Kelebihan Al-Quran Adalah Pada Bahasa

July 3, 2009 at 12:28 am 1 comment

Ini adalah petikan daripada buku “Biografi Muhamammad Bin Abdullah-Perjalanan Seorang Nabi” terbitan PTS pada muka surat 55:

“Setiap nabi datang membawa kelebihan daripada jenis kemahiran kaumnya. Nabi Musa datang membawa tongkat sakti berhadapan dengan Firaun yang terkenal dengan ilmu sihir. Nabi Isa datang dengan kelebihan mengubat penyakit-penyakit dan dapat menghidupkan orang mati kerana kaumnya adalah pakar-pakar perubatan pada masa itu. Nabi Muhammad pula membawa kelebihan pada bahasa iaitu Al-Quran dalam bahasa Arab yang sangat indah dan sangat luar biasa kepada bangsa Arab yang sangat mahir berbahasa.”

Al-Quran mempunyai kelebihan pada bahasanya yang indah. Ditambah lagi dengan ayat pertama yang diturunkan ialah Iqra’ iaitu bacalah. Ini memberi isyarat ilmu dan bahasa mempunyai kaitan yang sangat rapat. Oleh itu bahasa yang dikurniakan kepada setiap bangsa adalah nikmat yang perlu dijaga. Tidak kira bahasa apa sekalipun; bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Tamil malah bahasa Inggeris perlu disyukuri nikmat bahasa itu. Jangan dikufuri nikmat yang diberi. Kuasailah bahasa dan berbahasalah dengan baik.

Ini bersangkut juga dengan isu PPSMI. Bahasa menjadi instrumen atau alat penting menyampaikan ilmu. Untuk menyampaikan ilmu, sampaikanlah dalam bahasa yang mudah difahami penerimanya. Dalam hal ini bahasa yang paling difahami di negara ini adalah bahasa Melayu. Maka wajar sekali sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu. Mudah-mudahan dengan bahasa yang mudah difahami, usaha untuk memandaikan bangsa menjadi lebih mudah dan diberkati.

Isu ini tetap diguna pakai dalam menyampaikan ilmu lain. Kala ini masyarakat dilanda kegilaan berblog, friendster, facebook dan banyak lagi wadah komunikasi dan rangkaian sosial lain. Gunakanlah bahasa yang baik dan indah. Elakkan penggunaan bahasa pasar, slanga dan bahasa rojak. Contohilah al-Quran yang menggunakan Bahasa Arab Tinggi. Mudah-mudahan dengan niat mencontohi al-Quran, kita diberi pahala melalui bahasa dalam tulisan kita.

Bahasa yang indah dan baik bukan untuk sasterawan, guru bahasa dan orang yang berkaitan bahasa sahaja. Ia adalah untuk semua umat Muhammad. Baik doktor, jurutera, pelajar, peguam malah buruh kasar sekalipun mereka berhak memperbaiki bahasa. Bersama-sama kita suburkan sunah al-Quran ini.

Belacu tidak seindah mana,

Terpikat pada tahan lasaknya;

Rupa tidak sebagailah mana,

Terpikat pada budi bahasa.

Yahamim: Tidak pandai memikat.

Entry filed under: Ilmu. Tags: .

Tiket Percuma Transformers Kisah Mat Rempit Yang Punya Nilai Dagangan Tinggi

1 Comment Add your own

  • 1. 'uyun  |  July 3, 2009 at 6:24 am

    Cuba teka, jika nak mengislahkan semula mat rempit atau GRO atau pemain judi, nak gunakan bahasa yang macam mana? Bahasa Melayu baku? Bahasa Inggeris? atau bahasa mereka?

    Dalam metode penyampaian, kadangkala kita perlu lebih kreatif sebenarnya. Tidak sama mengislahkan seorang penulis yang mengikuti bengkel penulisan dengan mengislahkan individu2 seperti yang saya sebutkan di atas tadi.

    Dakwah dan islah perlu dilaksanakan seiring walau guna apa bahasa sekalipun. Saidina Umar berpesan pada kita supaya “Ajar, didik anak-anak kita mengikut zamannya,” lebih kurang macam tu bunyinya. Jadi, ikut zamannya dan tidak sekali-kali meninggalkan bahasa kita.

    Apa sekalipun, saya percaya, pejuang2 bahasa akan terus memperjuangkan bahasa Melayu seperti mana saudara Hamim dan bapa saya perjuangkan. Ameen.

    p/s :sekadar pandangan dhoif (bukan maudu’) jangan lupa, belajar Bahasa Arab. Wallahualam

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: