Sorak Sorai Gembira

March 16, 2009 at 1:51 am 3 comments

Cemerlang SPM

Kita sedia maklum keputusan SPM 2008 sudah diumumkan pada hari Khamis yang lalu (12/03/09). Antara yang paling mendapat perhatian adalah adik Nik Madihah dari Kelantan yang mendapat 20 A. Alhamdulillah, kejayaan itu diberi kepada orang Islam. Baca antara rahsia kejayaannya di sini

Syukur juga ke hadrat Ilahi kerana adik saya (Hanisah Nasoha) juga cemerlang dalam SPM. Siapa sangka siapa menduga,  dia menjejaki abangnya yang pernah menjadi pelajar terbaik SPM di sekolah yang sama. Alah bukan sekolah bagus pun, sekolah kampung sahaja, SMK TUN ISMAIL, Parit Raja. Apa-apa hal pun syukur alhamdulillah.

Yahamim: Tetap menentang PPSMI.

Rindu Semakin Jauh

Hujung minggu yang lepas saya terpaksa menolak undangan hadir majlis perkahwinan dua orang rakan sepejabat. Kebetulan majlis kedua-duanya nun di Kelantan sana. Kebetulan kedua, ada dua orang sahabat sekolej yang melangsungkan perkahwinan serentak di Selangor ini. Saya terpaksa memilih hadir majlis di Selangor.

Bukan terpaksa sebenarnya, tetapi jelas ia datang dari hati. Kolej Tuanku Canselor, tempat yang mengajar saya erti matang dan kepimpinan. Tentu sahaja kawan-kawan sekolej lebih saya hargai kerana pahit manis yang sama-sama kami lalui adalah memori terindah dalam hidup.

Seminggu lebih awal saya sudah menghubungi kawan-kawan JKMKTC untuk mengatur supaya dapat berkumpul pada majlis tersebut. Walaupun masing-masing sibuk dengan tuntutan tugas, saya gagahi juga untuk mengumpulkan mereka. Rindu sangat kerana sudah lama tidak bertemu.

15 Mac tiba, perjalanan dimulakan dengan Klang sebagai destinasi pertama. Dengan menaiki kembara; saya, Naiem, Khairul dan Muzaffar bertolak dengan rasa teruja penuh di dada. 

Rumah pertama di Klang adalah rumah Suhaili Samsuri yang juga terkenal dengan nama Che Gue dan Kak Lot. Pasangannya adalah Che Wan Fajeri Abdullah.

dsc01489

Bergambar dengan pengantin lelaki Che Wan Fajeri, mantan pengerusi JKM Kolej 11.

dsc01488

Hero remaja dari kiri Khairul (Che Khai), Muzaffar, Naiem, Hamim (Che Am), Nafie (Che Pie) dan Abdul Aziz.

Sebenarnya Che Pie dan Aziz sudah terkeluar daripada senarai hero remaja kerana berkahwin. Che Pie sedang menunggu kelahiran anak pertama dan Aziz masih belum melahirkan (hehe, Aziz kena jaga badan).

Lepas makan kami bergegas minta diri kerana hendak ke Sabak Bernam pula. Namun saya masih sempat bergambar dengan pengantin dan berbual-bual sebentar dengan pengantin perempuan (Che Gue). Gambarnya saya tidak ambil kerana sudah jadi isteri orang (huhu nakal).

“Che Gue, saya hendak sampaikan salam daripada kawan-kawan yang tidak dapat datang. Che Fadh kerja hari ini, Che Dzul di Langkawi, Che Zan sibuk, Che Fiz outstation di Kelantan, Che Ul saya tidak dapat hubungi dan Che Ann mengajar tuisyen hari ini.”

“Tidak mengapalah, yang penting ada kawan-kawan JKMKTC yang datang.”

Destinasi seterusnya adalah rumah Siti Musfirah Mespuan (Che Kak) di Sabak Bernam! Tercangak-cangak juga kerana kali pertama ke sana. Apabila sampai majlis sudah habis. Nasib baik juga makanan masih ada, huhu lapar. Turut “ketinggalan keretapi” adalah Mahanorsasa (Che De) dan suami, Syed Farid. 

p150309_16441

Berdiri di kanan sekali adalah Mahanorsasa (Che De) antara JKMKTC 2004 yang kahwin paling awal. Pasangannya adalah Syed Farid (memangku anak) yang juga mantan Pengerusi JKMKTC 2001.

Sempat saya mengusik Che De, “Susahkah jaga anak?” Bukannya apa mukanya agak cengkung sedikit. Dia hanya tergelak. Walaupun cengkung tetapi wajahnya tetap ceria dan bahagia. Kini Che De sedang mengandung anak kedua. Tahniah!

15032009828

Siti Musfirah Mespuan (Che Kak) dan suami Shahrizal Saat “control” ayu. Malu-malu gitu.

Alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hendak berjumpa dengan kawan-kawan JKMKTC. Ralat juga kerana tidak dapat berjumpa dengan JKMKTC perempuan kerana datang lambat. Tidak mengapalah, lain masa boleh bertemu lagi.

Yahamim: Masih menanggung rindu.

Entry filed under: Hamim Situ Sana Sini, Kolej Tuanku Canselor. Tags: .

Bangsa Malaysia Senda Pagi

3 Comments Add your own

  • 1. cahayapembukaan  |  March 16, 2009 at 3:01 am

    salam..
    huhu..pegi juga ke?xsempat bjumpalah nie,kan?
    en shah tuh memang pemalu sangat2…
    saya dah balik awal setelahberkampung 2malam 2hari di rumah k.mus..abghamim bila lagi?hehe

    Reply
  • 2. CypherHackz  |  March 16, 2009 at 3:02 am

    Tuan hamba bila lagi nak kahwin? Gadisnya dah ada belum?

    Reply
  • 3. hamimnasoha  |  March 16, 2009 at 3:48 am

    Wah, sampai begitu sekali saya diasak. Insya Allah murah rezeki dan sudah sampai masanya berkahwin juga. Kiriman doa daripada tuan dan puanlah yang membawa kekuatan kepada saya.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,092 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: