[CIKGU HA] Ep. 1: Arah Tawaf

July 8, 2012 at 8:07 am Leave a comment

Cikgu Ha sedang mengulangkaji pelajaran bersama-sama sahabatnya Ikram. Penat membaca, dia berkata kepada Ikram, “Mari kita cipta frasa baru hari ini.”

Kening Ikram terangkat. “Cipta frasa baru? Kita bukan ahli bahasa yang punya kepandaian mencipta frasa. Merosak bahasa mungkin.”

“Apalah kamu Ikram.” Cikgu Ha tertawa lucu. “Bulan Ramadhan sudah dekat. Ramai orang suka ke Mekah buat umrah.”

“Jadi apa kaitannya dengan frasa yang hendak kita cipta?”

“Antara rukun utama umrah adalah tawaf. Ke mana arah orang bertawaf?”

“Kaabah berada di sebelah kiri dan kita mengelilinginya mengikut arah lawan jam.”

Cikgu Ha petik jari. “Perkataan ‘lawan jam’ ada unsur negatif. Apa kata selepas ini arah itu kita rujuk sebagai arah tawaf.”

Ikram berfikir lama. “Arah jam… arah tawaf. Bagus juga.”

“Arah tawaf sebenarnya sama dengan arah jika kita hendak mengukur sudut 0 – 360 darjah.”

“Betul juga. Pandai kamu. Tidak sia-sia berwajah kacak, otak pula bergeliga.”

“Ha ha… kacak tidak tetapi manisnya ada. Itu kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.”

Yahamim: Kacau air ikut arah tawaf.

Entry filed under: Cikgu Ha. Tags: .

Setujukah Anda Dengan Penulisan Semula Perintah Berpuasa Ini? [Cikgu Ha] Episod 2: Bahasa Persuratan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


July 2012
M T W T F S S
« Aug   Nov »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: