Gempa Bumi di Sichuan, China

Kebanyakan rakyat Malaysia sedang hangat membincangkan tentang isu kenaikan harga petrol dan langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan beban kenaikan bahan api itu. Bagi peminat bola sepak pula setiap babak perlawanan di Euro 2008 diikuti dengan penuh minat. Di tengah-tengah kehangatan kita membincangkan hal-hal tersebut, mari kita alihkan sebentar tumpuan kita terhadap bencana yang dihadapi penduduk China akibat gempa bumi yang melanda negara itu.

Tiba-tiba sahaja nama Sichuan ( tragedi berlaku 12 Mei 2008 ) muncul menjadi tajuk utama berita  dunia lantaran gempa bumi yang berukuran 7.9 skala Richter telah menggegarkan wilayah tersebut. Pusat gempa terletak 80 km di barat laut Chengdu, ibu wilayah Sichuan dengan kedalaman 19 km. Gempa bumi itu boleh dirasai sehingga ke tempat sejauh Beijing (1,500 km jauhnya) dan Shanghai (1,700 km jauhnya) yang mengakibatkan bangunan pejabat bergoyang akibat gegaran. Gempa bumi itu turut dapat dirasai di beberapa negara jiran berhampiran.  

  

Fakta Bernombor ( Sehingga 8 Jun 2008 )

69,136 orang terkorban

374,061orang cedera

17,686 orang hilang

4.8 juta orang hilang tempat tinggal

 (Gambar menunjukkan pusat gempa yang berlaku)

 

Gambar menunjukkan dua pemandangan berbeza bandar Beichuan, wilayah Sichuan di barat daya China yang dirakam sebelum dan selepas limpahan air tasik terbentuk akibat gempa. Gambar atas diambil pada 27 Mei menunjukkan runtuhan bangunan dan laluan sungai yang masih jelas kelihatan manakala gambar terbaru yang dirakam menunjukkan sebahagian besar kawasan daratannya sudah ditenggelami air tasik yang melimpah.

Askar China menggunakan bahan letupan termasuk dinamit untuk mengalirkan air tasik itu ke kawasan lain bagi menyelamatkan bandar berkenaan yang berkedudukan lebih rendah daripada tasik itu. Lebih 250,000 penduduk daripada1.3 juta penduduk di hilir sungai terbabit sudah dipindahkan ke kawasan lebih tinggo bagi menghadapi kemungkinan kawasan itu ditenggelami jika tebik tasik roboh.

Sehubungan dengan itu, Majlis Negara telah mengisytiharkan tempoh berkabung selama 3 hari mulai 19 Mei 2008. Selain itu, bendera kebangsaan China, kawasan Hong Kong SAR dan Macau SAR telah dikibarkan separuh tiang. Jawatankuasa Larian Obor Olimpik Beijing pula mengumumkan larian berkenaan digantung selama 3 hari.

Bantuan Kemanusiaan Malaysia tiba di Sichuan.

Malaysia telah menghantar 2 pesawat TUDM untuk mengangkut 26 tan barangan yang merangkumi khemah, peralatan perubatan, ubat-ubatan serta selimut. Delegasi kedua dijangka menyusul dengan barangan bantuan seberat 10.5 tan beberapa hari lagi

Rujukan 

1.                  http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_Sichuan_2008

2.                  http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0611&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_15.htm&arc=hive

3.                 http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20080611080230/Article/

11 Comments Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  June 12, 2008 at 4:10 am

    Alhamdulillah,kita masih selamat di bumi Malaysia tercinta

    Reply
  • 2. irhafiz  |  June 12, 2008 at 7:05 am

    Setakat ini Malaysia masih lagi aman dari malapetaka ini. Walaupun dari segi sains menyatakan bahawa ini adalah berpunca dari gelinciran plak bumi, namun sebagai seorang yang percaya terhadap kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa, kita mesti percaya ini adalah datang dari Allah atas sebab musabab yang telah wujud.

    Walau bagaimanapun kita seakan-akan sedang menjemput dengan penuh mesra dan bersungguh-sungguh kedatangan makhluk yang bernama ‘malapetaka’ ini dengan membuat persiapan yang menyenangkan hati si malapetaka ini yang antaranya dengan mewujudkan majlis hiburan melampau, pergaulan yang tak kenal batasan, seks bebas, keruntuhan moral yang memualkan sesiapa yang mendengarnya dan bermacam-macam lagi yang kiranya tidak mencukupi ruang untuk dinyatakan semuanya disini…

    Apakan daya kalau hanya segelintirnya sahaja yang menghalau si malapetaka ini dan sebahagian besarnya menjemput secara beria-ia, sudah tentu dengan senang hati sekali si malapetaka ini datang….

    Harap dijauhi…
    Wallahu’alam.

    Reply
  • 3. SUHAILI SAMSURI  |  June 15, 2008 at 4:06 am

    Kiamat sudah dekat. Antara tanda2 hampirnya kiamat dengan kita ialah banyak berlakunya gempa bumi. Wallahua’lam

    Reply
  • 4. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 18, 2008 at 11:06 am

    Mungkinkah Allah sudah melupakan kita??
    Maka dgn itu, kita terbiar leka dn alpa dgn kemewahan dunia??
    Mungkinkah begitu???
    Siapa yg tahu?

    ~Wallahualam~

    Reply
  • 5. irhafiz  |  June 19, 2008 at 2:33 am

    Maha Suci Tuhan Tidak Tidur dan Tidak Lupa.

    Reply
  • 6. Cahaya Mata KeyaQeenan  |  June 19, 2008 at 4:07 am

    Sayu hati menadah tangan
    Al-Fatihah buat yang terkorban
    Bumi sudah tiada keruan
    Menangisi alam tarahan insan

    Reply
  • 7. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 20, 2008 at 11:12 am

    Wahai sahabat,

    Janganlah diambil maksud kata2 sy itu dgn fahaman ‘literal’ shj.
    Sesungguhnya umum mengetahui bhw Allah itulah Yg Sempurna lg Maha Bijaksana…

    Sy hanya cuba memetik kata2 seorg ustaz di tmpt pengajian sy.
    Dn beliau cuba membuatkan kami berfikir, mengapa itu terjadi??
    Atau mungkinkah perkara spt itu terjadi???
    Bukanlah semudah meletakkan sifat lupa itu kpdNya, tp nyata sbg sindiran kpd kita yg tk pernah alpa dr melakukan kesilapan..
    Selagi namanya manusia….
    Renung2kan…

    ~Wallahualam~

    Reply
  • 8. nissha  |  June 24, 2008 at 3:46 pm

    thank u so much….i tried finding everywhere but i could not find the best detailed one…the at last when i found yours i was really glad coz u had very fine bahasa melayu and decent words….i wana do this project about the tragedy that occured in sichuan…terima kasih!!!!…blog more about all facts that u know…

    Reply
  • 9. punk  |  July 1, 2008 at 1:08 pm

    gempa ini mengorbankan ramai orang yang tidak berdosa tetapi orang yang giat membinasakan alam pula sedang menikmati kesenangan hidup …. Dunia ini memang tidak adil

    Reply
  • 10. aimanMH  |  July 11, 2008 at 12:59 am

    x baik pun ckp dunia ni x adil…siapa la kita untuk menilai keadilan tu…tambahan pula ALLAH lebih menegetahui ape yg DIA beri pada kita…KDG2 KITA SEDIH DAN KECEWA KERANA TIDAK MEMPEROLEH APA YG KITA INGINKAN, TAPI TANPA KITA SEDAR ALLAH TELAH ANUGERAHKAN KEPADA KITA APA YG KITA PERLUKAN….Kan DIA yg lebih tahu keperluan kita, blum tentu keinginan kita itu suatu keperluan…mengenai ramai yg x berdosa jd mangsa pula…alhamdulillah la sbb mereka masih suci dari dosa or dosa mereka masih sedikit, jadi ALLAH ambil nyawa mereka sebelum dosa mereka tu bertambah…yg membinasakan alam pula, biar la die terus giat…sebenarnya ALLAH masih bg peluang kepada mereka untuk berubah dan mensucikan diri dari noda2 dengan taubat…tp salah siapa kalau diri sendri dh sedar tapi masih tegar melakukan kesilapan sama….SUBHANALLAH…begitu adilnya ALLAH kepada hamba2nya…x nampakkah kita?..di mana rsa bersyukur kita jika kita asyik salahkan takdir dan dunia ini?…bermakna kita mempertikaikan kekuasaan dan keadilah ALLA s.w.t…………….RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL….especially buat punk..

    Reply
  • 11. aimanMH  |  July 11, 2008 at 1:01 am

    4JJ l MAHA BESAR….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: