Salam Yahamim Dijenamakan Semula (?)

April 17, 2009 at 12:51 am 9 comments

banner

bannerpestabuku

Beberapa hari yang lepas seorang sahabat menemui saya.

Dia bertanyakan tentang blog saya, “Bila nama blog hendak tukar kepada yahamim.com?”

Saya jawab, “Perlu bayarlah.”

“Setahun hanya RM 50, purata sehari tidak sampai 2 sen.”

“Nanti saya fikirkan. Mungkin selepas Hari Harta Intelek Negara 2009 (Mei).”

Kemudian dia mengemukakan cadangan yang menarik, “Bila sudah daftar, saya akan tolong set up semuanya. Satu malam sahaja boleh siap.”

Tukar kepada yahamim.com, itu perkara pertama. Saya juga turut memikirkan kemungkinan menukarkan ejaannya kepada “yahameem”. Macam menarik!

dsc01517

Walau apa pun, saya belum habis buat pertimbangan. Mudah-mudahan hal ini tidak menuntut ruang berfikir saya yang luas. Banyak lagi ruang yang perlu diperuntukkan untuk benda lain.

Yahameem: Nama Hamim Bin Nasoha tidak akan dijenamakan semula.

Entry filed under: Santai. Tags: .

Menteri Pelajaran Baru Pesanan Buku Untuk Pesta Buku

9 Comments Add your own

  • 1. YaQeen Ahmad  |  April 29, 2009 at 8:39 am

    Memang menarik.. Tetapi nama yang sedia ada sudah cantik. Bolehlah kalau nak tukar untuk masa-masa tertentu.

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  April 30, 2009 at 4:22 pm

    Ini kira surat bantahankah? Nampak gayanya terpaksalah saya kekal dengan nama sekarang.

    Reply
  • 3. YaQeen Ahmad  |  April 30, 2009 at 5:54 pm

    Ianya cantik bila dilabelkan seperti keychain di atas. Untuk blog, bukan yahamim sudah dipatenkankah? Ia nampak seperti ada jatidiri yang tersendiri. (agak mengampu sikit, hehe)

    Reply
  • 4. hamimnasoha  |  April 30, 2009 at 5:57 pm

    Saya terima ampu itu dengan senang hati. Wah, sudah pandai bercakap bahasa harta intelek sekarang (saya tidak mahu komen betul atau salah) 🙂

    Reply
  • 5. leli_syifa  |  September 4, 2009 at 12:44 pm

    saudara hamim…pengisian dalam blok anda memang cukup menarik. Saya amat meminati gaya penulisan saudara.tapi mengapa tidak menukar layout kepada yang lebih menarik..?hehehehehe…….

    Reply
    • 6. hamimnasoha  |  September 7, 2009 at 12:51 am

      Kurang menarikkah? Encik sudah melawat blog saya yang lain iaitu yahamim.com? Cuba ke sana dan beri ulasan sama ada ia menarik atau tidak. Terima kasih atas perhatian encik. Saya sangat hargainya.

      Reply
  • 7. leli_syifa  |  September 7, 2009 at 11:51 am

    bukan tidak menarik maksud saya tetapi warna background agak kurang menonjol…..saya bkn encik ye saudara hamim…saya cik hehehehe

    Reply
  • 8. hamimnasoha  |  September 8, 2009 at 12:14 am

    Saya memang dengan penuh sedar menulis menggunakan kata ganti diri “encik”. Itu tidak salah dari segi nahu bahasa Melayu. Sebagai melegakan hati “encik”, boleh lawat ke pautan blog Tuan Mohd Isa Abd Razak ( http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/09/kata-ganti-nama-encik.html )berkaitan isu panggilan “encik”.

    Tetapi jika tidak suka, saya terbuka untuk memanggil “cik”.

    Harap maklum.

    Reply
    • 9. leli_syifa  |  October 4, 2009 at 8:25 am

      salam….
      terima kasih daun keladi atas teguran encik hamim…saya sudah membaca tulisan dalam blog tersebut berhubung penggunaan kata “encik”. kini saya sudah lebih jelas walaupun ianya kedengaran agak luar dari kebiasaan.saya masih belajar dan masih memerlukan bimbingan daripada orang sekeliling…

      akhir kata, terima kasih encik hamim….hehehehe

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: