Solat Lima Waktu Syarat Naik Pangkat.

Sebelum ini kerajaan Kelantan telah menguatkuasakan larangan pemakaian gincu dan kasut tinggi kepada pemegang lesen dan pekerja di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Terbaru, kerajaan Kelantan mengumumkan akan mengenakan syarat solat lima waktu untuk kenaikan pangkat.

Syarat Baru

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kerajaan Kelantan akan menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat wajib kenaikan pangkat dan pengambilan baru kakitangan awam (kerajaan negeri) serta pemilihan calon wakil rakyat dan jawatan politik lain termasuk penghulu, penggawa dan wakil rakyat. Mereka akan ditapis terutamanya solat jumaat.

Peraturan itu sama seperti pelaksanaan syarat mesti lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dalam pengambilan kakitangan kerajaan ketika ini. Ia itu bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan penjawat awam supaya sentiasa mengingati Allah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Kalau nak dapat kerja perlu tingkatkan bahasa kebangsaan, begitu juga orang tak sembahyang perlu diusahakan supaya mereka sedar bahawa ia satu dosa yang akan menimbulkan perangai tak senonoh dan tidak takut kepada Allah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan dipinda bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap umat Islam yang meninggalkan solat lima waktu.

Pindaan enakmen itu kini dalam kajian Maik dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sebelum dibentangkan pada sidang DUN. Ketika ini, hanya orang yang meninggalkan solat Jumaat lebih tiga kali, boleh didenda sehingga RM1,000 atau satu bulan penjara atau kedua-duanya. Kini ada cadangan agar peraturan itu diperluaskan terhadap mereka yang meninggalkan solat lima waktu walaupun kita akui agak sukar dikuatkuasakan kerana pastinya ada yang pro dan kontra.

Pemimpin dan Solat

Memetik tulisan Dr. Danial Zainal Abidin dalam blognya, antara kelayakan untuk memilih pemimpin adalah yang sempurna solatnya. Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.

Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda, “Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.’ Sahabat-sahabat pun berkata, ‘Bolehkah kami menentang mereka?’ Jawab Nabi, ‘Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat’.”

Hadis ini menunjukkan apabila seseorang pemimpin Muslim memperkecilkan solat, dia perlu turun dari jawatan kepimpinannya.

Membina Manusia

Penulis teringat kepada isi satu tazkirah ustaz di tempat kerja yang menyatakan sepatutnya jabatan sumber manusia perlu diisi dengan orang arif tentang agama. Soalan penting semasa temuduga ialah solat, amanah, bacaan Al-Quran dan beberapa hal lagi yang berkaitan. Bahagian ini perlu tahu bagaimana untuk membina manusia. Majikan tidak mampu menyelia dan mengawal kerja serta tingkah laku pekerja. Jika pekerja memang telah terbina dalam dirinya akhlak mulia, tidak lagi timbul isu ponteng kerja, curi tulang, mengambil barang pejabat, pecah amanah dan pelbagai masalah lain. Seorang sahabat penulis juga berpesan, jika kita ikut perintah Allah akan turun keredhaan. Dengan keredhaan itu Allah akan tarik dan hilangkan niat-niat yang tidak baik daripada hati manusia yang menjadi punca segala masalah. Wallahualam.

Rujukan

  1. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20080708002423/Article/index_html
  2. http://www.danialzainalabidin.com/2008/03/06/berhati-hati-memilih-pemimpin/

7 Comments Add your own

  • 1. aimanMH  |  July 8, 2008 at 4:39 am

    waaa….bagusnya negeriku tercinta…ni la pemimpin yg insyallah boleh memimpin rakyatny menuju ke pintu syurga….ye la..tkut tersalah pemimpin kang x pasal2 jumpe jln pintu neraka..mmg dunia ni dpt la pintu syurga dunia sbb ditabur dgn duit(hmm…hmmm…paham2 la ek pemimpin mane tu)…kalu buat program ke ,ceramah ke ade la pemimpin tu buat start time org tgh smyg maghrib…so, smyg ke die ye?…hm…sama2 la pikir ek…HIDUP KEPIMPINAN ULAMA…..TAKBIR….ALLAHUAKHBAR…..

    Reply
  • 2. 'uyun  |  July 8, 2008 at 4:43 am

    bagus dan sangat mengkagumkan. beginilah pemimpim yang malaysia patut lahirkan. apalagi abang hamim, bile mau jadi calon wakil rakyat?

    Reply
  • 3. aimanMH  |  July 8, 2008 at 7:56 am

    sabar2 la dlu uyun…awk nk suruh en.hamim ni jd calon utk wakil rakyat?…calon utk jdkn peneman idup die pun lum jumpe lg…biar la die berteman n puas ati ngn calon die…kang kalu dh jd milik rakyat susah plak nk cari permaisuri hati….hahahaha…susah2 sgt awk je la…awk blh jd pembantu beliau…..

    Reply
  • 4. 'uyun  |  July 10, 2008 at 8:34 am

    kata cik aimanMH,

    “calon utk jdkn peneman idup die pun lum jumpe lg”

    ye tak ye juga ya..

    Reply
  • 5. hamimnasoha  |  July 11, 2008 at 1:44 am

    Terima kasih banyak-banyak kepada aimanMH dan ‘uyun yang banyak memberi maklum balas. Saya sekarang ni setakat jadi wakil rakyat dalam skala yang kecil sahaja, pemimpin di tempat kerja. Untuk bertanding di pilihan raya umum rasanya jauh lagi untuk dicapai. Kalau makbul doa dan kuat keinginan saya Insya Allah, kenapa tidak saya usahakan kalau itu yang lebih baik. Soal “pembantu peribadi”, saya tahu aimanMH dan ‘uyun lebih arif. AimanMH sudah berumah tangga dan ‘uyun pula giat membantu sahabat2 untuk mendirikannya. Kalau ada kebuntuan saya akan minta bantuan kalian. Moga kejayaan dan kebahagian mampu kita miliki. Amin Ya Allah

    Reply
  • 6. endri wibisono  |  October 7, 2008 at 6:28 am

    Ya Allah awak dari Indonesia// nama awak endri ingin punya suami yang berpangkat dan juga punya kedudukan tinggi…amien kabulkan ya Allah

    Reply
  • 7. Siti Nurhaliza Taruddin  |  April 28, 2009 at 2:58 am

    Salam, Hamim.. Setuju penulisan Hamim.. Tapi berapa kerat saje pemimpin sebegini? Apapun Hamim, hidup di dunia hanya sementara.. Realitinya, berapa baik dan bagus pun kita bekerja biarlah Allah S.W.T tahu.. Rezeki yang datang mungkin jadi bala atau takwa.. Doakan jela yang terbaik

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: