Syukur/Kufur Bahasa
March 11, 2009 at 8:07 am Leave a comment
Berikut adalah antara negara yang syukur dengan nikmat bahasa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka:
-
Amerika Syarikat. Semua sedia maklum mereka yang menguasai dan mendahului dalam banyak perkara.
-
Jepun. Tidak perlu dipertikaikan lagi kebolehan mereka dalam reka cipta dan teknologi.
- UK, Australia, Kanada, dan New Zealand. Sistem pendidikan mereka sangat maju dan pendapatan berkapita juga sangat tinggi.
- Negara-negara Eropah juga aman dan makmur kerana mereka syukur dengan nikmat bahasa mereka.
Ini pula adalah golongan yang kufur bahasa. Kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris dalam sistem pengajaran:
- Afrika (Ghana, Zambia, Kenya, Zimbabwe, dan seluruh benua Afrika). Mereka menggunakan bahasa Inggeris dan sehingga kini mereka papa kedana.
- Filipina. Mereka mendakwa mereka sebahagian daripada Sepanyol. Kini mereka menggunakan Bahasa Inggeris dalam sistem pengajaran. Mereka adalah antara negara pengekspot pekerja kelas bawahan terbesar di dunia.
- India (juga Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka). Mereka mampu mengeluarkan pakar nuklear tetapi saintisnya tidak mampu mencipta rekaan walau yang menggunakan teknologi rendah. Rakyat India dan Jepun sama-sama makan nasi tetapi periuk nasi yang menggunakan prinsip asas pemanasan logam dicipta oleh Jepun. Rakyatnya juga hidup melarat.
- Singapura. Walaupun mereka kaya tetapi ramai rakyatnya yang menyesal tidak dilahirkan sebagai orang Inggeris. Rupa sahaja asia tetapi pemikiran mereka sangat terjajah.
Anda boleh cari banyak maklumat berkenaan negara-negara yang ‘ikut’ sunnah Nabi Muhammad (SAW) yakni mereka semua memandaikan rakyatnya dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Kemudian buat perbandingan dengan negara yang ‘ingkar’ sunnah. Sama-sama kita kaji dan fikirkan. Wallahualam.
Yahamim: Hendak jadi orang yang bersyukur dengan Bahasa Melayu.
Advertisements
Entry filed under: Ilmu.
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed