Ewah Kahwin-Kahwin: Cikgu Ha

May 26, 2009 at 6:53 am 10 comments

Berikut adalah cerita terbaru yang disampaikan oleh Cikgu Ha kepada saya. Ia diubahsuai supaya sesuai untuk tujuaan tatapan umum. Nama yang digunakan bukanlah nama penuh watak. Babak ditulis menggunakan Teknik Surah Yusuf.

Babak 1

Pada satu hari, Cikgu Ha menerima satu panggilan telefon daripada bekas rakan  sekolejnya, Che Fiz.

Che Fiz berkata, “Malam ini saya mahu datang ke rumah kamu.”

Jawab Cikgu Ha, “Datanglah, saya tunggu.”

Seperti dijanjikan, Che Fiz tiba di rumah Cikgu Ha selepas maghrib. Che Fiz menyerahkan sekeping kad kepada Cikgu Ha.

“Saya mahu menjemput kamu ke majlis perkahwinan saya pada sekian hari bulan. Ini kadnya.”

Cikgu Ha berkata, “Rakan serumah saya kahwin pada tarikh yang sama. Tetapi kamu jangan risau kerana kami boleh atur untuk hadir kedua-dua majlis. Saya datang, insya Allah”

Balas Che Fiz, “Alhamdulillah. Lega saya mendengarnya. Kamu sudah makan? Biar saya belanja.” 

Babak 2

Pada hari yang lain, sekali lagi Cikgu Ha mendapat panggilan. Kali ini daripada kawan yang lain iaitu Ridwan.

Cikgu Ha berkata, “Sejak akhir-akhir ini kamu jarang telefon. Sms apatah lagi.”

Ridwan hanya ketawa. Cikgu Ha menyambung, “Kamu tahu Che Fiz hendak kahwin?”

Jawab Ridwan, “Saya tahu. Berita tersebut saya dengar lama dahulu. Kamu sahaja yang sentiasa berahsia.”

Balas Cikgu Ha, “Saya ada prinsip. Hal kahwin saya kurang selesa bercerita sesuka hati. Kamu marah saya berahsia?”

“Itu prinsip kamu. Apa saya hendak kata? Cuma satu nasihat saya, jangan letak blok antara kita dengan kawan. Perkara baik tidak salah untuk kongsi.”

Cikgu Ha diam.

Ridwan cepat-cepat berkata, “Kamu jangan salah sangka, bukan niat saya hendak mengajar kamu.”

Balas Cikgu Ha, “Saya tidak kisah pun. Satu hari apabila saya sudah sedia, saya akan cerita juga.” 

Yahamim: Cikgu Ha cerita semuanya kepada saya.

Entry filed under: Cikgu Ha. Tags: .

Teknik Surah Yusuf (Sebuah Drama) Ketupat Cinta

10 Comments Add your own

  • 1. 'uyun  |  May 26, 2009 at 7:51 am

    Cikgu Ha, kadang-kadang berahsia itu memang perlu. memang wajib bagi menjaga hati semua pihak. namun mesti diingat, kawan juga merupakan guru dan pengkoreksi diri kita. Kita juga bakal lemah kerana kawan, dan kuat kerana adanya kawan. Kadang-kadang meluahkan dengan kawan cikgu Ha juga adalah babak yang sihat. Saya tidak tahu mengapa, tetapi bagi saya kadang-kadang Cikgu Ha……. tak apalah, lupakan. syukran

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  May 26, 2009 at 11:55 pm

    Saya paling tidak gemar orang cakap sekerat-sekerat. Cakap biar habis. Cikgu Ha ada buat salah pada Cik ‘Uyun? Tidak baik Cikgu Ha buat begitu.

    Reply
  • 3. ridwanto  |  May 27, 2009 at 4:47 am

    Saya amat setuju dengan cik uyun.
    Apa hendak di kata.
    Saudara Hamim sudah begitu.

    Reply
  • 4. hamimnasoha  |  May 27, 2009 at 7:18 am

    Ini pakatan menjatuhkan saya dan Cikgu Ha. Ini tidak adil!

    Reply
  • 5. 'uyun  |  May 27, 2009 at 9:34 am

    ini adil bagi yang hendak menggulingkan empayar cikgu ha=saya. ha ha ha..

    a.wanto, keta kebal saya dah siap, meh la join sekali…. ha ha ha…

    Reply
  • 6. muhammadridwanto  |  May 28, 2009 at 1:51 am

    saudara hamim dan uyun,
    ini bukan soal untuk menjatuhkan sesiapa,
    cuma demi memantapkan ketrampilan saudara hamim.
    Saya yakin, satu hari kelak, saudara hamim akan menjadi selebriti tersohor

    Reply
  • 7. 'uyun  |  May 28, 2009 at 4:36 am

    memang bukan mahu menjatuhkan sesiapa. Orang islam mesti menguatkan satu sama lain. Itulah fungsi kawan seislam, sefikrah, sealiran, se ape2 sekalipun.

    Ingat, kita lemah dengan adanya kawan, kita kuat juga dengan adanya kawan. Tetapi kita tak sesekali lemah kerana adanya Allah.

    all the best to a.wanto and a.hamim. be good at everywhere.

    Reply
  • 8. aimanMH  |  June 17, 2009 at 6:04 am

    Kamu jangan salah sangka, bukan niat saya hendak mengajar kamu.”…tapi memang hakikat org yang rasa dirinya lebih tua sukar menerima nasihat dan pandangan dari org yang lebih muda…..

    Reply
  • 9. muhammadridwanto  |  June 18, 2009 at 1:30 am

    AimanHm ini, dah nak jadi bapa orang pun masih emo…
    Ish2, tak baik gitu……
    Lama tak dengar berita, di mana sekarang?
    Berapa no telfon.
    saya mahu hubungi saudara.

    Reply
  • 10. aimanMH  |  June 20, 2009 at 3:07 am

    kepada bapa seorang anak:…encik wanto, ade beza antara pendapat dan emo…saya minta maaf sekiranya saudara nampak pendapat saya seperti emo…saya cuma menyatakan pendapat melalui pemerhatian saya…tambahan pula saya sekarang sebagai guru baru di sekolah,,..terlalu ketara guru lama menyombong dan juga susah terima pendapat guru baru…kami guru baru seakan org yang tiada pengetahuan…boleh ke begitu?…kenyataan en.wanto boleh menimbulkan meramahan(kemarahan) saya ni…hahahah…saya masih di kuarters utm…013-7134446

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: