Kita Sama Seperti Zulaikha

June 8, 2009 at 4:05 am 5 comments

Surah ke-12 dalam Al-Quran iaitu surah Yusuf memaparkan kisah hidup Nabi Yusuf as sejak kecil hingga dewasa. Watak-watak di dalamnya mewakili watak manusia yang kita jumpa dalam kehidupan seharian.

Entri ini ditulis khusus membincangkan watak Zulaikha. Diingatkan bahawa nama ini tidak tercatat dalam surah Yusuf. Saya tidak berhajat membincangkan asal-usul namanya di sini melainkan wataknya sahaja.

Jangan melihat watak Zulaikha sebagai sesuatu yang terpisah daripada diri kita. Kita sama seperti Zulaikha dan dia adalah cerminan sifat kita. Di sini saya senaraikan tiga sifatnya dengan sedikit huraian. Para pembaca budiman sangat dialu-alukan untuk menambah isi perbincangan.

Nekad Dalam Membuat Dosa

Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dia menutup pintu-pintu lalu berkata, “Marilah dekat kepadaku.” Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuan aku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan beruntung. (Ayat 23, surah Yusuf)

Zulaikha tahu taraf Yusuf adalah anak angkat kepadanya. Dia juga tahu perbuatannya menggoda lelaki muda dengan keadaannya yang bersuami salah. Namun dia nekad dengan tindakannya.

Sifat ini tepat mengenai batang hidung kita. Dalam hidup seharian, berapa banyak larangan Allah yang dilanggar sedangkan kita tahu ia salah?

Pandai Putar Belit

Kedua-duanya berlari menuju pintu dan perempuan itu menarik bajunya (Yusuf) dari belakang hingga koyak dan mendapati suami perempuan itu di depan pintu. Perempuan itu berkata, “Apakah balasan terhadap orang yang bermaksud buruk terhadap isterimu, selain dipenjarakan atau dihukum dengan seksa yang pedih?” (Ayat 25, surah Yusuf)

Sudah terbukti silap tetapi masih lagi mahu putar-belit. Sebaliknya silap itu dituding kepada orang lain. Dalam keadaan ini kitalah yang paling petah hujah dan hebat bicaranya. Pihak lawan pula dijadikan kambing hitam.

Pastikan Pihak Lawan Kalah Teruk

Perempuan itu berkata, “…Jika dia tidak melakukan apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia akan menjadi orang yang hina.” (Ayat 32, surah Yusuf)

Hilang langsung pertimbang situasi menang-menang. Yang ada hanyalah menang-KALAH TERUK. Semuanya gara-gara hajat kita tidak dipenuhi. Jika kita tidak dapat, jangan harap orang lain pun dapat.

Kesimpulan

Begitulah mesej yang disampaikan oleh Allah melalui surah ini. Lihatlah watak  Zulaikha sebagai cerminan bukan sesuatu yang terasing. Kita sebenarnya sama seperti Zulaikha. Ambil iktibar dan jadikan sempadan dalam hidup agar tidak mengikut jejak yang sama.

Yahamim: Letak cermin di hadapan komputer.

Entry filed under: Ilmu. Tags: .

Renungan Terakhir Menjadi Manusia Redha

5 Comments Add your own

  • 1. husainibrahim  |  June 8, 2009 at 4:50 am

    Sekadar komplimentari, nama Zulaikha tidak sabit dalam Al-Quran dan al-Hadith untuk wanita yang menjadi ibu angkat Yusuf itu, namun oleh sebab kita dah dibiasakan dengan nama Zulaikha, bolehlah digunakan untuk watak itu dengan adanya info ini sebagai pengetahuan tambahan. Wallahua’lam.

    p/s: Catatan yang menarik dan bagus!

    Reply
  • 2. Puan Ainon Mohd.  |  June 11, 2009 at 1:40 pm

    Persepsi tajam!

    Reply
  • 3. Mohd Isa bin Abd Razak  |  June 16, 2009 at 1:42 am

    Salam. Renungan mendalam. Persembahan berkesan. Syabas! Wassalam.

    Reply
  • 4. hamimnasoha  |  June 16, 2009 at 2:06 am

    Terima kasih atas ulasan tuan dan puan. Walaupun ringkas ia punya kesan tersendiri di hati saya.

    Reply
  • 5. azrul  |  June 25, 2009 at 8:55 am

    macam teori machiavelli yg mana Dr.M dan Suharto dikatakan pakar dalammenterjemahkannya.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: