ESQ: Sebuah Perspektif Baru

Secara mudah saya simpulkan Emotional-Spiritual Quotient (ESQ) adalah istilah baru dalam dunia motivasi. Saya memang mengikuti perkembangan bidang kepimpinan, motivasi dan sedikit pendidikan, maka ESQ memang sangat menarik perhatian saya dalam beberapa hal. Istilah ini kian popular dan modul wajib bagi sesetengah organisasi dalam senarai latihan kepada pekerjanya. Berikut adalah beberapa catatan saya setelah mengikuti kursus ESQ.

Pencarian

Apabila majikan saya, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengeluarkan memo/surat untuk mengikuti Kursus Pembangunan Modal Insan Kecerdasan Emosi-Spiritual (ESQ): Kembali Kepada Fitrah Bagi Pekerja saya lantas teruja. Kursus tersebut berlangsung dari 17-20 Julai 2008 di ESSET, Bangi. Saya sememangnya mencari jawapan kepada pencarian saya selama ini:

  1. Saya mencari keyakinan kepada pernyataan Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh, universal). Juga keyakinan Islam dan Al-Quran adalah untuk semua bukan semata-mata orang Islam.
  2. Hidayah perlu dicari bukan datang sebagai suatu keajaiban yang tidak disangka-sangka tanpa perlu berusaha.

Perspektif Baru

Pada hari terakhir, fasilitator ada menekankan bahawa selama 4 hari kursus tiada ilmu baru yang diperolehi, tetapi kami melihat ilmu itu dari perspektif baru. Saya sedar ramai yang tidak perasaan dengan hal tersebut dan ada juga yang keliru hingga keluar kenyataan, “Sia-sia je saya datang kerana tiada ilmu baru.” Tunggu dahulu! Sememangnya kursus ini berjaya melihat ilmu dari perspektif baru. Selama ini ada beberapa perkara yang kita tidak mampu melihat kaitannya antara satu sama lain dan juga ada pemikiran kita yang terkongkong (disebabkan kurang bacaan, sikap dan pelbagai faktor lain). Namun, kursus ESQ berjaya memberi sinar kepada jalan yang selama ini gelap dan suram.

Berikut adalah beberapa rumusan yang saya dapat bentangkan selepas mengikuti kursus tersebut:

  • Muslim boleh dimodelkan sebagai sebuah pokok. Akarnya dibina dengan Rukun Iman. Batang pokok, dahan, daun serta buah melambangkan amalan Rukun Islam. Penerapan nilai Ehsan pada kerangka sebatang pokok akan menghasilkan kesejahteraan diri dan kecemerlangan. Dengan mengandaikan Rukun Iman dan Rukun Islam telah difahami dengan baik, kursus lebih menekankan kepada ehsan kerana sifat ini akan merangsang setiap individu untuk mengenali diri dan menyerlahkan keunggulan diri. (Ehsan: merasakan setiap perbuatan dilihat oleh Allah dan sesungguhnya Allah Maha Melihat perbuatan hambanya).  
  • ESQ/ Ehsan bermaksud cara kita menggunakan makna, nilai, tujuan dan motivasi spiritual (SQ) dalam proses berfikir (IQ) dan proses merasa (EQ) dalam membuat sebarang keputusan serta dalam berfikir atau melakukan sesuatu.
  • Soal emosi dan spiritual sesungguhnya telah dinyatakan dalam surah As-Syams (matahari). Kita menghafal dan sering membacanya dalam solat tetapi tidak mampu melihatnya dalam perspektif ehsan dalam amalan.

Berikut adalah terjemahan Surah As-Syams ayat 1-10. “(1) Demi matahari & sinarnya di pagi hari. (2) Demi bulan apabila ia mengiringi. (3)Demi siang hari apabila menampakkan dirinya. (4) Demi malam apabila ia menutupi. (5) Demi langit serta seluruh binaannya. (6) Demi bumi serta yang ada di hamparannya. (7) Demi jiwa & seluruh penyempurnaannya. (8) Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan (9) Beruntung bagi yang mensucikannya (10) Rugi bagi yang mengotorinya.”

  • Kita beranggapan bahawa IQ adalah penentu kejayaan. Tetapi IQ (skill and knowledge) hanya menyumbangkan maksimum 20 % dalam kejayaan. 80 % kejayaan ditentukan oleh sikap (attitude).
  • Spiritual Quotient (SQ) adalah teras. Ia adalah nilai dalam diri dan penentu kepada emosi dan intelektual seseorang. Kebanyakan individu tiada masalah dalam intelektual tetapi sering gagal apabila berhadapan masalah emosi dan nilai-nilai spiritual. Gambarajah berikut menunjukkan perbandingan dimensi [PQ-IQ-EQ-SQ] dan [Islam-Iman-Ehsan]. 

 

  • Asmaul Husna

99 nama Allah bukan semata-mata untuk dihafal. Sebenarnya apabila roh ditiup ke dalam janin yang berusia 4 bulan, telah ditanamkan ke dalam diri (otak manusia) dengan asmaul husna. Kajian menunjukkan terdapat satu titik yang dinamakan God Spot pada otak manusia. Ia akan bersinar apabila dipancarkan gelombang 40 Hz.

Oleh sebab itu kebahagiaan datang apabila kita mengeluarkan/memancarkan sifat tuhan yang ada dalam diri. Sebagai contoh kita merasai kebahagiaan yang tidak sukar dilafazkan dengan kata-kata ketika kita menolong orang dengan penuh ikhlas. Ini disebabkan sesuai dengan fitrah manusia yang akan bahagia jika mengeluarkan sifat tuhan yang ada dalam diri. 

  • Salam semut

Semut adalah ciptaan Allah yang unik dan mempunyai semangat kerjasama yang kukuh. Mereka akan melaga-lagakan sesungut mereka apabila bertemu. Kami diajar supaya bersalam semut iaitu selepas bersalam, berdakapan kanan dan kiri dengan orang yang di salami. Dengan kata mudah seperti orang arab bersalaman.

Hikmahny mudah, tahda hari akhirat semakin jelas apabila seseorang memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja. Dengan menjadi orang yang menghulur salam, kita akan menjadi penghubung kepada terjalinnya ukhwah. Ukhwah yang baru dapat dijalin dan yang sedia ada terbina semakin erat jalinannya.

Kesimpulan

  1. Modul ini sangat bijak dan bergeliga sifatnya. Kita sebagai orang Islam mampu menerangkan Islam dalam bentuk yang universal. Sebagai contoh kepentingan nilai spiritual dalam membentuk individu yang cemerlang. Kata lain bagi spiritual adalah kerohanian. Ini membawa maksud kembali kepada agama. Kesedaran kepada kerohanian (spiritual) telah dibangkitkan, maka dengan mudah kita akan memahami bahawa amalan kita selama ini bukan ritual (amalan) semata-mata. Ia berkaitan dengan kecemerlangan sebagai individu.
  2. Terdapat beberapa perkataan atau istilah lama yang diberi perspektif baru. Ada beberapa penjelasan agama yang boleh digantikan dengan istilah yang moden dan lebih saintifik. Sebagai contoh lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Dari sudut motivasi ia boleh dilihat sebagai lelaki mempunyai 9 logik dan 1 emosi. Maka penjelasan agama akan dilihat sangat menepati keperluan manusia.
  3. Saya merasakan umat Islam sedikit rugi kerana terkongkong dengan paradigma agama tidak boleh diukur dengan sains. Kita tidak tahu berapa jauh paradigma ini benar. Seharusnya kajian yang saintifik ini dipelopori oleh umat Islam dengan syarat dibatasi dengan syariat Islam dan menyerahkan hal-hal yang memang tidak mampu dihuraikan dengan sains kepada Yang Maha Mengetahui. Siapa sangka Asmaul Husna mampu diuji secara saintifik walau terbatas. Sekurang-kurang kita mampu membuktikan yang Islam dan Al-Quran itu benar, bukan bergantung kepada kajian orang bukan Islam untuk membuktikannya.
  4. Saya melihat ahli motivasi, saintis, jurutera dan bidang profesional lain mampu menjadi perantara kepada ahli agama dan orang awam dalam penjelasa yang memerlukan kemahiran teknikal untuk dijelaskan. Mereka perlu bijak mengharmonikan Islam dan Al-Quran dengan ilmu yang mereka kuasai.  

 

 

9 Comments Add your own

  • 1. abusahmah  |  July 21, 2008 at 3:58 am

    wah, kursus yang harganya rm1000, ko dapat free aja…

    ridwanto

    Reply
  • 2. khairol  |  July 21, 2008 at 4:39 am

    Maha Suci Allah,Tuhan sekalian alam..4hari yang cukup2 membawa seribu keinsafan dan ilmu pengetahuan yang cukup2 berharga,tambah2 pada aku yang dah lama hanyut..InsyaAllah,apa yang kita dapat kita kongsi bersama rakan2..

    Reply
  • 3. Aszlina binti Saat  |  July 21, 2008 at 4:44 am

    bagus ye kursus nie… rugi rasa ye tak join. Semoga ilmu yang kalian perolehi, dapat dikongsi bersama.

    Reply
  • 4. syuk  |  July 21, 2008 at 5:59 am

    wah! ni yg wat aku lagi teringin nk g ni.. hm, ble la plak turn aku ni..huhu..

    Reply
  • 5. shuhaili a.k.a elly  |  July 21, 2008 at 6:08 am

    Hamim,
    Tq 4 sharing ur knowledge !.. it’s good 2 share this information…

    Reply
  • 6. hamimnasoha  |  July 21, 2008 at 6:19 am

    Suka saya nyatakan pengasas ESQ 165 adalah Dr Ari Ginanjar. ESQ sudah diguna pakai sebagai salah satu modul untuk motivasi. Di Malaysia sendiri banyak syarikat yang sudah menawarkan modul ESQ. Kursus yang saya fasilitatornya dari syarikat Impact Learning Resources Sdn Bhd, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, Selangor. 03-87364863 dan 03-87364864 (Fax). Saya sangat suka untuk mempromosikan syarikat ini kerana ingin membantu semua maju dan cemerlang.

    Reply
  • 7. Jejaka idaman  |  July 22, 2008 at 8:07 am

    Assalam…
    Konsep ihsan/ehsan sememangnya konsep yang sangat sukar difahami walaupun mudah sekali diucap. Konsep ihsan dalam islam bukanlah konsep dasar tetapi merupakan satu tahap kecemerlangan bagi umat islam itu jika fokusnya pada individu, kerana pada hemat saya konsep ihsan merupakan satu bentuk terjemahan akhlak bagi seorang muslim itu. Namun kiranya dilihat pada islam secara total, maka nampak islam itu sebagai agama yang syumul.

    Sebagai contoh, apakah tindak balas anda sebagaimana anda sekarang sekiranya seseorang lelaki meminta untuk ditunjukkan arah/tempat yang anda sendiri tidak tahu atau kurang jelas..
    1) Terus beritahu bahawa anda tidak tahu dan membiarkan dia berlalu pergi.
    2)Nyatakan anda tidak tahu, tetapi masih menunjukkan usaha untuk membantu dengan menanyakan soalan yang tidak berkaitan dan memberikan idea sebagai penyelesaian.
    3)Nyatakan tidak tahu, tetapi berusaha untuk bantu dengan membuat beberapa panggilan untuk membantunya.
    4)Nyatakan tidak tahu, tetapi membantu seperti ganjaran yang diperolehi syurga kekal abadi.
    5)Nyatakan tidak tahu, tetapi terus membantu sehingga jumpa tempatnya seolah-olah seperti diri sendiri yang sesat, dan berasa sangat bahagia bila berjaya.

    Mana satukah anda, atau anda ada kombinasi yang lebih hebat lagi. Yang pastinya keupayaan ihsan itu boleh dinilai bagi mereka yang menerima ihsan.

    Ihsan ialah suatu perbuatan yang bersungguh-sungguh dan isinya roh islam. Ihsan digabung jalin dengan Islam, Iman dan Takwa membentuk akhlak seorang muslim.
    ………………………………………………………………………………………………………………….

    Hamim, saya kurang bersetuju dengan kenyataan 9 akal 1 nafsu boleh diterjemahkan 9 logik 1 emosi…

    Akal itu bukanlah logik semata-mata, apakah perkara yang tidak logik itu tidak boleh diterima akal? Akal itu pastinya melebihi logik walaupun pada dasarnya mengikut kamus DBP kedua-duanya membawa maksud yang sama. Bagaimana pula perkataan akal dan nafsu itu adakah dari kata bahasa melayu atau bahasa arab. Logik dan emosi itu pula asalnya daripada dukungan bangsa mana. Pastinya penekanan bahasa itu berbeza bagi setiap bangsa. Saya mungkin kelihatan kolot, tapi percayalah, istilah terbaik adalah akal dan nafsu. kerana akal boleh dibimbing dengan kepercayaan tetapi tidak bagi logik. Kerana logik bersifat sementara, kini tidak logik tetapi akan datang manjadi logik.

    Wassalam..

    p/s: menyesal betul tadi… saya yang kedua.

    Reply
  • 8. aie akaike  |  April 4, 2009 at 2:46 pm

    aku sedang ikuti kursus ini. esok last day. alhamdulillah, aku makin dekat pada-NYA.

    Reply
  • 9. sha  |  March 15, 2011 at 8:13 am

    alhamdlh ape yg ingin d sampaikan oleh trainer kita telah pn saudari dapat..moga2 lbeh rmai lg yg akan menyertai ESQ training..ia bkn shj untuk kebaikan d dunia,,malah d akhirat..subhanallah…betapa bertuahnye pada mereka yg dapat mnyertai seminar ini..smoga smua urusan d permudahkan oleh Allah..amin..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: