Gincu, Kasut Tinggi..

Wanita Islam Kelantan Dilarang Pakai Gincu, Kasut Tumit Tinggi.

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menetapkan larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasannya. Pekeliling tersebut dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI. Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Panduan Pemakaian Yang Ditetapkan MPKB-BRI

  • Wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.
  • Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah.
  • Etika lain yang perlu dipatuhi ialah memakai tudung yang labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.

Kegagalan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan itu akan dikenakan kompaun sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500.

Reaksi

Saya dapat bayangkan reaksi orang ramai berkaitan pekeliling tersebut. Pelbagai nada reaksi akan dapat didengar, ada yang setuju ada yang tidak setuju malah ada juga teragak-agak antara setuju tidak setuju. Pada pendapat saya soal berpakaian adalah hak yang bukan hak mutlak. Secara hak manusia bebas memilih apa jua bentuk pakaian yang digemari. Namun hak kepada agama dan masyarakat perlu ditunaikan. Agama Islam telah menetapkan berpakaianlah dengan menutup aurat yang sempurna. Ini bukan soal tahu atau tidak tahu tetapi soal mahu atau tidak mahu. Jika ditanya batas aurat, rata-rata mampu mendapat markah penuh apabila memberi jawapan. Namun apabila tiba soal pelaksanaan, ramai yang ragu dan kurang mahu. Penguatkuasaan perlu kerana dalam beberapa hal jika kuasa memilih diberi kepada masyarakat pasti ada sedikit penyimpangan kerana terselit rasa mengikut kata hati dan apa yang disukai. Walau apa pun syabas atas kesedaran yang ada serta cuba fikirkan lagi bagaimana untuk mengembalikan masyarakat kepada pelaksanaan agama yang menyeluruh.

2 Comments Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  June 24, 2008 at 7:37 am

    susah lah nak baca entry ko ni, kena banyak klik2 lah…cuba ko ubah design blg ko ni….
    biar mesra pengguna…ok?

    Reply
  • 2. aimanMH  |  July 4, 2008 at 6:45 am

    dgr tu pengkritik bebas kita kritik blog ni…nway kalau betul ape yg dikritik tu trima kasih la kan…gue xleh ckp pe2 pun sbb gue sndri pun xtau nk buat blog…hahaha…nway syabas pd kerajaan kelate…kawe sokong demo….kua3…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: