Setujukah Anda Dengan Penulisan Semula Perintah Berpuasa Ini?

August 12, 2009 at 8:13 am 6 comments

Bulan Ramadhan bakal menjelang. Pada bulan ini seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan. Di sini saya sertakan perintah supaya berpuasa pada bulan Ramadhan. Penulisannya agak berbeza sedikit. Sila nyatakan apa pendapat anda berkenaan cara penulisan saya. Saya warnakan agar mudah dibezakan.

Allah berfirman Tuhan berkata, “Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa seperti yang diwajibkan kepada orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” Ia dipetik daripada surah al-Baqarah ayat 183.

Rasulullah saw. bersabda Rasulullah berkata, “Islam didirikan atas lima perkara; bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji.” Hadis diriwayatkan direkodkan/dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim.

Nota: Nama Allah adalah merujuk kepada Tuhan. Rasulullah (gelaran) dan Muhammad (nama) adalah individu yang sama. Baginda Beliau adalah nabi dan utusan Allah iaitu menyampaikan kebenaran kepada manusia. Kepada orang Islam apabila membaca nama Muhammad atau rasulullah digalakkan berselawat, “Allahuma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wa as-habihi ajma’in.” Maksudnya, “Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat beliau.”

Saya buka kepada perbincangan dengan cara penulisan yang saya buat. Adakah anda setuju atau tidak? Sila beri ulasan anda di ruangan komen di bawah. Mudah-mudahan perbincangan ini mampu mencetuskan kebaikan kepada agama dan kita semua.

Yahamim: Bagus juga kelihatan berbeza.

Entry filed under: Ilmu. Tags: .

Hujung Minggu Yang Sibuk [CIKGU HA] Ep. 1: Arah Tawaf

6 Comments Add your own

  • 1. Haniza LSMN  |  August 12, 2009 at 9:38 am

    Assalamu’alaikum. Kepada saudara seagamaku, en. hamim. Inisiatif sdr untuk menulis semula suruhan berpuasa ini hanya membuang masa. Ya cukup membuang masa. Sepatutnya sdr boleh menulis sesuatu yang lebih berfaedah dan bermanfaat daripada menulis seuatu yang tidak berfaedah. Tulisan ini ibarat tulisan A_T_R_ __BAT. Mungkin sdr boleh mngenali siapa beliau dan teliti. orang intelek seperti tuan tidak sepatutnya menulis perkara2 seperti ini.

    PERTAMA : Rasulullah saw adalah insan Agung yang merupakan Pesuruh Allah swt. Sedangkan isteri baginda memanggil baginda dengan gelaran Ya Rasulullah, takkan sebagai umat yang menerima agama yang disebarkannya ini(ISLAM) tergamak untuk memanggil baginda begitu, ibaratnya kita menyamakan baginda dengan orang-orang biasa. Istighfar banyak2 saudaraku.

    KEDUA : “Allah berfirman” anda hendak tukarkan kepada “Tuhan berkata”! Sesungguhnya Allah itu adalah tuhan yang menjadikan sekalian ‘alam ini. Ya Allah berkata-kata tetapi dengan firmanNya. Usah dikelirukan umat yang sudah keliru saudaraku.

    Mari kita buka satu lagi sudut bahasa, jika Allah membahasakan zatNya dengan kata ‘Saya’ dan ‘awak’ antaraNya dengan hambaNya, dimanakah hubungan hati kita dengan Pencipta kita? Sesungguhnya, kata Aku dan engkau, adalah bahasa sastera antara Tuhan dan hambaNya. Ia bersifat kebatinan.

    Saya sedar tulisan saya tidak kuat dan mantap dengan hujah dan dalil, namun, sebagai hamba Allah yang kerdil, cubalah untuk sentiasa merendah hati kerana banyaknya dosa kita sepanjang kehidupan.

    Berhati-hati dengan kata-hata dan tulisan kita.
    Untuk dilihat berbeza, jangan sampai membelakangkan Allah dan Rasul kita. Jangan lupa itu!

    Inna solati, wa nusuki, wa mahyaaya, wa mamaati, lillahi rabbil ‘alamin. (Ikrar kita dalam doa iftitah)
    Bermaksud : sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah swt.

    Wassalam.
    Sekian, komentar saya.

    :Timbulkan persoalan anda kepada ustaz zaharuddin di http://www.zaharuddin.net

    Reply
  • 2. irhafiz  |  August 13, 2009 at 8:03 am

    Pada zaman nabi, terdapat mereka yang belum pun Islam, turut menentang apa yang telah dilakukan terhadap ummat Islam. Sebagai contoh, bagaimana beberapa orang dikalangan bukan Islam, telah merancang sesuatu untuk menggagalkan proses pemulauan yang telah pun berlaku selama 3 tahun di lembah Abi Talib. Mereka melakukan semua itu atas dasar semangat perkauman atau atas nama puak masing-masing.

    Namun semua itu tidaklah dikira sebagai pahala bagi mereka, kerana perjuangan mereka bukan atas dasar agama.

    Tidak dinafikan bahawa memperjuangkan bahasa berkemungkinan mampu menyediakan suatu asbab yang membantu orang sekitar lebih memahami tulisan-tulisan kita. Bahasa yang lebih mudah pasti membantu seseorang memahami tulisan kita, seterusnya idea daripada siratan tulisan tersebut dapat diterjemahkan dalam minda pembaca.

    Namun aturan-aturan tertentu pasti perlu diikuti dan diteliti, bukan hanya menggunakan logik akal semata-mata.

    Apa yang pasti, warisan bahasa seperti ’firman’,’ riwayat’, ’bersabda’ dan lain-lainnya bukan daripada buah fikiran mereka yang remeh dalam bidang ini. Terjemahan ini telah pun dipersetujui oleh ulama yang sememangnya arif dengan bidang tersebut, juga bahasa arabnya serta adat-adatnya.
    Seperti kata Haniza LSMN, mengubah semua itu adalah membazir masa dan belum tentu pun hasilnya. Fikir logik akal kita semata-mata amatlah cetek jika dibandingkan fikir ulama yang dalam ilmunya dan ada penolongnya. Lihat sahajalah percakapan ulama dan percakapan pemikir, tentu ada bezanya.

    Apa yang pasti, letaklah sesuatu yang lebih penting daripada usaha menterjemahkan perkataan-perkataan tersebut, yang umumnya telah pun diketahui kebanyakan kita. Istilah-istilah yang ada sekarang ini tidaklah menghalang seseorang daripada memahami Islam. Malah usaha menukarkan perkataan seperti yang dilakukan oleh saudara akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan mendatang.

    Menggantikan perkataan ’Allah’ dengan ’Tuhan’, merupakan penggantian istilah khusus kepada umum. Jika disebut sahaja ’Allah’, sudah pasti fahamlah kita ia adalah Tuhan yang disembah oleh kaum Muslim, dan ia lebih khusus. Manakala Tuhan mempunyai makna umum.

    Usah bazirkan usaha kita yang dahulunya bersungguh-sungguh menghalang penggunaan perkataan ’Allah’ dalam kitab selain Islam. Hargailah ia. Kerana ia adalah warisan bijak pandai daripada ulama.

    Sekian.
    Wassalam.

    Reply
  • 3. anum  |  August 20, 2009 at 2:24 am

    Buah fikiran saudari Haniza dan saudara Hafiz disokong…

    Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lain dapat menandinginya…

    Reply
  • 4. aimanMH  |  September 17, 2009 at 2:29 am

    sebenarnya sya langsung tak faham ape yg cuba saudara hamim perjuangkan melalui mengubah penggunaan bahasa….macam tidak nampak releven….boleh jelaskan tak?…untuk mengelakkan kekeliruan menganai tujuan asal saudara bertindak sebegini….saya menyokong penuh tulisan sdri haniza n sdra hafiz….wassalam

    Reply
  • 5. alynn  |  March 1, 2010 at 1:09 am

    as-Salaamu ‘alaikum…

    Sekiranya kita membuka lembaran kitab-kitab ‘arab, kita akan menemui kata-kata ganti utk situasi seperti di atas. Contohnya, Allah berfirman digantikan dengan ringkas kpd “Qauluhu” (Perkataan-Nya). Dan Nabi/Muhammad/Rasulullah digantikan dengan kata ganti “hi” (dia/beliau). Paling mudah, boleh juga merujuk kpd rangkap lafaz-lafaz selawat:

    Contohnya: Shollallahu ‘alai”hi” wa Sallam… (Selawat dan Salam Allah ke atas-nya)

    Apa yang penting, Penggunaan kata ganti mestilah tepat kepada konsteks ayat. Tidak semua tempat sesuai utk digunakan kata ganti.

    Adapun penggunaan kata tambahan di dalam selawat dengan lafaz Saidina, maka ia tidak tsabit dari mana-mana hadis yang sahih. Wallahu a’lam…

    Reply
  • 6. Nawawi  |  March 1, 2010 at 1:09 am

    as-Salaamu ‘alaikum…

    Sekiranya kita membuka lembaran kitab-kitab ‘arab, kita akan menemui kata-kata ganti utk situasi seperti di atas. Contohnya, Allah berfirman digantikan dengan ringkas kpd “Qauluhu” (Perkataan-Nya). Dan Nabi/Muhammad/Rasulullah digantikan dengan kata ganti “hi” (dia/beliau). Paling mudah, boleh juga merujuk kpd rangkap lafaz-lafaz selawat:

    Contohnya: Shollallahu ‘alai”hi” wa Sallam… (Selawat dan Salam Allah ke atas-nya)

    Apa yang penting, Penggunaan kata ganti mestilah tepat kepada konsteks ayat. Tidak semua tempat sesuai utk digunakan kata ganti.

    Adapun penggunaan kata tambahan di dalam selawat dengan lafaz Saidina, maka ia tidak tsabit dari mana-mana hadis yang sahih. Wallahu a’lam…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


August 2009
M T W T F S S
« Jul   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: