Banner Kempen: “UTM Say No To Bonceng”

July 22, 2009 at 7:26 am 3 comments

UTM Say No To Bonceng

Sebagai mantan mahasiswa UTM, saya prihatin dengan apa yang berlaku di sana. Terbaru, adalah kempen mencegah budaya membonceng motosikal bagi yang bukan mahram. Berikut rencana yang dipetik daripada blog kempen tersebut, http://utmsayno2bonceng.blogspot.com/.

UTM sebagai kawasan Zon Larangan bonceng

Bonceng yang dimaksudkan di sini adalah antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Satu cadangan kepada pihak pentadbiran UTM yang kini sedang menjalankan dasar baru Transformasi UTM. Saya secara peribadi amat bersetuju dengan pelan pembangunan pembudayaan Ilmu yang kini giat dijalankan, tetapi tidak salah jika cadangan pelan pembangunan moral dan akhlak ini juga turut di pertimbangkan.

Isu ini juga pernah di utarakan oleh sahabat saya Anis Wahab di dalam blog beliau (lihat blog ini). Walaupun beliau tidak menyentuh secara mendalam berkenaan isu bonceng ini tetapi perumpaan yang beliau berikan cukup menarik.

Persoalan yang ditimbulkan adalah kenapa mahasiswa yang tidak menggunakan kad metrik boleh di saman sedangkan membonceng antara lelaki dan perempuan tidak? Kenapa orang yang tidak menggunakan menggunakan stiker UTM di saman sedangkan yang berpeluk-pelukan di atas motor tidak? Apakah kesalahan tidak memakai kad matrik atau menggunakan stiker utm lebih berat daripada kes bonceng ini? Sudut pandangan apakah kita menilai semua ini? Inikah yang dinamakan pembangunan holistik atau Inikah yang dinamakan “helicopter view” dalam membangunkan mahasiswa?

boncengKes Bonceng ini merupakan salah satu faktor penyumbang kepada gejala sosial yang berlaku di UTM. Tidakkah pihak pentadbiran ingin mengambil pengajaran di atas kematian Seorang siswi akibat melahirkan anak di dalam bilik. Kes ini tidak boleh dianggap “enteng” kerana ianya telah melibatkan nyawa dua orang manusia (mak dan anak). Langkah pencegahan dan pengawalan agar peristiwa hitam ini tidak berlaku kembali perlu disegerakan.

Gejala bonceng ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelaku, tetapi secara tidak langsung masyarakat sekeliling yang mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya ini. Sifat kebiasaan orang awam kini semamangnya mudah terdorong untuk mengikut tuntutan hawa nafsu tanpa menghiraukan pandangan agama. Amat malang sekiranya pihak pentadbiran terus berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat Generasi mahasiswa dihancurkan oleh hawa nafsu yang tidak dikawal.

Renunglah kata-kata Saidina Umar:

“Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya dipinggir Sungai Dajlah lalu mati lantaran jalannya rosak, aku takut Allah SWT akan pertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak.”

Oleh itu, saya mencadangkan supaya UTM sebagai langkah awal untuk mengurangkan gejala sosial di UTM adalah dengan mewujudkan Zon Larangan Bonceng. InsyaAllah, di peringkat Persatuan Mahasiswa Islam UTM akan menghantar satu proposal cadangan secara rasmi kepada pihak pentadbiran untuk membantu melaksanakan agenda Pembangunan Mahasiswa dalam menjayakan Transformasi UTM secara holistik. Diharapkan cadangan ini mendapat kerjasama dari semua pihak berwajib. Wallahua’lam.

Yahamim: Kadang-kadang suka membonceng.

Entry filed under: Petikan Berita. Tags: .

Cikgu Ha Seperti Hendak Mengajar Semula Meludah Ke Langit

3 Comments Add your own

  • 1. Mus Dahlan  |  July 27, 2009 at 10:03 am

    Assalamualaikum… saya terlepas pandang beberapa perkara berkenaan diri awak. Awak orang Johor, Sekolah STI Pt Raja ker?

    Imbas kembali, akak tegur awak di kelas puan ainon selepas kelas terjemahan tempoh hari bersama seorg gadis kecil molek bernama shikin.

    Dan adakah awak mahasiswa UTM? Kecil nampaknya dunia kita ni.

    Akak bekas pelajar Datuk Menteri Ayer Hitam & bekas mahasiswa UTM batch 1998-2001.

    Semoga bertemu lagi.

    Reply
    • 2. hamimnasoha  |  July 28, 2009 at 12:08 am

      Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertegur sapa dengan saya tempoh hari. Saya terpinga-pinga juga apabila tiba-tiba ada suara yang menyebut “Yahamim”. Terharu apabila ada yang tahu pasal blog saya.

      Saya berasal dari Parit Raja, sekolah di STI kemudian di UTM (2001-2007). Betullah apa yang disebutkan akak tu.

      Selamat berkenalan.

      Reply
  • 3. Mus Dahlan  |  July 28, 2009 at 9:13 am

    manakan tidak… asalkan informasinya bagus dan penuh ilmu pastinya jadi perhatian.

    Teruskan usaha!

    Shikin berkirim salam pada awak.

    Assalamualaikum…..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: