Cerita Lepas Raya

11 hari saya hidup tanpa perlu menghadap skrin komputer apatah lagi untuk menjenguk blog kesayangan saya ini. Kehidupan pasca cuti raya yang panjang sedikit kekok. Bangun pagi dan terus bersiap dengan pakaian pejabat perlu sedikit paksaan dalam diri. Mata kelat untuk berjaga sehingga habis waktu pejabat. Namun dalam masa yang sama tertunggu-tunggu berita terbaru rakan di pejabat dan pasti teruja untuk berkongsi cerita penuh gembira dan ceria raya masing-masing. Raya saya tahun ini meriah seperti tahun-tahun sudah (mungkin lebih meriah tahun ini). Awal puasa lagi baju raya satin coklat keemasan sudah siap. Baju itu dipadankan dengan kain pelekat bersulam corak tikar. Sengaja memilih kain pelekat sahaja sebagai samping demi mengurangkan unsur bling-bling (berkilau) pada pakaian huhu. Puasa alhamdulillah penuh tetapi terawih tidak sepenuhnya berjemaah di surau/masjid, sebahagiaannya bersendirian di bilik. Jadual raya pula dipenuhi dengan menerima kunjungan (juga mengunjungi) sanak saudara, teman-teman dan mengikuti “baraan” kampung.

Lepas Raya Orang Lupa Pasal Kurma

Sesuai juga dengan tajuk cerita lepas raya, maka saya nak berkonsi cerita pasal kurma yang dicerita oleh krew RTM (tetapi disampaikan melalui email oleh sahabat saya bukan terus daripada krew tersebut huhu). Ceritannya begini…

Ketibaan bulan Ramadhan tidak meriah tanpa menikmati buah tamar. Sebagai juadah berbuka puasa ia seperti wajib bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira daripada jenis apa. Sama ada gred yan paling rendah atau paling mahal seperti tamar ajwah “pure” Madinah yang berharga RM 120 sekilo pada hari biasa dan lebih mahal pada bulan Ramadhan.

Menurut kajian sains, tamar merupakan buah yang berkhasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah Rasulullah saw dengan pohon tamar. Ternyata pohon tamar mempunyai sejarah yang cukup unik dan ramai yang masih tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah serta semasa penggambaran drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan di RTM, beliau, para pelakon dan semua krew memperolehi satu cerita istimewa asal-usul kejadian pohon tamar daripada Tuan Haji Isa Darus @ Pak Long (kisah Pak Long pernah tersiar dalam Anis bulan Julai). 

Menurut Pak Long, asal kejadia pohon tamar adalah daripada lebihan tanah yang Allah swt ciptakan Nabi Adam as. Pohon tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya, Nabi Isa as, beliau telah diminta oleh Allah untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan dimakan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tanaga selepas bersalin hanya dengan memakan tamar, tanpa tumbuhan herba lain.

Ditakdirkan Allah dengan kelahiran Nabi Isa juga Allah telah menumbuhkan pohon tamar jantan di sebelah pohon tamar betina. Untuk mendapatkan buah tamar yang elok, ia harus dilakukan menerusi kaedah “kahwin bunga” (melakukan proses pendebungaan debu betina dan jantan). Beza antara kedua ialah tamar jantan lebih tinggi pohonnya dan berdaun keras menjulang ke langit. Pohon tamar betina pula rendah sedikit dan daunnya melentuk ke bawah. 

Pohon tamar jantan berbunga sekali setahun pada bulan Februari, sama dengan tamar betina. Bezanya bunga jantan mengeluarkan dedebu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (dari bangsa Arab) akan memanjat pohon tamar betina dan menjalankan proses kahwin bunga iaitu ditepuk-tepuk dan disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina. Yang pastinya untuk menghasilkan buah tamar yang berkualiti, ia mesti “disenyawakan” oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pohon tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak masak jika suhu kurang daripada 50 darjah. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala Ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bai sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pohon tamar jantan berbanding ratusan pohon tamar betina. Ini disebabkan oleh debunga yang ada padanya boleh digunakan untuk pendebungaan ratusan tandan tamar betina. Debunya yang diperlukan terlalu sedikit dan boleh disimpan di tempat kering untuk kegunaan berulang kali selagi debunga masih ada.

“Allah jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang berada di atas pokok, tiada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya kerana buahnya tidak berbau. Allah memelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab yang sanggup memanjat dan turun naik pohon tamar untuk melakukan kerja pencantuman itu. Bangsa lain tidak mampu, tenaga tidak sekuat bangsa itu.” Jelas Pak Long. 

“Pohon tamar ayah saudara kita…”

Pada mulanya bingung juga kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini. Mak Long Normah Morah, isteri Pak Long beri kami sentuh debu jantan, “Gosok pada tangan dan cium,” katanya. “Masya Allah bau air mani.” Kami tergamam.

Ya, memang bau air mani. Bau ini bukan semua makhluk suka. Kalau mahukan pohon tamar buahnya elok mesti disenyawakan oleh tangan manusia kerana pohon ini Allah jadikan daripada lebihan tanah kejadian Nabi Adam as.”

“Ringkasnya, dia umpama pak menakan (ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remer padanya. Rasulullah dan nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian daripada kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tidak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini,” ujar Pak Long dengan senyum lebar.

7 Comments Add your own

  • 1. khairol  |  October 9, 2008 at 12:48 am

    info yang sgt baik..pernah tengok juga kat TV,jejak rasul kot..dia tunjuk persenyawaan tu dilakukan oleh orang2 arab..tapi tak budjet lak bau debu jantan tu bau air mani..

    Reply
  • 2. muhammadridwanto  |  October 9, 2008 at 5:39 am

    ok juga

    Reply
  • 3. hamimnasoha  |  October 9, 2008 at 8:47 am

    Timbul idea nakal nak ke sana untuk tengok sendiri proses pendebungaan tu dan nak cuba cium baunya, betul ke tidak seperti diceritakan. Huhu nakal sungguh.

    Reply
  • 4. aimanMH  |  October 10, 2008 at 7:58 am

    mmg nakal….nakal nk berbini la tu…hehehehe….maaf zahir batin

    Reply
  • 5. irhafiz  |  October 14, 2008 at 1:48 am

    kalau ikutkan cerita ni buah tamar memang berkhasiat…
    sebab ia mengandungi gula yang senang dihadam.
    dan gula memberi sumber tenaga yang lebih.

    cuba perhatikan, semasa berbuka puasa, disunatkan kita menjamah tamar dahulu. tentu ada hikmahnya.

    betul atau tidak kiranya saya katakan yang antara hikmahnya bagi membolehkan khasiat tamar tadi mudah dihadam tanpa diganggu makanan lain yang susah dihadam. tapi betul ke? sebab saya hanya buat andaian sahaja.

    Reply
  • 6. fbzy  |  October 14, 2008 at 4:59 am

    ni out of topic..

    pasai open house lyn :

    tula awat che hamim xmai.. lyn msk ngan kt msk..lain..
    dia nye lg umph!!
    xpe2 thn dpn jgn xdtg tau!!!
    lyn tiap thn wat..so che aziz kawen p la ni?

    Reply
  • 7. hamimnasoha  |  October 14, 2008 at 5:37 am

    Insya Allah ada jemputan dan kelapangan masa serta duit saya sampai. Hari bahagia kawan2 mana boleh lepaskan.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: