Ruang Di Hati Lelaki: Cikgu Ha
May 28, 2009 at 6:30 am 1 comment
Malam tadi Cikgu Ha makan malam bersama rakan serumahnya, Aim. Mereka makan di kedai (Cikgu Ha tidak tahu malas masak). Sambil itu dia mencucuk-cucuk Aim dengan isu kahwin.
Cikgu Ha bertanya, “Aim, bila kamu hendak kahwin? Kawan-kawan kita ramai yang bakal ramai kahwin tahun ini.”
Aim mula berpeluh menangkis terjahan. “Kita cerita di rumah. Sini tempat terbuka selain suasananya bising.”
Cikgu Ha hanya angguk. Selesai makan, mereka pulang ke rumah. Cikgu Ha terus-terusan mengasak.
Aim memberi alasan, “Saya belum sedia memikirkannya.”
Balas Cikgu Ha, “Semasa di universiti, kita boleh extend. Kalau soal kahwin, kamu extend sampai umur 50 sekali pun orang tetap bertanya bila kamu hendak kahwin.”
Suara Aim berubah, sedikit getar. Matanya berkaca. “Saya tidak pernah menjalin hubungan rapat dengan wanita. Saya tidak tahu hendak mula di mana.”
Perbualan di teruskan (terpaksa ditapis kerana terlalu peribadi).
Akhirnya Aim berkata, “Nanti saya bincangkan dengan keluarga. Tetapi saya rasa berat untuk buka mulut.”
Cikgu Ha menabur nasihat, “Cerita atau bincanglah dengan kawan. Saya sendiri rasa susah untuk bercerita dengan teliti hal-hal begini pada keluarga. Dengan kawan kita rasa lebih terbuka untuk bercerita.”
Aim mengesat peluh dingin.
Cikgu Ha menyambung, “Ini bukan membelakangkan mereka. Hati seorang lelaki mempunyai tiga ruang untuk dipenuhi; keluarga, kawan dan isteri. Kita boleh pilih mana-mana saluran untuk berkongsi masalah dan cerita.”
“Saya setuju.”
“Atas dasar itulah, sebaik mana pun hubungan kita dengan keluarga dan kawan, kita tetap akan rasa kosong tanpa perkahwinan. Tambahan lagi tanggungjawab anak lelaki pada keluarga tidak terputus apabila berkahwin. Oleh itu saya tegaskan, ketiga-tiga saluran ini perlu dipenuhi.”
Nota: Saya meronta suka dengan nasihat Cikgu Ha. Matang nian seperti kaunselor perkahwinan. Saya tunggu Encik Ridwan mensahihkan kebenaran nasihat Cikgu Ha. Cik ‘Uyun, ulas jangan tidak ulas. Kepada yang lain, hendak berkongsi pandangan amat saya alu-alukan.
Yahamim: Masih ada ruang.
Entry filed under: Cikgu Ha.
1.
muhammadridwanto | May 28, 2009 at 9:14 am
Salam saudara Hamim,
semoga Allah memberkati saudara.
Saya setuju dengan kenyataan saudara.
Kita mempunyai 3 ruang yang perlu di isi
1. Bukan kah dua oang bertemu dan berpisah kerana Allah akan mendapat naungan arasy Allah kelak ?
2. saya sentiasa mencari teman sejati, saya cukup bertuah kerana mempunyai teman sebaik saudara.
3 Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa dengan teman saudara itu.