarahkan. Jika dihitung nisbah penduduk yang ada dengan yang hadir ke masjid memanglah mendukacitakan. Namun usaha yang ditunjukkan oleh AJK surau mampu membalut kedukaan itu. Hampir setiap malam kuliyah maghrib mengisi ruang sementara menunggu Isyak. Selesai Isyak pasti ada makanan yang tersedia. Secara jujur saya jarang lihat perkara ini di Johor. Ironinya baru-baru ini saya berpindah ke Subang Jaya (Selangor). Keadaannya agak berbeza kerana tiada kuliyah selepas maghrib (surau terdekat dengan rumah saya, surau/masjid lain saya kurang pasti). Saya jadi rindu masa lalu dan sedikit ralat kerana perpindahan itu.

Ambil Yang Baik

Ramai juga sahabat yang berpesan, jaga diri di KL. Pandai-pandai pilih kawan dan tempat untuk dituju. Apa-apa hal pun saya tetap berpegang kepada pantun yang menjadi tema hidup saya.

“Pilih-pilih tempat mandi, Pertama teluk kedua pandai, Pilih-pilih Tempat Menjadi, Pertama elok kedua pandai.”

6 Comments Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  July 10, 2008 at 3:04 am

    Itu pantun siapa yea????

    Reply
  • 2. 'uyun  |  July 10, 2008 at 8:28 am

    good luck !

    hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..

    (kena sambung dan kalau salah, sila betulkan)

    Reply
  • 3. hamimnasoha  |  July 10, 2008 at 9:12 am

    Manusia ni memang suka baca apa yang dia nak baca, bukan apa yang patut dibaca. Entry ni pasal Promosi Kerja Kahwin 2008 dan KL, bukan pasal pantun. Walau apa pun terima kasih kepada tuan/puan/cik yang sudi membaca dan memberi maklum balas. Saya sangat sukacita =)

    Reply
  • 4. aimanMH  |  July 11, 2008 at 12:44 am

    en.hamim jgn la marah2 ye…biasa la manusia, fikirannya lain2…heheh…ape2 pun tahniah untuk en.hamim sebabb berjaya buat blok yg menarik dan info2 terkini…..alang2 dh g pameran pengantin tu..ape lg, cepat2 la buat diri anda teruja…..hehehhehe

    Reply
  • 5. anur malati  |  July 11, 2008 at 1:50 pm

    assalamualaikum hamim..
    pekabar, lama x dengar berita. last nmpak hamim dlm frenster member hamim yg kawen aritu. selamat menjadi warga KL/Selangor. bertambah org Johor merantau ke ibu kota gamaknya

    Reply
  • 6. hamimnasoha  |  July 12, 2008 at 12:13 am

    Sihat alhamdulillah. Dah memang tersurat rezeki saya di KL. Saya lagi dah lama xnampak anur, last nampak anur keluar TV jadi tetamu Wanita Hari Ini (hebat sekarang!). Kat tempat kerja ni friendster kena block, jadi memang dah lama tak buka friendster.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: