Siapa Lebih Baik: Blogger Wanita atau Lelaki?

July 30, 2009 at 12:36 am 3 comments

Sudah lebih dua tahun saya menceburkan diri dalam dunia blog. Selama dua tahun lebih jugalah saya melawat dan memerhati ratusan blog yang ada. Saya tidak sekadar melawat bahkan saya membuat beberapa pemerhatian. Pemerhatian ini belum sampai pada tahap kesimpulan. Oleh itu saya sampaikan dalam bentuk persoalan.

SATU: Betulkah blogger wanita kurang ilmu bantu sehinggakan isi blog mereka ‘biasa-biasa’ sahaja? Ini berbeza dengan blogger lelaki yang gemar memilih cabang yang ‘mencabar’ dalam blog mereka.

DUA: Betulkah blogger wanita tidak pandai membuat susun atur atau layout blog mereka? Ini berbeza dengan blog lelaki yang lebih ringkas dan kemas.

TIGA: Betulkah blogger wanita lebih gemar meluahkan perasaan mereka di blog? Ini berbeza dengan lelaki yang ‘menyorokkan’ perasaan mereka.

Saya suka membuka isu ini kepada semua untuk beri pendapat. Jangan kata saya sengaja memprovokasi tetapi saya lebih untuk berkongsi. Semoga ia boleh menjadi panduan kepada para blogger wanita (maaf, saya buat pembetulan) untuk menampilkan yang lebih baik.

Yahamim: Bukan yang terbaik.

Entry filed under: Isu Semasa. Tags: .

Kata Orang Arif Blogger Wanita Yang Saya Ikuti

3 Comments Add your own

  • 1. YaQeen Ahmad  |  July 30, 2009 at 2:04 am

    Salam alaik. Ternyata En. Hamim sendiri dah terperangkap dengan ayat terakhir. Seperti masuk ke jerkap sendiri. En. Hamim nyatanya sudah memberikan kami kesimpulan anda.

    Yang terbaik adalah apabila nukilan tersebut terkesan pada sasarannya. Tak semestinya hebat. Sebab sasaran setiap blogger adalah berbeza. Dalam dunia maya, kita nyata tidak dapat mengawal jujukan kategori pembaca yang ada.

    Mungkin En. Hamim belum terjumpa blog lelaki yang cacamerba dan yang suka meluahkan rasa. (^_^)

    Reply
  • 2. nahwanNur  |  July 30, 2009 at 3:16 am

    Assalamu’alaikum Akh al kareem,

    Meninggal jejak pada yang perlu

    Persoalan akh hamim nampaknya menyorot kepada suatu sisi sahaja. Tidak selari dengan tajuk entri. Mungkin saja boleh di tukar tajuk kepada, ‘Benarkah blogger wanita begini?’ atau ‘Benarkah blogger wanita tidak sebaik blogger lelaki?’ atau sesuatu yang lain yang juga menekankan ‘wanita’ seperti persoalan yang di utarakan. Atau mungkin sahaja akh kekalkan tajuk, tetapi membetulkan sedikit struktur soalan. Contohnya seperti soalan:

    SATU: Diantara blogger wanita dan lelaki, siapakah yang dilihat menggunakan ilmu bantu yang tinggi dan menghasilkan isi blog yang tinggi maksudnya? Dan siapakah kalangan mereka yang di lihat ‘biasa-biasa sahaja?

    Ini sekadar pandangan sahaja, supaya tidak kelihatan bias pada persoalan yang sudah ada jawapan sebenarnya.

    Maaf saya bukan sensitif kerana gender saya, tetapi ya, pengolahan itu kan menunjukkan pemikiran kita🙂

    Apapun akh hamim, ya, saya setuju beberapa perkara yang di utarakan akhi. Cuma tidak boleh pukul rata semua, mungkin sebahagian nya benar. Dan ada sebahagian itu saya lihat sebagai ‘nature’ seorang wanita, dan itulah pelengkap kepada seorang lelaki.

    Wallahu’alam

    Barakallahu fiik

    Reply
  • 3. irhafiz  |  July 31, 2009 at 12:26 am

    Apapun, gunakan blog sebagai medan dakwah.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: