Daripada Seorang Pelajar Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi)

Gambarajah di atas menunjukkan prinsip asas sistem perhubungan yang terdiri daripada transmitter (pemancar), transmission link (talian penghantaran) dan receiver (penerima). Itu dari sudut perhubungan. Sebenarnya ia boleh dikaitkan dengan kehidupan manusia. Pemancar diibaratkan seperti kita dilahirkan ke dunia, talian penghantaran adalah kehidupan kita sepanjang hayat dan penerima pula adalah hari akhir kita.

Pemancar (Transmitter)

Tugas utama pemancar ialah menghantar maklumat penting kepada penerima. Maklumat ini pula mesti sampai ke destinasinya. Begitu juga manusia, sejak dilahirkan ada amanah yang tergalas di pundak mereka untuk ditunaikan. Sebelum proses penghantaran, ada proses yang dinamakan modulation. Teknik modulation yang digunakan bergantung mengikut talian penghantaran yang digunakan. Begitulah fitrahnya, manusia perlu diajar dan dididik menggunakan Al-Quran serta As-sunnah untuk menunaikan amanah yang diberi. Membuat kerja membabi-buta sesat jadinya.

Surah al-Anfal ayat 27 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”

Talian Penghantaran (Transmission Link)

Ada dua jenis talian penghantaran; wayar dan tanpa wayar. Bagi orang kebanyakan tanpa wayar adalah pilihan mereka. Hakikatnya bagi jurutera telekomunikasi, tanpa wayar adalah pilihan kedua (terakhir) kerana risiko gangguan (hingar) dan risiko kehilangan maklumat yang tinggi. Manusia secara fitrahnya memerlukan orang lain dan panduan untuk menuju ke destinasinya. Agama (talian penghantaran wayar) adalah jawapannya. Kehidupan akan terbimbing (transmission guide) dan usaha pula lebih menumpu. Selagi kita di jalan Allah, lalaun kita jelas.

Penerima (Receiver)

Ini adalah peringkat kritikal kepada jurutera telekomunikasi dan juga dalam kehidupan manusia. Maklumat akan dinilai menggunakan parameter tertentu dan jika buruk dari segi prestasi, maklumat itu dianggap sebagai hingar dan diabaikan begitu sahaja. Begitukah harapan kita, setelah melalui kehidupan yang panjang amal kita tidak dipandang pun oleh Allah? Apa kesudahan kita, syurga atau neraka?

Bumi Allah luas, ilmu Allah juga luas. Selagi ada kesempatan, menuntutlah ilmu dan sudah tentu beramal dengan penuh yakin. Satu ingatan kepada semua jangan selama-lamanya ingin jadi orang yang menerima ilmu, berusaha juga untuk menjadi orang yang memberi atau menyampaikan. Dalam sistem perhubungan ada wave guide (pembimbing), repeater (orang yang mengingatkan), converter (pendakwah) dan macam-macam tugas lain. Berdoalah agar kita diberikan pengakhiran yang baik (husnul khatimah) bukan pengakhiran yang buruk (su’ul khatimah). Jangan lupa juga berdoa kepada Allah jadikan kita insan yang istiqamah. Wallahualam.

Agama Adalah Nasihat, Nasihat Perlu Diulang-ulang.

2 Comments Add your own

  • 1. sunah  |  June 3, 2009 at 8:39 am

    salam. bagus2..mengaplikasikan segala ilmu yang ada di medan dakwah.

    tahniah, anda telah dinobatkan sebagai “Senior SET Contoh”.

    hehehe

    Reply
  • 2. lola  |  August 15, 2013 at 10:41 pm

    nak tnya, stiap hari jurutera telekomunikasi ni full of works ke? works mcm mna ek??

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: