Debat

Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak

Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa di Malaysia, debat yang berlangsung malam tadi ( 15 Julai 2008 ) pasti diikuti dengan penuh minat. “Hari Ini Bentuk Kerajaan, esok Turun Harga Minyak”, begitulah tajuk debat yang dianjurkan oleh Agenda Daily. Berikut adalah analisis yang dibuat. Pendapat ini dikemukakan setelah mendengar dan membaca komen warga Malaysia yang mengikuti debat itu dengan baik.

 

Panel

Panel debat tersebut tersebut, semua sedia maklum iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Panasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia. Manakala Datuk Johan Jaafar menjadi perantara. Debat ini berlangsung di Balai Budaya, Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur.

Ahli panel juga menjawab soalan daripada wakil masing-masing iaitu saudara Zulkifli Sulong, Editor Siasah dan Datuk Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Siaran secara langsung tersebut dapat diikuti di internet melalui Global Media Channel dan Bernama TV. Penonton di rumah mengikutinya melalui TV9, astro Awani dan Bernama TV jam 9 malam. TV3 pula menyiarkan siaran tertunda pada jam 11 malam

Harga Minyak Boleh Diturunkan Sebanyak RM 0.50 seliter

Anwar Ibrahim (Dato’ Seri) menyampaikan mesej yang jelas bahawa minyak boleh diturunkan sebanyak RM 0.50 kepada RM 2.20 seliter. Beliau menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik, pembasmian rasuah dan penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen. Ini bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut. Untuk tujuan itu, kerajaan hanya memerlukan tambahan RM 5B sahaja ke atas subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk tahun ini.

  • Sekurang-kurangnya RM 2B boleh dijimatkan sekiranya mengurangkan tahap simpanan tenaga negara daripada 40 % sekarang kepada 20 %. 
  • Dengan itu, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP). Selain itu, ia dapat mengelakkan Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugian.
  • Pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.
  • Kerajaan juga boleh memperuntukkan RM 1B daripada dividen khas sebanyak RM6B yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.
  • Jika kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel dapat dikurangkan, banyak lagi duit yang dapat diselamatkan (lebih kurang RM 700 j).

Faktor Global

Dalam hujah balas, Shabery (Dato’) membentangkan

  • Kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.
  • Harga minyak dipengaruhi oleh faktor global.
  • Jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Adalah lebih baik jika wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya.
  • Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.

Beliau juga agak cenderung menyerang secara peribadi apabila membangkitkan tindakan Anwar membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak semasa krisis global 1973-1974. Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Razak telah menubuhkan Petronas sebagai langkah penyelesaian.

 

Jangan Membanding

Anwar membalas

  • Kita tidak boleh membandingkan negara kita dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.
  • Kenaikan harga minyak telah membebankan golongan miskin dan terpinggir.
  • Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat minyak tertinggi dari segi keuntungannya.
  • Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan RM 0.50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu.
  • Kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.

Inflasi Tinggi

Shabery berhujah

  • Ada negara yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi seperti Venezuela dan Iran.
  • Tetapi di Malaysia, kerajaan berjaya menangani krisis makanan. Harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.

Tetapi Anwar menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360j kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.

 

Kewujudan IPP

Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu. Malah, katanya, Anwar menggunakan kaedah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk cuba menangani krisis pada 1997-98. Tambahnya, walaupun rakyat dalam kesukaran, tetapi mereka masih cukup untuk makan.

Shabery kemudiannya menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 % keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak negara itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.

Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (Pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan.Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB. Katanya, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak adalah preskripsi IMF. Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.

 

Kesimpulan

Sebagai penonton, saya melihat kedua-dua pihak cukup bersedia dengan hujah dan fakta. Mereka kelihatan bersahaja dan menangkis hujah lawan dengan tenang. Namun saya melihat Dato’ Seri Anwar lebih hadam dengan topik yang dibincangkan. Hujah beliau juga lebih konsisten dan berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada semua lapisan penonton. Dato’ Ahmad Shabery dilihat kadang-kadang tersalah faham apa yang disampaikan oleh Dato’ Seri Anwar dan cenderung untuk menyerang peribadi lawannya. Walau bagaimanapun Dato’ Seri sangat bijak untuk tidak mengikut rentak itu dan memanfaatkan ruang yang diberikan (Dato’ Ahmad Shabery masih ada banyak ruang di RTM tetapi hanya itu ruang yang beliau ada).

9 Comments Add your own

  • 1. Afifah  |  July 17, 2008 at 4:16 am

    Salam.
    Saya setuju dengan apa yang disimpulkan. Dato’ Seri kelihatan lebih bijak dan arif dalam topik yang dibincangkan manakala Menteri Peneranagan itu pula lebih menyimpang ke arah serangan secara peribadi. Saya harap isi dalam debat ini diteliti oleh kerajaan untuk masa depan negara.

    Reply
  • 2. aimanMH  |  July 17, 2008 at 7:18 am

    salam….sebagai rakyat, mmg jelas kita nampak siapa yg lebih ada daya kepimpinsn…saya sgt membantah hujah sabery…die bukan berhujahm tapi lebih kepada menghentam dato’ seri secara peribadadi agar dapat mempengaruhi rakyat…ape die igt rakyat skg ni kurang pandai?…dah la tiap kali digasak dengan soalan…asek kuar tajuk je..menyampah je tgk die tu…tgk contoh dato’ seri, steady je ngn jawapan…dah la tu si sabery tu mcm x reti ekonomi je…ade ke kata inflasi xkan naik…anwar tu terer ekonomi la encik..yg ko nk lawan jugak tu kenapa…ko tu x pandai n xnk buat kajia…ntah ape la…agakny menteri kat malaysia ni risau kot2 elaun diorg kurang kot…hope debat pada mlm tu dpt buka minda rakyat untuk buat pertimbangan yg wajar…sekian komen saya…

    Reply
  • 3. burn  |  July 18, 2008 at 12:39 am

    rakyat skrg pandai..bukan mcm dulu..ikut saranan Tuan Guru: pilih lah pemimpin yg solat lima waktu n solat Jumaat..mungkin ada sebab Tuan guru beri saranan mcm tu,yg takut pd Tuhan pun(solat lima waktu) bule rasuah,apatah lg pemimpin yg kurang beriman,.

    Reply
  • 4. muhammadridwanto  |  July 18, 2008 at 2:26 am

    yea ke anwar pandai ekonomi?
    Anwar , lulusan sarjana muda sastera,
    Shabery, sarjana muda ekonomi.

    Reply
  • 5. think fruit  |  July 19, 2008 at 5:31 pm

    muhamadridwanto…usah dibanding kelulusan ape yg ada pada 2 org tokoh diatas…klu mcm 2…mahadir baik jd doktor ubat org sakit jer la dr memerintah negara…sudah terbukti saudara anwar salah seorang yg mahir dalam hal2 berkaitan ekonomi ni…bekas menteri kewangan mempunyai fakta yang jelas dalam setiap hujahnya…menteri penerangan hanya memprovoke rakyat2 dan penonton debat dengan kenyataan…’PERCAYALAH….’…shabery2…udah2 la2…klu dibanding dengan saudara anwar yg lebih suka mengatakan…’MAKSUDNYA….’ hampir di sediap hujung ayat fakta yang diberinya dan seterusnya menghurai maksud fakta yang diberi…debat yang disiarkan itu jg menunjukkan ketidak profesionalisme menteri penerangan dengan menyerang peribadi saudara anwar…namun saudara anwar lebih fokus kepada tajuk debat pd malam itu sekaligus menunjukkan beliau lebih profesional…..

    terpulang kepada rakyat malaysia utk membuat penilaian masing…rambut sama hitam hati lain2…klu aku kenal saper2 yg undi bn n then merungut harga minyak naik, mmg aku tabur ayat2 pedas…org nak turunkan lagi harga minyak x mau….pas2 merungut harga minyak naik……..

    Reply
  • 6. haida  |  July 22, 2008 at 1:03 am

    wah…ramai juga sokong dato’ seri Anwar eh…hmmm…saya sependapat juga….bagi saya dato’ seri anwar lebih berpengalaman dalam bidang ekonomi dan dapat lihat dimana hilangnya duit2 yg sepatutnya diberi pada rakyat…kesimpilan perdepatan ini…kerajaan sepatutnya memperbaiki kehirisan dan kekorupsian dalam sistem pemerintahan mereka supaya duit2 itu dapat disalurkan pada rakyat dan sekagus dapat mengurangkan beban rakyat….

    Reply
  • 7. aimanMH  |  July 22, 2008 at 2:20 am

    aku sokong fruit…penyokong BN igt duit yg ditabur tu dpt kat diorg ke…x sedar2 lg..berapa sen la sgt kalu nk dibandingkan dengan beban yg kita tanggung ni…kerajaan skg memang pandai nkmengaburi mata rakyat…ntah ape nk jd…tp kita yg celik ni harus sedar…saudara ridwanto plak ni ape hal?…dh gi mane plak hala tuju anda?…suke sabery ek?…ambik la…mmg la die kelulusan ekonomi, tp die xde pengalaman dlm bidang tu…stkt belajar atas kertas watpe…tara guna la…sama juga dengan saudara, lulusan ape pun kalu x terlibat bidang tu mmg x jadi la…i not salute..hahaha…lgpun dh brape lama anwar pegang ekonomi negara kita..die juga yg selamatkan kita dari terima hutang dgn bank dunia…biarpun byk syarikat kecil lumpuh pd ketika itu…tp tgk skg syarikat yg lumpuh pd ketika itu telah berkembang kini….mungkin juga rezki dari allah..tp x dinafikan yg anwar tu mmg tokoh pemimpin yg dikagumi…mcm saudara ridwanto juga pandai berkata2…semoga beliau dapat yakinkan rakyat tentang kebohongan yang berlaku dalam negara kita…HIDUP KEAMANAN dan KEJUJURAN Serta KEADILAN…

    Reply
  • 8. edy  |  July 23, 2008 at 6:34 am

    dlm bab ni kte ketepikan soal politik dl.tk ksh la bn ke pr ke tp kte tgk dr sudut kebaikn rakyt.mmg btul minyk naik membeban kn rkyt.tp ade pk ke cr cmne nk mengatasi mslh ni tanpa kte slh kn kerajaan sbb naik kn hga minyk.dh tau hrga minyk naik so kte kene la cr alternatif uk tmbh kan pendapatan kte.kalo pendapatan kte bertambh, sure kte tk terase sgt kenaikan minyk tu.tul tk??lg satu.confirm ke hrge minyk trn kalo anwar ibrahim jd pm??mungkin btul trn hrge minyk.tp tau tk anwar ibrahim tu tali barut u.s??agk2 ape jd kt negare kte kalo p.m kte tali barut u.s??aku lg prefer nik aziz jd p.m dr dia.kte tgk muke dia pn ntah leh caye ke tk.at least la kalo pembngkang pegg negare kte ni aku lg suke nik aziz yg perintah.llg aku caye…tul tk???

    Reply
  • 9. aimanMH  |  July 28, 2008 at 12:24 am

    btul tu edy…aku nk tgu nik aziz naik jd PM…baryu aman skit negara…kalau boleh biar jalan trus hukum hudud…tp kat sini aku nk compare antara paklah ngn anwar…aku sokong anwar lg…at least air muka die lebih jernih dari paklah…kita tgk sndri ahli keluarga die,bini die, anak die…compare ngn bini, anak n menantu@ anak hantu paklah tu…sakit jiwa tau…hahaha…soal talibarut ke or tali perut ke…itu sama kesnya, kita xtau hal sebenarnya..kita xleh ckp die bersekongkol ngn u.s…ntah2 pemimpin2 lain tu lg truk…even x sekongkol ngn u.s pun mane la tau diorg lg truk dr u.s….so ape cite…huhu…amnlah malaysia tanah airku….amin…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: