Jihad Bahasa

March 18, 2009 at 12:25 am Leave a comment

Assalamualaikum dan salam takzim pembaca budiman. Didoakan semoga semua sihat sejahtera dan di bawah nauangan rahmat yang Esa.

Saya tertarik dengan tulisan seorang penulis blog, Puan Nisah Haron yang bertajuk Perang Bahasa. Kita sekarang dalam medan “perang bahasa”. Perhimpunan 100 ribu pada 7 Mac adalah sebahagian daripadanya dan pejuang bahasa menang dalam pertempuran di luar istana tersebut.

Namun kita masih dalam suasana perang dan kita masih belum memenanginya. Nescaya selepas ini akan ada lagi pertempuran.

Sebagai golongan marhaen (bawahan) usaha kita tidak sehebat pejuang bahasa untuk duduk di barisan hadapan. Namun itu tidak bermakna kita tidak mampu melakukan apa-apa.

Jika masih sayangkan bahasa, usaha kecil tetapi berharga ini perlu dilakukan:

  • Gunakan bahasa yang betul semasa ber-SMS. Elak bahasa singkatan ciptaan sesuka hati.
  • Para penulis blog gunakanlah bahasa yang terbaik. Perhatikan ejaan, tatabahasa, tanda baca, huruf kecil-besar apatah lagi bahasa slanga. Begitu juga semasa menulis emel dan komen pada blog.
  • Apabila menulis emel, tulislah doa ringkas kepada penerima sebagai tanda hormat, lambang kesopanan dan ketinggian persuratan Melayu.
  • Jadikan diri sebagai orang yang teliti dan cerewet apabila melibatkan perkara yang bertulis. Cerminkan pendidikan anda yang tinggi itu pada penulisan dan juga percakapan.

Perjalanan mendaulatkan bahasa sangat panjang. Mungkin susah untuk kita memahami ketuanan Melayu dan kedaulatan raja Melayu tetapi kedaulatan Bahasa Melayu mudah kita fahami. Memartabatkan Bahasa Melayu samalah dengan memartabatkan ketuanan Melayu dan mendaulatkan Raja Melayu kerana itu adalah lambang orang Melayu. Jika itu pun kita enggan, adalah boleh fikir sendiri apa maksudnya.

Yahamim: Mujahid Bahasa.

Entry filed under: Coretan Dari Hati. Tags: .

Menangani Kesedaran Senarai Dalang Perhimpunan Mansuhkan PPSMI Terkini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: