Blogger Wanita Yang Saya Ikuti

July 31, 2009 at 12:30 am Leave a comment

Persoalan dan perbezaan antara blogger wanita dan lelaki dari segi ilmu bantu, susun atur dan perasaan mendapat hit yang tinggi. Mungkin ada yang beranggapan saya memperlekehkan blogger wanita. Namun bukan begitu maksud saya.

Sebenarnya ada blogger wanita yang saya ikuti blognya. Blog beliau adalah perkara kedua saya lihat selepas saya buka blog saya sendiri. Blogger yang saya maksudkan adalah Puan Ainon dari PTS. Sekurang-kurangnya ada tiga sebab menyebabkan saya ‘tergoda’ dengan blog beliau.

  1. Gaya penulisannya persuasif iaitu daya pengaruhnya tinggi. Jika beliau memperkatakan sesuatu, fakta yang dibentangkan sangat meyakinkan. Tiada unsur agak-agak, tuduhan atau pun hujah tanpa asas. Sibuk membicarakan perasaan sendiri jauh sekali.
  2. Pemilihan susun atur yang ringkas, sekadar cukup untuk menyampaikan maksud beliau. Warna tulisan yang digunakan hanya dua iaitu hitam dan biru (bukan warna terang yang menyengat mata). Tiada juga corak, gambar dan entah apa-apa yang dilambakkan di bahagian tepi entri yang tidak memberi makna yang signifikan.
  3. Pemilihan cabang khusus untuk isi blog. Beliau adalah penerbit buku. Sesuai dengan itu, isinya adalah maklumat berguna dalam industri penerbitan buku.

Lebih daripada sebab yang dinyatakan di atas, beliau sangat saya hormati kerana beliaulah sifu saya dalam bidang penulisan. Banyak ilmu yang saya timba sepanjang saya mengenali beliau. Mudah-mudahan Allah terus mencurahkan kekuatan kepada untuk terus memandaikan bangsa melalui penulisan dan penerbitan. Amin.

Yahamim: Jauhkan diri daripada budaya ikut-ikutan.

Entry filed under: Coretan Dari Hati. Tags: .

Siapa Lebih Baik: Blogger Wanita atau Lelaki? Sang Pemburu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: