Pesan Munsyi Abdullah

May 2, 2009 at 12:36 pm Leave a comment

Saya pohon berkat ilmu Almarhum Abdullah untuk menyiarkan pesannya. Juga pohon izin Tuan Haji Hamzah yang telah menterjemah Hikayat Abdullah ke dalam bahasa Melayu moden dan diterbitkan oleh PTS untuk memetik beberapa ayat dalam buku tersebut.

Pesan Almarhum Munsyi Abdullah berbunyi, “Bahawasanya barang siapa hendak belajar bahasa  bangsa-bangsa lain, maka seyogianya hendaklah diketahui bahasanya sendiri dahulu. Hal yang demikian supaya memberi faedahlah baginya bahasa yang hendak dipelajarinya itu, adanya.”

Dalam salah satu catatannya, orang Inggeris mencari seseorang yang dapat mengajarnya bahasa Melayu. Seorang datang dan ditanya oleh Munsyi Abdullah, “Encik ada belajar bahasa Melayu?”

Jawabnya, “Buat apa belajar tuan? Ini bahasa saya sendiri. Baru saya dengar orang belajar bahasa Melayu.”

 Munsyi Abdullah jawab, “Kalau encik tiada belajar, bagaimana boleh ajar orang lain?”

Orang itu diam lalu keluar.

Esoknya datang lagi seorang. Katanya sudah beberapa puluh tahun dia biasa menjadi guru. Munsyi Abdullah bertanya, “Encik guru, ada berapa bunyi dalam bahasa Melayu?”

 Jawabnya, “Siapa boleh bilang, tuan? Ada berlaksa-laksa.”

Munsyi Abdullah tertawa kerana kebodohannya itu. Dia berkata, “Bagaimana encik mahu menjadi guru kalau bunyi bahasa Melayu pun encik belum tahu?”

Orang itu marah, katanya, “Rambut saya sudah putih tapi belum pernah saya dengar orang tanya berapa bunyi bahasa Melayu.” Lalu dia terus pulang.

Soalan saya, samakah pendirian kita dengan guru pertama iaitu mengapa perlu belajar bahasa sendiri? Soalan kedua, berapakah bunyi bahasa Melayu?

Yahamim: Seram sejuk sendiri untuk menjawab kedua-duanya. 

Entry filed under: Bahasa Melayu. Tags: .

Laman Web Baru MyIPO Lebih Interaktif Gagah-gagah Si Cikgu Ha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: