Menangani Kesedaran

March 17, 2009 at 12:16 am 2 comments

Malam tadi, saya berbual-bual dengan rakan serumah tentang isu-isu semasa. Perbualan (lebih kepada perbincangan) banyak berkisar tentang kesedaran mengenai dasar PPSMI.

Rakyat jadi sedar dengan kesan dasar PPSMI sejak sumber alternatif seperti blog dan akhbar bukan arus perdana “dibaca”. Isu ini yang selama ini berlegar di kalangan ahli akademik meledak tiba-tiba kesedarannya di kalangan rakyat jelata.

Sejak tahun 2003 isu ini terkepung dan tidak terlihat oleh rakyat. Banyak menyelamatkan keadaan, kesedaran yang menggila ini dipandu oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). GMP-lah yang menyatukan kesedaran itu dan mengalirkannya ke arah haluan yang menumpu. GMP jugalah yang menganjurkan perhimpunan anti-PPSMI 7 Mac lalu.

Apa yang perlu kita buat adalah biarkan GMP menerajui perjuangan ini dan beri sokongan 100% gagasan mereka. Tidak perlu sebuah lagi gerakan yang membuat tuntutan yang sama kerana akhirnya nanti dua kumpulan ini yang berlaga. Teruskan mengumpul maklumat dan nantikan apa pengumuman serta tindakan GMP. Tugas kita pula menyokongnya agar suara mereka lebih padu, jitu dan “kuat”.

Rupanya Saya Redha

Perlu ditekankan bahawa tuntutan GMP adalah supaya Insitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memansuhkan PPSMI. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Oleh sebab itu, apabila kita kembali kepada dasar pendidikan yang berkuatkuasa pada dan sebelum 2003, ini bermakna IPTA hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Saya rasa mahasiswa juga ramai yang tidak sedar ini adalah isu mereka. Ramai yang lebih melihat pemansuhan PPSMI hanya pada peringkat sekolah rendah dan menengah sahaja. Tidak, Ia termasuk IPTA juga!

Sebelum ini saya tidak sedar isu ini dan redha dengannya. Rujukan saya ketika itu hanyalah TV dan akhbar perdana. Oleh itu apabila UTM mensasarkan menjadi “World Class University” di mana bahasa pengantarnya ditukar kepada Bahasa Inggeris, ia berlaku dengan sangat “kemas”.

Maksud “kemas” adalah ia seolah-olah dasar yang baik dan perlu dilaksanakan oleh setiap orang. Penentangan juga tidak berlaku kecuali rasa cuak sedikit untuk mengaplikasikannya dalam bilik kuliah. Rasa cuak, itu sahaja!

Pada peringkat kami ketika itu, penguasaan Bahasa Inggeris sudah agak baik. Mungkin juga dasar ini tidak menyusahkan kerana kami sudah mampu memahami dengan baik bahan rujukan Bahasa Inggeris.

Natijahnya kami tidak menyedari kesan jangka panjang dasar PPSMI terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Saya jua rupa-rupanya selama ini redha dengannya.

Namun sekarang tidak lagi, saya menyokong dengan tuntutan GMP supaya mengembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di sekolah rendah, menengah dan IPTA. SAYA SOKONG.

Yahamim: Redha dengan perjuangan GMP.

Entry filed under: Coretan Dari Hati. Tags: .

Senda Pagi Jihad Bahasa

2 Comments Add your own

  • 1. ridwanto  |  March 17, 2009 at 6:33 am

    Ya, di IPTA pun..

    Reply
  • 2. kamal  |  March 19, 2009 at 6:25 am

    saya juga ‘redha’ ketika belajar di UTM.
    Halus sungguh pendekatan yang digunakan, sehingga tidak sedar kesan jangka masa panjang terhadap penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: