Teknik Surah Yusuf (Sebuah Drama)

May 23, 2009 at 11:30 am 5 comments

Berikut saya siarkan drama pendek yang menggunakan Teknik Surah Yusuf.

Yusuf merapatkan lutut ke dada. Tangannya menekup telinga.

Puan Bainon menegur, “Kamu kelihatan gelisah sekali.”

Yusuf merenggangkan sedikit tangan yang melekap di telinga. “Di luar guruh dan kilat sabung-menyabung, berdentam-dentum bunyinya.”

“Penakut rupanya kamu ini. Mari lihat ke luar tingkap.”

Yusuf tetap dengan duduknya. Puan Bainon bangun lantas berjalan mendekati tingkap. Langsir disingkap. Yusuf menutup muka dengan tapak tangan.

“Cuba kamu lihat. Antara guruh dan kilat, manakah yang sampai dahulu ke pancaindera kita?”

Yusuf melihat ke luar tingkap melalui celah jari. Apabila guruh berdentum dia menyorokkan muka semua. “Puan, tolong tarik semula langsir.”

Puan Bainon tergelak kecil. Dia menutup semula tingkap dengan langsir dan menghampiri Yusuf. “Sudah dapat jawapan kepada soalan saya?”

“Kilat muncul dahulu di langit diikuti dengan bunyi guruh. Allah menciptakan cahaya bergerak lebih laju daripada bunyi.”

Bunyi guruh kedengaran sayup.

Nota Teknik Surah Yusuf:

  1. Aksi atau perbuatan watak atau pekata diletakkan di hadapan diikuti dengan dialog. Contoh: Puan Bainon menegur, “Kamu kelihatan gelisah sekali.”
  2. Ayat naratif menggunakan teknik ‘showing’ iaitu menunjukkan perilaku watak bukan ‘telling’ iaitu memberitahu sifat watak. Contoh: Yusuf merapatkan lutut ke dada. Tangannya menekup telinga. Penerangan: Yusuf takut dengan bunyi guruh tetapi penulis tidak menyatakan pada ayat naratif sebalik menunjukkan perilaku orang yang takut dengan guruh iaitu menekup telinga. Sebaliknya melalui dialog, watak Puan Bainon berkata, “Penakut rupanya kamu ini.”
  3. Penulisan aksi di hadapan diikuti dengan dialog menepati penulisan al-Quran dan hadis. Pekata diletakkan di hadapan baru apa yang dikatakannya (dialog). Maha Besar Allah yang menciptakan cahaya (visual/aksi) bergerak lebih cepat daripada bunyi (audio/dialog). Begitulah Allah menunjukkan teknik terbaik menulis cerita. Pembaca lebih terangsang imaginasinya jika diterangkan aksi (visual) dahulu diikuti dialog (visual).

Allah lebih mengetahui.

Yahamim: Buat dahulu baru cakap.

Entry filed under: Ilmu. Tags: .

Selamat Hari Lahir Ewah Kahwin-Kahwin: Cikgu Ha

5 Comments Add your own

  • 1. Siti Fairuz Shamsuddin  |  May 26, 2009 at 3:28 am

    Best la..

    Reply
  • 2. Johari  |  June 8, 2009 at 2:19 pm

    Kelakar.

    Reply
  • 3. fairuz 3RK  |  June 10, 2009 at 2:08 am

    ya Allah ya rabbi.. kau rupanya wahai sahabat yang duduk bersebelahan dengan kerusi selama 3 tahun. Apa khabar tuan? Sihat ke? saya sertakan bersama link blog saya.. jemput datang ade 2 bahagian
    islamika : http://ibnusulaiman.blogspot.com
    general /IT/ catatan harian ; http://wakfairuz.blogspot.com

    Reply
  • 4. wan irsalina binti khalid  |  July 3, 2009 at 3:22 am

    salam………
    boleh sy dapat kan suruh yusoff pendek x?

    Reply
    • 5. hamimnasoha  |  July 3, 2009 at 7:42 am

      Saya kurang faham maksud Cik Puan. Apa yang Cik Puan maksudkan dengan surah Yusoff pendek?

      Terima kasih.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: