Denting Dengung

Hari Yang Pasti

Saya kini menetap di Bandar Pinggiran Subang. Di Kampung Melayu Subang telah berlaku suatu kejadian yang memperlihatkan kebesaran Allah untuk jadi renungan kepada manusia. Pada hari Isnin (8 Ramadhan) telah berlaku satu kematian dan ia telah disahkan oleh doktor. Namun tanpa disangka-sangka, beliau hidup kembali. Kecoh juga dibuatnya dan saya kurang pasti apa yang terjadi selepas itu. Dua hari selepas itu, iaitu hari Rabu barulah beliau benar-benar meninggal dunia. Innalillahi waina ilaihirajiun. Saya bukan doktor untuk menerangkan fonemena yang berlaku. Tetapi sebagai hamba Allah yang saya tau manusia diberi petanda untuk berfikir. Alhamdulillah matinya beliau dalam bulan yang mulia, bulan Ramadhan.

Setiap kali tiba bulan Ramadhan kita sentiasa bersyukur kerana diberi kesempatan sekali hati dan mengharapkan Ramadhan ini lebih baik daripada sebelumnya. Begitu juga apabila tiba ke penghujungnya, kita berdoa agar dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan akan datang. Apa yang pasti bulan ini dilimpahkan rahmat, hidayah dan ketakwaan kepada umat Islam. Semua cenderung ke arah kebaikan tanpa disuruh. Sangat diharapkan agar ini dapat diambil iktibar untuk menjalani kehidupan dalam 11 bulan yang lain. Umat Islam perlu bersatu dan saling membela umat Islam yang lain. Umat Islam Malaysia ada yang diuji (contohnya kapal MISC MT Bunga Melati yang ditawan lanun), begitu juga umat Islam lain di Palestin, Afghanistan dan merata lagi sedang diuji. Doa dan pertolongan daripada umat Islam yang lain amat diperlukan. Mudah-mudahan ada kprihatinan di hati kita.

Yahamim: Tak takut mati tetapi belum bersedia untuk mati.

Pilihan Itu

Ada seorang sahabat saya (muslimat) sedang dalam kesusahan dengan pilihan yang ada. Terus-terang, ia soal jodoh. Secara umum saya katakan dia amat menjaga adab pergaulannya sebagai muslimah. Sejak kebelakangan ini banyak lamaran dan risikan yang datang untuk memperisterikannya. Alhamdulillah risikan itu datang dengan baik walau ada yang agak keterlaluan. Beliau sangat bingung hingga galau hatinya. Terlalu banyak menolak harapan orang, yang menanggung seksa orang yang menolak juga. Mudah-mudahan beliau kuat dan sentiasa solat hajat serta istikharah agar keputusan yang dibuat dibimbing petunjuk Ilahi.

Saya berkawan dengan ramai orang dan kebanyakkannya baik fikrahnya (prinsip hidup dan corak pemikiran). Mereka sangat menjaga dalam soal mencari jodoh. Kita hendak membina generasi yang akan mewarisi dan menegakkan Islam, maka soal ini sangat penting. Kesal sangat apabila pemuda sekarang tidak sabar-sabar untuk kerkasih-kasihan dan berpasangan jauh sebelum merancang untuk berkahwin. Berbual berjam-jam, berjalan berdua-duaan, pujuk rayu, rajuk rindu menjadi sebati dalam diri. Nauzubillah. Sama ada salah guru yang menyampaikan atau salah didikan saya pun tak tahu. Saya hanya mampu berdoa mereka ini diberikan kesedaran supaya berubah.

Yahamim: Solat istikharah apabila ada kesulitan membuat keputusan.

Imej Korporat(?)

Saya bekerja di sektor kerajaan yang telah diperbadankan atau lain perkataan dikorporatkan. Tempat saya bekerja ini memang mempunyai masa depan yang cerah kerana terlibat dalam rekacipta dan memberi perlindungan terhadapnya. Jawatan yang saya pegang juga tiada yang seumpama dengannya di Malaysia. Kami semua ditempatkan dalam satu pejabat dan hanya ada satu pejabat di Malaysia. Rakan sejawatan kami adalah dari negara lain yang juga hanya ada satu pejabat di negara mereka. Istimewa kan? Namun bukan keistimewaan itu yang ingin diperkatakan.

Gambarajah di atas dinamakan baju korporat. Yang sebenarnya saya keliru kenapa ia dinamakan baju korporat dan tidak pasti adakah sudah rasmi ia dinamakan baju korporat. Sebelum ini pakaian ke pejabat adalah kemeja (lelaki), baju kurung (perempuan) atau sut pejabat (walau ada fesyennya yang “macam haram!” untuk dipakai ke pejabat). Perlu ke imej korporat dilambangkan oleh baju ini? Baru-baru ini semua pekerja di tempat saya telah dibekalkan dengan baju ini dan perlu dipakai pada hari Isnin. Yang buat hati ini panas apabila melihat perempuan memakainya. Dari segi potongan memang longgar dan saya harapkan dilabuhkan lagi bahagian bawahnya. Jadi sebal hati ini bila ia dipadankan dengan seluar yang ketat atau kain yang mengikut potongan badan, malah ada yang berbelah. Itu belum lagi yang menyelak tudung di bahagian dada. Apa yang saya nak katakan di sini bukan saya membantah pemakaiannya tetapi cara ia dipakai dan harus ditukar namanya selain baju korporat. Imej korporat bukan begitu, ia adalah berkaitan cara kerja.

Yahamim: Kadang-kadang rajin, kadang-kadang malas.

9 Comments Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  September 11, 2008 at 2:24 am

    oooo. ko memang hebat , bekerja di syarikat korporat…harap jangan keparat sudah lah …

    Reply
  • 2. aimanMH  |  September 11, 2008 at 4:12 am

    en.wanto: kesian en.hamim, jangan la doakan dia jadi keparat…x baik…

    en, hamim: kalau susah sgt si muslimat tu nak buat pilihan, ape kata en.hamim je yang masuk melamar beliau…hamba rasa beliau x dapat buat keputusan sebab menunggu en.hamim kot….hehehe…ape2 pun istikharah lah penentu segalanya, hny ALLAH yang Maha Mengetahui segala sesuatu…..

    Reply
  • 3. 'uyun  |  September 13, 2008 at 5:58 am

    sebab tu saya x beli baju korporat ktc..

    Reply
  • 4. 'uyun  |  September 13, 2008 at 5:59 am

    Pilihan Itu

    Pilihan allah.

    tahniah.

    Reply
  • 5. mutiarabernilai  |  September 27, 2008 at 5:53 pm

    salam..
    bj korporat jkm stil lg bau kedai kat dlm bilik ana..
    xpnah pakai n xpnah trpikir pon nak pakai..
    ana brazam nak wat jubah sbagai satu pakaian formal utk syarikat ana.. (doakan ana dpt bukak syarikat..)

    Reply
  • 6. mutiarabernilai  |  September 27, 2008 at 5:59 pm

    pilihan itu..
    kukuhkn kyakinan kpd Allah..
    insyaAllah yg Terpilih pasti akn dipilih
    moge kite Terpilih untuk org yg Terpilih..
    Terpilih sbg org PilihanNYa.. Amin..

    Reply
  • 7. aimanMH  |  October 8, 2008 at 1:55 am

    mutiara:…alhamdulillah, semoga cita2 saudara tercapai….amin…insyallah klu ape yg kita buat keran ALLAH, akan dipermudahkan jalan….mane la tau kot2 ana pun leh keje kat syarikat saudari…leh la ana merasa pakai jubah g kerja….heheh

    Reply
  • 8. sil  |  August 22, 2009 at 10:23 pm

    betul3x..setakat ni saya tak pernah nampak baju korporat yg blengan panjang..kat ofis saya pon baju krporat die ala2 bju krporat yg kat gambar tu..

    hmm..sy nak cadangla baju korporat yg lengan panjang. biar selesa & tenang jiwa memakai..

    Reply
  • 9. leli_syifa  |  September 1, 2009 at 7:04 pm

    baju korporat persatuan saya untuk perempuan di bahagian tangan 3 suku…..jd perlu memakai inner bg menutup pergelangan tangan…..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: