Kisah Mat Rempit Yang Punya Nilai Dagangan Tinggi

July 4, 2009 at 8:55 am Leave a comment

Saya ditanya oleh seorang sahabat, apakah gaya bahasa yang sesuai untuk menulis cerita tentang mat rempit dan bohsia. Adakah perlu mengikut gaya bahasa mereka atau yang bagaimana? Katanya hendak mendekati mereka perlulah pendekatan yang sesuai.

Di sini saya sertakan satu babak perbualan mat rempit yang saya reka. Ia ditulis dalam dua versi iaitu pendekatan berbeza gaya yang bahasa tetapi ceritanya tetap sama.

Kisah Mat Rempit Versi 1

Mat dan Wan bertenggek di atas motor di hadapan kampung. Mat menelefon seseorang. Selepas beberapa ketika, dia memutuskan talian.

Mat mendengus, “Apai tak jadi datang. Bapak dia paksa dia solat maghrib dan isyak di surau. Apai sengallah, dah tahu nak rempit keluarlah lebih awal.”

Wan senyum sumbing. “Kuang kuang kuang. Anak soleh gitu.”

Mat terus menyumpah seranah. Dia membebel entah apa. Wan mencelah, “Membebel macam Cik Bedah kena tinggal laki. Rempit on tak?”

“Mestilah on. Jom chow.”

Mereka start motor dan memecut, meninggalkan asap yang berkepul-kepul.

Kisah Mat Rempit Versi 2

Mat dan Wan bertenggek di atas motor di hadapan kampung. Mat menelefon seseorang. Selepas beberapa ketika, dia memutuskan talian.

Mat mendengus, “Apai tidak jadi datang. Ayahnya paksa dia solat maghrib dan isyak di surau. Apai lecehlah, sudah tahu hendak rempit keluarlah lebih awal.”

Wan senyum sumbing. “Anak soleh.”

Mat terus menyumpah seranah. Dia membebel entah apa. Wan mencelah, “Berhentilah membebel. Kita jadi merempit atau tidak?”

“Mestilah jadi. Mari.”

Mereka menghidupkan motor dan memecut, meninggalkan asap yang berkepul-kepul.

Ulasan:

Versi 1 menggunakan bahasa perbualan harian manakala versi 2 menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Agak-agaknya jika hendak dijual, cerita versi manakah yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi?

Versi 1 sangat kecil khalayak pembacanya kerana sebab-sebab berikut:

  1. Orang dewasa mungkin tidak faham cerita yang hendak disampaikan kerana gaya bahasa yang sangat trendy. Jika mereka tidak faham, bagaimana mereka hendak memahami kehidupan mat rempit seterusnya mendekati mereka? Orang dewasa terus dilabel sebagai tidak memahami jiwa mat rempit.
  2. Slanga dan loghat di Malaysia adalah berbagai-bagai. Ia tidak sama di kalangan remaja di utara, remaja KL, remaja pantai timur, remaja selatan hatta remaja Sabah dan Sarawak kecuali istilah-istilah universal Malaysia. Kita hilang lagi sebahagian pembaca.
  3. Kebanyakan orang Cina dan India bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Mereka lancar dan fasih berbahasa Melayu. Di sekolah, mereka belajar Bahasa Melayu Tinggi. Mereka lebih selesa membaca cerita yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Bagaimana hendak mempengaruhi mereka jika mereka tidak selesa dengan gaya bahasa kita?
  4. Dapatkah pengguna bahasa Melayu di Brunei, Selatan Thailand, Singapura dan Indonesia memahami cerita tersebut yang pekat bau ketiak (pinjam istilah Puan Ainon) orang Malaysia?
  5. Negara Melayu nusantara menerima kunjungan pelajar dari negara-negara Arab (Sudan, Libya, Iran dsb), barat (US, UK, Australia dsb), Jepun, Korea dan banyak lagi yang menuntut di sini. Mereka belajar bahasa Melayu di bilik kuliah (sekali lagi bahasa Melayu Tinggi). Mereka juga ada hak untuk mengetahui cerita mat rempit Malaysia. Sebagai bonus, penguasaan bahasa Melayu mereka juga bertambah.

Jawapan kepada semua persoalan di atas adalah menggunakan bahasa Melayu Tinggi. Dengan cerita yang  bermutu tinggi dan bahasa yang indah cerita kita di blog boleh dibaca oleh ramai orang. Hendak di ekspot dalam bentuk novel dan filem lagilah boleh. Tidaklah malu jaja karya kita kepada mereka.

Satu persoalan kepada orang yang bertanya. Sanggupkah anda terima persepsi pembaca bahawa anda sebagai penulis, buruk penguasaan bahasanya? Selain itu anda dipandang sama mereng, jalang dan gemar merempit seperti watak yang anda ceritakan.

Yahamim: Dakwah bahasa.

Entry filed under: Motor Yang Menderu. Tags: .

Kelebihan Al-Quran Adalah Pada Bahasa Sesuaikah Guna Bahasa Celaru?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: