[Cikgu Ha] Episod 2: Bahasa Persuratan

July 8, 2012 at 12:51 pm Leave a comment

Malam itu Cikgu Ha didatangi sahabat baiknya Adam Lee. Cikgu Ha mengalu-alukan kedatangannya. “Bertuahnya aku, didatangi orang besar universiti.”

“Memang besar, badan yang besar.”

Cikgu Ha menyorong kerusi. “Ada yang boleh aku bantu?”

“Kelab Bahasa Mandarin sedang merancang membuat lawatan sambil belajar ke universiti-universiti di Jepun.”

Cikgu Ha memasang telinga. “Program yang menarik.”

“Sebagai setiausaha aku perlu jadi perantara. Bahasa apa yang paling sesuai digunakan dalam komunikasi kami?”

“Melalui surat atau lisan?”

“Surat.”

Cikgu Ha diam sejeda. “Pegawai di Hal Ehwal Pelajar lebih arif tentang ini.”

“Itu aku tahu tetapi aku tetap mahu dengar pendapat kau.”

“Gunakan bahasa kebangsaan kerana orang Jepun sangat pentingkan bahasa kebangsaan mereka.”

Adam Lee setia mendengar pendapat Cikgu Ha. “Kemudian sertakan juga terjemahannya, kalau mampu bahasa Jepun. Ada ahli kelab yang mahir?”

Adam Lee angguk. Cikgu Ha menyambung, “Tetapi perlu pastikan bahasa kebangsaan lebih menonjol berbanding bahasa kedua.”

“Baik, aku faham. Terima kasih atas nasihat kau.”

Cikgu Ha tersengih tiba-tiba. “Kalau bukan ahli kelab boleh ikut serta program itu?”

“Kau memang pantang kalau dengar orang hendak makan angin. Kami memang ada kuota untuk bukan ahli kelab. Kenapa, berminat?”

“He he nanti aku fikirkan.”

Yahamim: Mahu belajar bahasa Jepun

Entry filed under: Cikgu Ha. Tags: , , , , , .

[CIKGU HA] Ep. 1: Arah Tawaf Cerita Bosan dan Mendatar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


July 2012
M T W T F S S
« Aug   Nov »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,092 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: