Pakaian Seragam Seksi?

Ruhaiza Rusmin <ruhaiza@hmetro.com.my>

ISU baju sekolah yang dikatakan menjadi punca jenayah seksual mencetuskan polemik di kalangan masyarakat, masing-masing memberi pendapat pro dan kontra. Ada berpendapat isu pakaian bukan penyebab utama jika dibandingkan dengan kerapuhan jati diri pelajar dalam mengekang asakan gejala sosial. Segelintir masyarakat juga meletakkan kesalahan kepada ibu bapa dan pihak sekolah yang dikatakan tidak peka mengenai tahap berpakaian pelajar hingga mampu mengundang jenayah.

Isu pakaian pelajar di institusi pengajian tinggi ( IPT) yang dikatakan semakin menjadi-jadi dan melanggar etika berpakaian sepertimana ditetapkan institusi menambah lagi kurang senang masyarakat. Senario itu bagai membenarkan pandangan serong itu selain mengiyakan pendapat cara berpakaian sedemikian punca utama kejadian jenayah.

Persoalannya, adilkah meletakkan kesalahan kepada pakaian semata-mata sedangkan pakaian seragam itu sudah lama digunakan dan tidak pernah dipersoalkan sebelum ini. Apakah salah jika remaja ingin berpakaian mengikut naluri fesyen sendiri tanpa kongkongan atau jelingan masyarakat. Benarkah tanggapan masyarakat bahawa pelajar atau generasi hari ini sudah terlalu ‘gedik’ hingga sanggup mendedahkan diri menjadi mangsa selain terikut-ikut budaya bebas barat.

Pensyarah fesyen Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara ( UiTM), Shah Alam, Faizal Hamid, berkata isu pakaian tidak seharusnya dijadikan polemik panas di kalangan masyarakat kerana cara berpakaian di kalangan pelajar harus diteliti secara keseluruhan.
Menurutnya, cara seseorang berpakaian bersifat subjektif, tetapi material diguna pakai perlu dipantau kerana ada kalanya tidak kena kepada budaya dan pandangan masyarakat timur.
“Kita tidak boleh menilai seseorang itu apabila melihat cara mereka berpakaian. Isu ini perlu dilihat secara menyeluruh.

“Kita juga perlu mengambil kira pengaruh teknologi maklumat seperti Internet, bukan pakaian semata-mata punca jenayah seksual.

“Jenayah boleh terjadi di mana-mana, bukan hanya di jalanan atau sekolah. Rumah yang dikatakan tempat paling selamat juga boleh mengundang bahaya,” katanya.

Isu ini tercetus apabila Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta pihak tertentu menilai semula baju kurung seragam sekolah pelajar perempuan yang didakwa punca masalah sosial.

Selain itu, pemantauan gaya kebanyakan pelajar IPT yang keterlaluan, moden dan tidak sesuai dipandang masyarakat turut menimbulkan konflik pelbagai pihak mengenai gaya berpakaian.

Faizal berkata, semua individu berhak mencorakkan gaya pemakaian masing- masing kerana ia milik individu.

“Justeru, terpulang bagaimana mahu menggayakan fesyen diingini. Jika masyarakat ingin memberi komen, itu juga hak mereka.

“Bagaimanapun, biarlah dengan budaya timur, jangan keterlaluan kerana bukan saja tidak manis dipandang, malah menjadi umpatan sekeliling.

“Pemilihan pakaian atau fesyen biarlah kena dan bersesuaian supaya tidak merosakkan nama, maruah dan diri,” katanya.

Ditanya adakah cara berpakaian pelajar kini semakin seksi dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, beliau berkata ia bukan faktor utama.

Beliau berkata, jenayah seksual tetap berlaku kepada mereka yang menutup aurat kerana istilah ‘seksi’ dan ‘ montok’ sangat subjektif.

“Kita tidak boleh kata, pelajar hari ini seksi kerana mereka sudah lama berbaju kurung ke sekolah. Adakah kita pernah dengar baju berkenaan menjolok mata?

“Pakaian sekolah hari ini sudah lengkap cuma perbezaan fabrik menyebabkan bahagian tertentu terserlah lantas mengundang perasaan kurang selesa orang lain.

“Jenayah berlaku boleh didasari faktor lain, contohnya alpa menjaga keselamatan diri dan terlalu berani. Jangan salahkan pakaian,” katanya.

Mengulas mengenai cara pakaian pelajar dan remaja masa kini yang dikatakan terlalu menjolok mata, Faizal mengakui, aliran fesyen sudah berubah dan berupaya mempengaruhi gaya masing- masing.

“Bagaimanapun, tidak adil meletakkan aliran fesyen sebagai sebab kejatuhan akhlak. Ditegaskan faktor itu tidak boleh dikaitkan dengan pembentukan peribadi seseorang.

“Kita mungkin lihat seorang remaja lincah dan berpakaian sangat moden, tetapi siapa tahu dia sebenarnya baik hati? Justeru, masyarakat jangan terlalu cepat menuduh dan buat penilaian.

“Mereka perlu faham, aliran fesyen sentiasa berubah dan mahu mencubanya. Kita tidak boleh suruh mereka bergaya ikut kehendak diri kerana mungkin dikatakan ketinggalan zaman,” katanya.

“Punca masalah sosial perlu ditangani dengan lebih praktikal dan remaja perempuan yang memakai pakaian kurang sopan perlu dididik dan dinasihati ibu bapa dengan berhemah supaya mereka tidak cepat melenting dan memberontak.

“Pada masa sama, ambil pendekatan menerangkan tidak salah berpakaian moden yang tidak menjolok mata tapi menarik.

“Anak-anak perlu tahu tanggungjawab menghormati tubuh badan sendiri dengan memakai pakaian tidak menjolok mata,” katanya.

 Untuk melihat artikel sebenar sila klik link berikut http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20080609101237/Article/index_html
 
 

 

16 Comments Add your own

  • 1. Elariana  |  June 12, 2008 at 10:14 am

    Seksi?? serius??
    Sape kate baju budak sekolah seksi kne gi check minda dia..
    Baju sekolah 2 baju kurung yg x berwarna ngan skirt paras lutut…
    masalah skrg bukan dgn baju bdk2 sekolah..
    Org yang tgk 2 bermasalah..
    Malaysian are becoming very perverted people..

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  June 12, 2008 at 11:57 pm

    Mungkin banyak sangat pengaruh lain dan pelajar sekolah yang jadi mangsa. Saya sendiri maklum remaja (terutama perempuan) waktu itu memang tengah aktif dan dalam perubahan ke alam remaja. Masyarakat sepatutnya menjadi pelindung kepada mereka. Namun bagi yang berskirt saya cadangkan wajib labuh di bawah paras lutut.

    Reply
  • 3. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 13, 2008 at 12:23 am

    First of all, mmg tkbleh nk salahkan baju saje, manusia2 tuh yg patut dibetulkan.

    Jgn smpi “marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar~!”

    Tp, mcm baju kurung putih tuh, kdg2 bdk2 ni ade yg saje nk tunjuk seksi…dh tahu baju tu warna putih, saje gi pakai bra yg warnanya kontra. Tk pakai baju dlm lak tuh~! Mmg tk berapa manis la kan..kene pulak yg tk pakai tudung..Kalau yg bertudung tu, tkde la terdedah sgt kn.(kalau nk debat psl hak asasi manusia mmg takkan hbs kt sini la nmpk gayenye. Mknenye, mmg hak asasi pelajar2 prmpuan ni la utk tampil ‘seksi’ atau mcm2 mane pn yg diorg nk/suke ms ke sekolah?? Mcm tu??? Yelah, kebebasan berpakaian la katekan…Niway, kite mmg byk yg ‘bebas’ pn skrg ni kan…)

    Dan mcm skirt tu, samada labuhkan, dn jgn la ketatkan sgt kt bhgian dada.

    Anyway, xadil la nk salahkan baju sekolah dn bdk2 perempuan ni saje.

    Lelaki2 miang yg tk reti nk salurkan nafsu tu kemana adalah pesalah utama. Betulkan masalah diorg ni dulu…

    Langkah2 di atas ni hanya beberapa cara utk bendungkan masalah ni saje. Tak semestinya tepat dn mungkin jgk salah.
    Kpd sesiapa yg ada pendapat lain??

    ~Wallahualam~

    Reply
  • 4. muhammadridwanto  |  June 13, 2008 at 3:29 am

    wah, srikandi negara ni peminat setiai hamim yea atau…..???
    heheheh
    tahniah hamim

    Reply
  • 5. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 13, 2008 at 8:31 pm

    wahai muhammadridwanto…kenapakah agaknya anda berkata sedemikian rupa? =)

    Reply
  • 6. Cahaya Mata KeyaQeenan  |  June 16, 2008 at 3:40 am

    Bila terlihatkan tajuk ini, ia memancing minat saya sebagai “blogreader junior” utk memberi sedikit pandangan. Ketika isu gejala sosial sangat meruncing pada akhir-akhir ini, tidak wajar jika pakaian adalah ‘dilabel’ sebagai punca utama. Namun, jika diteliti pada sudut lain, implementasi pakaian putih yang betul boleh juga menjadi penyelesaian yang tepat.

    Pada asalnya saya kira, warna putih pakaian sekolah tidak menjadi soal. Asalkan cukup tebal sehingga tidak transparan / tembus pandang terutama ketika matahari bersinar cukup terik. Di sini isunya ialah pakaian seragam sekolah yang berwarna putih. Tidak pula disoalkan pakaian unit beruniform. Jadi, baju sekolah putih = seksi…? Mungkin, pada kiraan saya…

    Saya berpandangan, keseragaman jenis fabrik pakaian sekolah wajar diseragamkan jika warna putih adalah pilihan kepada pakaian sekolah. Apabila sudah putih seragam, fabrik tudung dan saiznya juga harus dikerling sama peranannya. Nampak leceh, namun banyak perkara yang dapat diselesaikan di sini… Fikir-fikirkanlah… Fungsi pakaian haruslah berjalan sebagaimana mestinya tak kira lah, di sekolah, rumah, walhal di mana jua…

    Fesyen perlu namun biarlah kena dengan waqi’ dan garisan pakaian sebagai Muslim…

    Kepada muslimah yang masih pening-pening tentang cara mana nak ikut berpakaian, mungkin laman ini boleh memberi ruang idea kepada enti dan ana juga yang sedang memperbaiki diri ni.
    http://muslimah.or.id/nasihat-untuk-muslimah/adab-berpakaian-bagi-muslimah.html

    Wallahua’lam… Sekadar pandangan santaian.

    Reply
  • 7. muhammadridwanto  |  June 16, 2008 at 6:01 am

    yea….kerana hamim adalah sahabat lama saya…adakah saudari srikandi negara meminati saudara Hamim? Beliau seorang yang berkaliber, berwatak pemimpin. Tidak rugi saudari ‘menyunting’ kumbang di taman..hehehe

    Reply
  • 8. irhafiz  |  June 17, 2008 at 6:55 am

    saya sokong ridwan

    Reply
  • 9. irhafiz  |  June 17, 2008 at 7:45 am

    Pakaian seksi atau silap tempat lain…

    Begini… masing2 tetap memberi sumbangan terhadap budaya songsang dikalangan pelajar. Kembali kepada tujuan pakaian, ia adalah menjauhkan diri dari sesuatu yang boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini. Malu merupakan sifat yang mulia. Manusia mempunyai sifat ini akan mencari suatu jalan yang menyeragamkan tingkah laku mereka termasuk corak pakaian mereka.

    Saya tidak mempunyai ‘Prof’ tetapi saya fikir pendapat saya ada betulnya. Kenyataan bahawa setiap orang boleh menggayakan corak pakaian masing-masing adalah benar selagi tidak mencolok mata dan tak bertentangan dengan hukum akal yang telah dibatasi hukum syarak.

    Faktor lain juga memainkan peranan kerana ada segelintir yang bertudung juga menjadi mangsa. Tetapi ia adalah segelintir, dan maksud segelintir adalah bilangan yang amat kecil.

    Sekarang bagaimana pula dengan pakaian akhlak atau tingkah laku. Lazimnya remaja yang berpakaian ketat dan mencolok mata mempunyai perilaku yang menjijikkan. Mereka memancing pemuda-pemuda yang sedang lapar dengan umpan mereka.

    Jadi, walaupun tidak semua, faktor pakaian perempuan tetap memainkan peranan kepada keruntuhan perilaku masyarakat.

    Ketepikan segala logik yang tiada landasan kerana logik umpama sebuah gerabak yang memerlukan sebuah landasan yang benar untuk sampai kepada destinasi yang diimpikan.

    Wallaahu’alam…

    Reply
  • 10. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 18, 2008 at 7:01 am

    “Tepuk dada, tanya selera”…

    Hukum Syara’ dn hukum aqal telah menjelaskan semuanya.
    Kini terpulang kpd individu utk membuat pilihan…
    Walaupun hukum Syara’ itu WaJiB dilakukan, ttp selagi namanya manusia, dn selaginya namana batasan, itulah yg suka dilanggar…ye tak???

    Bak kata org…”yg haram tu jgklah yg best”

    ~Wallahualam~

    Reply
  • 11. hamimnasoha  |  June 18, 2008 at 8:14 am

    Betul sedikit wahai SriKaNDiNeGaRa, “tepuk dada tanya iman.” Iman yang lebih betul haluannya daripada hati. Hati boleh ikut sedap, tetapi Iman yang betul baru sedap. Boleh?

    Reply
  • 12. SriKaNDi^NeGaRa  |  June 18, 2008 at 10:52 am

    “Buang yg keruh, ambil yg jernih”

    Sy hanya mengungkap pepatah Melayu saje. Kalau rasenye tk sesuai, maka jadikanlah sempadan dn ikutlah yg mane lebih baik. Tk gitu wahai hamimnasoha?

    Aqal yg ada,
    Jgn dipersia,
    Kelak binasa,
    Tiada berguna. =)

    ~Wallahualam~

    Reply
  • 13. 'uyun  |  June 24, 2008 at 7:19 am

    saya sukakan fakta. saya juga sukakan fakta yang logik. namun saya lebih sukakan fakta yang tepat dengan agama.Tengok saja undian di dalam Buletin Utama. Ia menunjukkan 73% masyarakat Malaysian bersetuju dengan pendapat PKPIM berkenaan baju putih sekolah bagi pelajar perempuan yang dikatakan ‘seksi’. Alangkah wajar sekiranya Kementerian Pendidikan membuat satu penilaian terhadap saranan PKPIM memandangkan masyarakat sendiri bersuara telah bersuara. apalagi menteri?

    Reply
  • 14. mr t  |  June 26, 2008 at 2:05 am

    bagi yang muslim, rujuklah risalah keramat..
    antarany, an-nur:30
    jadikan panduan..

    Reply
  • 15. aimanMH  |  July 4, 2008 at 7:20 am

    aah ek…selain baju putih tu seksi, ia juga mudah kotor….hahahah…kalula uniform sekolah leh tukar jd kaler pelangi ke ape ke kan best….2 minggu xyah cuci pun org xtau…cuma spare minyak wangi je byk2….kua3….sbnrny terpulang pd persepsi msg2 mengenai seksi…ade spesis yg bernafsu binatang ni lebih ghairah kalu tgk muslimah yang tutup auratnya…mcm ni pny manusia pun ada ka….alahai dunia akhir zaman….susah nk nilai antara yg hak dan yg batil…mane ntah silapnya kita semua ni….den pun x paham…lihatlah dunia…..

    Reply
  • 16. 'uyun  |  July 8, 2008 at 4:36 am

    lawat keretamayat.blogspot

    then baru kite boleh bilang apa sama itu baju putih..

    moge2 ambil iktibar

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: