Gagah-gagah Si Cikgu Ha

May 2, 2009 at 12:53 pm 1 comment

Kata Almarhum Munsyi Abdullah setiap kata bahasa Melayu perlu dipelajari asalnya, gunanya, bunyinya dan fungsinya. Adapun bila saya khabarkan kepada Cikgu Ha, cepat sahaja dia setuju.

Cikgu Ha saya uji, “Apa maksud gagah bagi orang Jawa?” 

Soalan itu dielehkan sahaja olehnya. “Tidak mencabar langsung. Orang yang gagah boleh kita bayangkan orangnya kuat. Bagi orang Jawa gambaran kuat atau gagah perlu disokong oleh dua sifat fizikal.”

Kata saya, “Sila jelaskan.”

Jawabnya, “Fizikalnya selain tegap perlu sedikit gempal.” 

Saya tanya lagi, “Cikgu Ha termasuk dalam kategori gagah?”

“Tidak. Tubuh saya mungkin tegap,” dia ketawa, “tetapi tidak gempal sedang-sedang elok sahaja.” 

“Begitu rupanya.” Cikgu Ha yang selalu disalah sangka orang mempunyai latar belakang tentera bukan dianggap gagah oleh orang Jawa. Mungkin paling mudah kita boleh bayangkan penggusti. Badan mereka kebanyakannya tegap dan gempal.

Saya terus bertanya, “Wajah ada-ada, cantik tidak tetapi manisnya ada seperti Cikgu Ha ini disebut apa?”

Dia tersipu, “Orang yang wajahnya elok disebut bagus (sebutan baku). Kalau yang betul-betul comel bapa saya selalu sebut jambu, tidak kira lelaki atau perempuan.”

Saya buat kesimpulan, “Mungkin budak-budak Jawa Malaysia yang mempopularkan perkataan jambu itu.”

Kembang kucup Cikgu Ha bila mendengarnya.

Yahamim: Yang sedang-sedang sahaja. 

Entry filed under: Cikgu Ha. Tags: .

Pesan Munsyi Abdullah Ubat Pening

1 Comment Add your own

  • 1. afyan  |  May 4, 2009 at 9:12 am

    Mungkin “sejambu-jambu” Cikgu Ha lebih sesuai🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: