Minyak, Petronas & Subsidi

Nampak gayanya isu petrol masih lagi relevan dibincangkan dan rakyat Malaysia masih belum bosan untuk mencari “rahsia” di sebalik semua ini. Di sini saya muatkan beberapa maklumat baru yang bagus untuk kita renung. Kajian yang lebih terperinci boleh dibuat untuk mengesahkan perkara tersebut. Bercakap dengan bukti dan fakta tentu lebih meyakinkan dan tidak bersifat “tembak” tanpa peluru serta sasaran tertentu.

Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global?

Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak (temasuklah Malaysia!). 

1. Malaysia sebagai negara “net exporter” minyak mentah menerima habuan besar daripada kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang dikeluarkan oleh kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia dan Perbendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri menunjukkan semenjak dunia dilanda krisis harga minyak mentah yang melambung, Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.

2. Malaysia mengeluarkan 650-700 ribu tong minyak mentah sehari (bergantung kepada keluaran semasa). Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari. Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih daripada 250 ribu tong sehari.

3. Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai “Tapis Blend“, yang ditakrifkan oleh Exxonmobil sebagai “Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed.” Ianya minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican (CEO Petronas) sebagai sweet dan light.

4. Tapis Blend tidak digunakan di pasaran tempatan sebaliknya dieksport untuk pasaran luar negara pada harga yang mencecah 30 % lebih tinggi daripada harga minyak mentah yang digunakan di dalam negara. 

Mekanisme Penjualan Minyak Mentah Malaysia

Sebelum 2004 minyak mentah Malaysia dijual pada kadar USD 30 satu tong. Hari ini harga pasaran bagi minyak mentah global di paras lebih USD 130 satu tong. Ini bererti pendapatan negara menerusi segala bentuk cukai juga meningkat. Telaga minyak di Malaysia dikendalikan oleh beberapa pengeluar minyak antarabangsa. syarikat ini mendapat keuntungan amat besar pada harga pasaran hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Penasihat Petronas menulis di blognya, “Hampir tiada peningkatan dalam kos pengeluaran (oleh Petronas sejak 3 tahun lalu). Oleh itu lebihan USD 100 satu tong boleh dianggap untung bersih.”

Oleh yang demikian, memandangkan Malaysia memiliki kelebihan sekurang-kurangnya 250 ribu tong sehari setelah ditolak penggunaan tempatan maka bagi setiap tong pengeluar mendapat untung bersih tidak kurang USD 100. (Maka 250 ribu tong x USD 100 x 365 hari = Untung Bersih!)

Ini bererti pengeluar mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan mereka terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan. Kesannya, kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi menerusi cukai langsung, cukai tidak langsung, dividen dan royalti hasil petroleum dan gas berbanding 3 tahun lalu. 

Data Perbendaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi:

1. Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat daripada RM 11.5 b (2004) kepada RM 20.7 b (2006).

2. Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat daripada RM 11.5 b (2004) kepada RM 2.3 b (2006).

3. Hasil Bukan Cukai-Dividen Petronas daripada RM9.1 b (2004) kepada RM 18 b (2006) iaitu lonjakan 100%.

4. Hasil Bukan Cukai-Royalti Petroleum dan Gas meningkat daripada RM 2.5 b (2004) kepada RM 4.2 b (2006). 

Benarkah Subsidi Petroleum Membebankan Negara?

Kerajaan mendakwa bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol dan diesel yang tinggi. Sebaliknya data-data daripada sumber rasmi kerajaan membuktikan sebaliknya. Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, kerajaan membelanjakan RM 5.8 b untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar (petrol, diesel dan lain-lain), subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM 13.4 b tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM 10.1 b.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber petroleum meningkat mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratus yang sama. Ini membuktikan bahawa kerajaan masih mengalami perolehan lebihan jika ia mengekalkan harga petrol dan diesel pada harga yang lama.

Pada tahun 2004 kerajaan membelanjakan sebanyak 6.3 % dari Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan untuk subsidi (termasuk segala bentuk subsidi) dan mencatat peningkatan sebanyak 13.7 % pada tahun 2005 tetapi menurun semula kepada 9.4 % pada tahun 2006. Subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan hanya mencatat peningkatan 0.4 % pada 2007 walaupun kerajaan tidak menaikkan harga bahan bakar sepanjang tahun itu. 

Oleh yang demikian sebenarnya jelas bahawa subsidi bahan bakar petrol dan diesel sebenarnya tidak membebankan negara.

Mengapa Subsidi Petrol dan Diesel Tidak Membebankan Negara? 

Seperti yang dijelaskan, Malaysia mengeluarkan 650-700 ribu tong minyak mentah sehari. Kegunaan dalam negara pula hanyalah 400 ribu tong sehari. Negara mengalami lebihan 250-300 ribu tong sehari untuk dieksport ke luar negara.  

Memandangkan kegunaan minyak mentah dalam negara tidak memerlukan minyak mentah berkualiti tinggi, maka 400 ribu tong minyak mentah yang dikhaskan untuk kegunaan dalam negara ditukar di pasaran dengan 400 ribu tong minyak berkualiti rendah. Pertukaran ini juga menguntungkan negara kerana minyak mentah negara dari kelas Tapis Blend lebih tinggi. Ini bermakna negara samada mendapat lebih minyak atau mendapat pulangan kewangan bersama minyak yang ditukar itu.

Ini bererti sebarang kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran global langsung tidak menjejaskan negara. Oleh yang demikian tiada sebab mengapa kerajaan perlu menaikkan harga petrol dan diesel dengan meberi alasan mengurangkan beban subsidi terhadap bahan bakar tersebut! 

http://kickdefella.wordpress.com/2008/06/16/kickdefella-bares-all/

MUHANNAD BIN JAMIL

Jurutera (Awam)

Jabatan Kejuruteraan

Bahagian Penghantaran

017 6149192

9 Comments Add your own

  • 1. azmi  |  June 17, 2008 at 12:42 pm

    minyak oh minyak.. segala-galanya sudah bertukar..huhU~

    apa nak jadi..uhu~

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  June 18, 2008 at 8:17 am

    Azmi, terima kasih sebab melawat blog dan memberi pandangan. Terlalu banyak “rahsia” yang tak terurai berkenaan minyak. Kalau kawan-kawan lain ada maklumat, sila kongsi jangan sorok2.

    Reply
  • 3. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 18, 2008 at 11:01 am

    Adakah sumber minyak negara kita semakin hari semakin berkurangan?

    Lantaran itu, kerajaan sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi dimana kita pula terpaksa mengimport minyak…
    Ini sudah tentunya memerlukan modal yg sgt tinggi.
    Begitu kah???

    ~Wallahualam~

    Reply
  • 4. fara klm  |  June 19, 2008 at 3:06 am

    Terikut-ikut dengan alasan dunia, Malaysia untuk menghalalkan tindakan kerajaan lembab pimpinan Abdullah Badawi yang sentiasa mengantuk dan Barisan Nasional untuk menaikkan harga minyak menakut-nakutkan rakyat bahawa minyak adalah sumber yang akan habis. DiMalaysia dikatakan minyak akan habis unjurannya pada 2014. Tanpa memberitahu bahawa penerokaan ke atas telaga-telaga baru dan beberapa lagi telaga yang telah dijumpai, kerajaan mahu rakyat suka dengan harga minyak yang naik dengan alasan untuk masa hadapan anak cucu yang tak ada lagi hasil minyak.

    Benarkah kenaikan harga minyak boleh dijustifikasikan dengan bakal kehabisan simpanan minyak?. The Star dalam laporannya bertarikh 5 June memetik kata-kata Idris Jala, Pengerusi MAS yang pernah menjadi senior executive syarikat Shell Plc di London selama 20 tahun menyatakan ‘There’s no global fuel shortage’. Idris yang digelar sebagai bekas ‘ex-oil man’ menyatakan kenaikan harga minyak di pasaran dunia hanyalah semata-mata kerana spekulasi.

    Benarkah simpanan minyak dunia akan habis termasuk dalam negara kita. Teori pakar minyak mungkin begitu. Izinkan tulisan ini memberi pandangan kedua. Bagi negara-negara dan rakyat yang beraqidah yang yakin bahawa segala hasil mahsul di bumi ini adalah ciptaan Allah sepatutnya tidak mengasingkan kajian mereka dengan aqidah.
    Mengikut ilmu dangkal yang saya belajar sedikit-sedikit masa sekolah dulu, kononnya petroleum ini terhasil dari fosil tumbuhan dan haiwan yang mati BERJUTA-JUTA tahun dahulu. Betul ke?. Mari kita kira. Oleh kerana pakar-pakar minyak gunakan logik akal dalam mengkaji, maka kira-kira ini juga melibatkan logik akal.

    Dari zaman ADAM sebagai manusia pertama diciptakan, agaknya berapa lama umur bumi ini? Ada 25 Rasul yang wajib kita percaya dalam Aqidah kita. Dari Nabi Muhammad saw sampai sekarang jumlah tahunnya 1600 tahun. Nabi yang paling panjang umurnya adalah Nuh a.s iaitu 1000 tahun. Kita ambil secara puratanya setiap Rasul umurnya 1000 tahun termasuk sela masa diantara seorang Rasul dengan lainnya. Maka 25 x 1000 = 25 000 tahun. Tidak mengapa jika anda mahu menambah 100 000 tahun. Maka jumlah usia bumi dan alam dari nabi Adam a.s hingga sekarang adalah 126, 600 tahun. Katakan lah Allah telah menjadikan dunia ini sebelum Adam diturunkan lebih awal. Adakah logiknya sehingga berjuta-juta tahun, maka fosil haiwan dan tumbuhan itu dikatakan telah mati berjuta-juta tahun dahulu sebelum berubah menjadi petroleum?
    Kedua. Jika benarlah ilmu terjadinyanya petroleum itu kerana fosil haiwan dan tumbuhan tadi, maka sudah tentu semua tempat di dunia ini mudah ditemui minyak. Tetapi mengapa hanya negara-negara yang yang didiami oleh umat Islam sahaja yang ditemui minyak. TIDAK KAH MINYAK INI ANUGERAH ALLAH KEPADA UMAT ISLAM UNTUK MENGUASAI EKONOMI DUNIA?

    Jika Allah yang menentukan kejadian Petroleum ini, tentu Allah mempunya sebabnya menganugerahkannya kepada Islam yang tidak kita ketahui. Oleh kerana kita tidak tahu hikmah Allah anugerahkan petroleum kepada ummat Islam, maka kita juga tidak boleh mengaku tahu bahawa dunia akan kekeringan petroleum. Yang mengetahuinya hanyalah Allah.
    DUNIA DAN MALAYSIA AKAN KEHABISAN PETROLEUM ADALAH TIPUAN DARI SEGI TEORI YANG BELUM DIBUKTIKAN. Mengapa kita terikut-ikut.”

    Reply
  • 5. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 20, 2008 at 12:13 pm

    Salam;

    Jika sy salah/tersilap, maka betulkanlah sy, dn sy amat berterima kasih utk itu.

    Pertamanya,
    Yg sy belajarlah, mmg jumlah Rasul yg kita percaya ade 25org, tp jumlah sebenarnya adalah lebih. Cuma yg WAJIB kita ketahui/percaya, memang 25org shj. Begitu jg dgn bilangan Nabi, jumlahnya dikatakan mencapai angka 300++(maaf krn tk dpt bg tepat2) bilangannya. Jd, utk melakukan pengiraan, bukankah kita memerlukan bilangan yg lebih tepat? Kalau utk anggaran je, boleh lah kot…

    Keduanya, sy memetik kata2 di atas;
    “Tetapi mengapa hanya negara-negara yang yang didiami oleh umat Islam sahaja yang ditemui minyak”

    Persoalannya, sejak bila pulak hanya negara Islam shj yg mengeluarkan minyak? Setahu sy, mmg negara Islam merupakan negara pengeluar terbesar, ttp ada jg negara lain yg turut menyumbang. Ini antara negara2 pengeluar minyak;
    Russia, U.S, Canada, Venezuela, Norway, Brazil, U.K, Argentina, Denmark dn BANYAK LG. Tidakkah taburan ini meliputi hampir seluruh tmpt di dunia, walaupun bkn di semua tmpt. Fakta sy ambil dr laman Wikipedia.

    Terakhirnya, ingin sy jelaskan bhw sy jg amat bersetuju dn percaya hanya Allah yg mengetahui segalanya. Dan Allah menganugerahkan minyak di kebanyakan negara Islam sbg sumber ekonomi kita, yg blh dijadikan kekuatan, walaupun pd kenyataannya, kita(org2 Islam seluruh dunia) masih berbalah sesama kita. Saling bergaduh, berbunuhan dn semakin tamak. Yg ada byk minyak(cthnya Saudi Arabia) senang2 dimanipulasi oleh negara spt U.S yg didalangi Israel.

    Bukan senang2 nk percaya/ikut2 teori yg mengatakan sumber minyak semakin habis, atau bersetuju harga minyak dinaikkan, cume memetik pandangan ‘org di sebelah sana’ sbg penambahan maklumat. Samada nk percaya atau tk, terpulanglah. Berfikirlah…

    Sbb itu kita digalakkan utk mencari ilmu&maklumat sebanyak mungkin. Jgn mudah percaya. Mungkin jg teori ‘minyak nk habis’ ini, blh dijadikan sbg semangat utk para saintis kita supaya lebih terdorong utk mencari sumber baru? Dr kelapa sawit mungkin??
    Atau lain2?? Walaupun mungkin benar sumber minyak takkan habis, tp apa salahnya kita cuba “menyediakan payung sebelum hujan”? Sekurang2nya kalau betul2 hujan, kita tk basah =)

    Sy mungkin tersilap/tersalah, maka tlglah betulkanlah sy.
    Sekian,

    ~Wallahualam~

    Reply
  • 6. mr t  |  June 26, 2008 at 1:52 am

    panas2..
    emas hitam mmg panas

    Reply
  • 7. aimanMH  |  July 4, 2008 at 7:26 am

    ntah la….yg sy tau sy sgt sokong fara…mmg betul la paklah tu lembap….hahahhaah…tgk muka pun dh dekat sama dgn BUSH…agaknya mereka ni sama spesis kot….hahaha…buat saudara hamim…blog anda semakin panas…hahahah…lbh baik anda update blog anda ditempat berhawa dingin bersuhu bwh paras beku…kua3…

    Reply
  • 8. abisa58  |  August 31, 2008 at 1:15 am

    Kenaikan harga minyak telah dirancang USA bagi menampung kos penjajahannya di Asia Barat yang tentunya memerlukan biaya yang tinggi. Meskipun simpanan minyak USA cukup untuk 30 tahun mendatang.

    Negara Arab tumpang semangkuk dengan kenaikan harga minyak yang sengaja di eksploitasi oleh negara perjarah itu.

    Reply
  • 9. Ahmeed  |  May 4, 2010 at 1:30 pm

    saya nak tnye niey.
    berapa lamakah terbentuk petroleum .?
    terima kasih .

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: