Sekeping Kad Penyatu Hati

Apabila kita menerima kad undangan majlis perkahwinan serta-merta kita akan tersenyum. Mungkin kerana undangan itu daripada ahli keluarga terdekat, sahabat karib atau sesiapa sahaja yang rapat dengan kita tetapi telah lama tidak berjumpa.

Bagi yang lebih prihatin pasti akan mengambil perhatian terhadap rekaan dan bahasa yang digunakan. Dengan sekeping kad itu, ia mewakili hasrat serta kegembiraan penghantar kad yang bakal bersatu hatinya. Keriangan bagi pihak ibu bapa juga terkandung di dalam sekeping kad undangan itu. Kegembiraan dan keriangan inilah yang menyaluti setiap butir perkataan yang tertera pada kad.

Semacam suatu kecenderungan untuk memilih bahasa yang terbaik dan berseni untuk kad tersebut. Apatah lagi jarang dapat kita menggunakan bahasa sebaik itu dalam perbualan seharian. Dimudahkan kata biar jadi ingatan orang yang menerima undangan.

Paling menonjol adalah penggunaan pantun. Antara pantun yang digunakan adalah seperti berikut:

Sekapur sirih seulas pinang,

Menjadi santapan si gadis idaman;

Uda dan dara akhirnya ke jinjang,

Semoga perkahwinan selamanya aman. 

 

Pasti indah jika pengantin disebut sebagai raja sehari.

Tepak perak indah berseri,

Dibawa orang dari Deli;

Menyusun jari memohon sudi,

Raja sehari sama dirai.

 

Awal kata akan dimulakan dengan salam yang diteruskan dengan dengan santun memulakan bicara. Sebagai contohnya, “Dengan izin Allah ke atas hambaNya yang merancang, kami (diikuti dengan nama kedua ibu bapa mempelai).” Sebelum merujuk kepada nama penerima juga ada seninya, misalnya “Sejambak bunga kami hulurkan untuk kehadiran (diikuti dengan nama penerima).”

Pengantin juga digelar dengan panggilan anakanda atau putera (atau puteri). Ayat yang digunakan adalah seperti “Dengan penuh takzimnya dijemput ke majlis tambatan berjanji, izin berwali, ijab bersaksi putera (atau puteri) kami.”

Tidak lupa juga ada yang menyelitkan doa yang pasti terkandung harapan yang tinggi perkakwinan itu kekal dan bahagia namun masih tidak melupakan aspek keindahan bahasa.

Secebis doa dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah…Tuhan Yang Maha Pencipta, Jadikanlah majlis ini majlis yang mendapat keberkatan dan keredhaanMu, Kekalkanlah ikatan perkahwinan mereka sepanjang hayat, Tetapkanlah kasih antara mereka selagi tidak melebihi kasih padaMu Ya Allah.

Ya Allah…satukanlah hati kedua-dua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad saw dan Siti Khadijah, Agar kekal hingga akhir hayat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

 

Walau apa pun terpulang kepada bakal mempelai untuk menentukan apa yang terbaik untuk kad mereka. Pihak yang menerima tempahan sudah pasti sedia memberi khidmat nasihat terbaik dan mereka sedia untuk memenuhi sebarang kehendak pelanggan demi kebaikan kedua-dua belah pihak. 

9 Comments Add your own

  • 1. Shahrul Kamal  |  June 27, 2008 at 12:17 am

    pengamatan yg baik,
    pengolahan isi yg bijak dan bersopan,
    sesuai bagi yg sedang merancang perkahwinan….syabas….

    Reply
  • 2. irhafiz  |  June 27, 2008 at 1:00 am

    Saya tersenyum jika pengantin dari terengganu sebab mungkin pantun tersebut sesuai sikit untuk orang terengganu.

    Tapi saya sedikit terkejut apabila melangkah ke rumah pengantin selatan malaysia. Sebab mungkin….

    Sekapur sirih seulas pinang,
    Menjadi santapan si gadis idaman;
    Uda dan dara akhirnya ke jinjang,
    Semoga perkahwinan selamanya aman.

    Nyanyian lagu buat pengantin.
    Di elit sedikit ala karaoke.
    Jika begini begini dah jadi rutin.
    macam mana hidup nak jadi ok.

    Tepak perak indah berseri,
    Dibawa orang dari Deli;
    Menyusun jari memohon sudi,
    Raja sehari sama dirai.

    Untung sungguh lahir melayu
    Hidup tersusun penuh beradab
    Kenapa kini bangsaku malayu
    Mananya seri mananya adat?

    http://irhafiz.wordpress.com

    hidup biar ada landasan
    bahagia sebenar dari Tuhan
    ketepikan semua alasan
    tampak senyum penuh aman

    Reply
  • 3. Jejaka idaman  |  June 27, 2008 at 3:01 am

    Assalamualaikum..

    Dari perspektif saya, kad undangan bukanlah sekadar menzahirkan bagaimana kegembiraan mempelai dan keluarga tetapi juga diterjemahkan dengan rentetan kalam berjiwa serta haruman nira.

    Namun begitu, seri majlis akad dan keraian dicalar dengan melodi tak bertempat malah diputar seiring putaran bumi, dari terbit hingga terbenam, ditelan telinga, dikunyah akal dan akhirnya mematikan hati.

    Pastilah sukar bagi mereka yang begitu halus jiwanya, solid ibadahnya untuk hadir ke majlis yang menjadi kewajipan untuk dirai, tetapi dihias dengan melodi tidak berakhlak.

    Wassalam.

    Reply
  • 4. CahayaMataKeyaQeenan  |  June 27, 2008 at 9:13 am

    Lumrah orang sekarang, kad-kad utusan daripada Raja Sehari dizahirkan dengan indah dan madah. Bergambar dan berwarna. Berpantun dan bersantun. Adat Melayu yang seni dan halus memeriahkan lagi suasana budaya kita. Ya, itu setuju!

    Andai gambar yang diambil selepas pernikahan, Alhamdulillah dipanjatkan. Jika sebelum pernikahan, bagaimana pula ya? Secara spontannya, jawapan saya tidak boleh untuk itu. Secara tak sedar, masyarakat terlupa dengan fungsi asal kad tersebut.

    Dengan hanya memikirkan kemeriahan dekorasi kad tersebut sehingga datangnya pembaziran tidak elok juga. Banyak perkara lain yang lebih penting harus ditoleh dari sudut kewangannya.

    Pendek kata, beradatlah dan berpatutlah.

    Reply
  • 5. azim  |  July 2, 2008 at 1:33 pm

    salam..dah ada calon?..hehehe..share la rupa???

    Reply
  • 6. aimanMH  |  July 4, 2008 at 4:25 am

    cantik bahasa….tapi nk buat camne kad dh terlepas dah….mungkin untuk round kedua blh kot amik ayat2 puitis lagi dramatis ni…bg kengkawan yg dah terasa terlambat tu jgn risau ek…lelaki bujangnya empat…satu terisi tinggal lg tiga….hahahahha…chaiyok…!!!!…yg pompuan tu jgn la nk jeles plak…

    Reply
  • 7. hamimnasoha  |  July 4, 2008 at 6:57 am

    En aimanMH jangan main2, marah isteri di rumah bila sebut pasal 2,3 dan 4. Biarkan kami yang bujang2 ni berumah tangga dulu. Nanti kita boleh bincang sama2 langkah seterusnya..huhu

    Reply
  • 8. aimanMH  |  July 4, 2008 at 7:02 am

    lanakah ape pula en.hamim?…langkah bendul ke?…kalu langkah bentul tu alhamdulillah la…maknanya yg bujang ni xlama lg la bujang…..hehehehehe…..yang bujang tu jgn la tunggu lama2….nanti susah pulak nk cari kad jemputan yg up to date…x gitu en.hamim…

    Reply
  • 9. salfiza  |  July 8, 2009 at 10:09 pm

    salam abg hamim…
    x sabar nk tgk pantun2 dari kad kawen abg hamim nnt…huhu
    mesti abg hamim yg buat sendiri pantun tu nanti.. ^_^
    jgn lupa jemput sy ye…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: