Pesan Cikgu Ha

March 5, 2009 at 12:34 pm 1 comment

Melekek-lekek ketawa Cikgu Ha  apabila membaca komen pembaca pada tulisan yang memaparkan secebis kisahnya. Terpaksa dia menekup mulutnya kerana takut dicop kurang sopan. Bertambah “bungah” (dibaca seronok) hatinya apabila diberitahu En. Hamim (boleh juga disebut Ya Hamim atau Hamim Ya Mim) kisahnya antara “hit” paling tinggi di blog ini.

Hatinya tertanya-tanya juga mana serampang tiga mata yang disebut olek Cik Yaqeen? Terkial-kial dia membaca sambil membilang jari. Agak-agaknya yang pertama Cikgu Ha tengah mencari jodoh. Keduanya pengalaman sebagai cikgu matematik dan ketiga perjuangannya menentang PPSMI. Sekejap-sekejap dia menggaru rambutnya. Entahlah, Cik Yaqeen sahaja yang boleh menjawabnya.

Kepada En. AimanMH bawak-bawak bersabar. Cuba contohi Cikgu Ha, walaupun marah tetap terpelihara budi pekertinya.

Oleh kerana Cikgu Ha tiada blog sendiri, maka saya yang didesak-desak supaya menuliskan pesan yang hendak dititipkan kepada pembaca semua. Sudah berkobar-kobar dan membara semangatnya hendak berarak menentang PPSMI hujung minggu ini (7 Mac, 2.00 petang, Istana Negara). Kepada semua, baca betul-betul dan ambil ingatan pesan Cikgu Ha ini. Muncung sedepa nanti jadinya kalau semua tidak ambil kisah. Saya juga yang susah hendak melayan rajuknya itu.

Pertama: Ada tiga tempat hendak berkumpul iaitu di Sogo, Central Market dan Masjid Negara sebelum pukul 2. Tegang urat lehernya meminta semua solat zuhur dahulu sebelum berarak. Hendak buat baik, perkara wajib jangan ditinggal.

Kedua: Sebolehnya-bolehnya pakai baju putih. Kepada yang perempuan jika tiada baju putih, boleh juga pakai juga tudung atau skaf putih. Itu lambang kepada pembersihan PPSMI.

Ketiga: Kita hendak berarak dan menghantar memorandum kepada pihak Istana, justeru jangan buat kecoh. Senjata bahaya tinggal, bendera parti juga tinggal. Hendak bawa sepanduk menentang PPSMI tidak mengapa. Dengar juga nasihat dan arahan ketua perarakan, kita tidak mahu mengganggu lalu lintas. Biar semuanya aman.

Keempat: Ingat nama-nama ini dan kalau boleh cam wajah mereka. Mereka inilah yang akan berjalan di barisan depan sekali diiringi oleh semua peserta perhimpunan.

  • Dato’ Dr. Hassan Ahmad – Pengerusi GMP
  • Prof. Dr. Shaharir Mohd. Zain – Timbalan Pengerusi GMP 
  • Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan – Naib Pengerusi GMP 
  • Tn. Hasni Abas – Pengarah GMP
  • Tn. Suhaizan Kaiat – Setiusaha GMP 
  • SN Dato’ A Samad Said – AJK GMP
  • Pn. Ainon Mohd. – AJK GMP

Kelima: Jaga keselamatan masing-masing. Ini disebabkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohammad Sabtu Osman telah menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perarakan yang dirancang penyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI. Tetapi jangan peduli, apa yang kita buat untuk kelangsungan martabat Bahasa Melayu juga.

Saya sudah menyampaikan maksud Cikgu Ha, jadi tiada dakwa-dakwi lagi. Satu sahaja yang saya hendak pesan. Oleh kerana belum ada anak dara yang berkenan berkenalan dengan Cikgu Ha, jangan pula meliar mata itu semasa berarak. Saya cungkil biji mata baru tahu.

Yahamim: Sudah ramai kenalan.

Entry filed under: Cikgu Ha. Tags: .

Ulang Tahun Pertama Bekerja Kita Mansuhkan PPSMI!

1 Comment Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  March 6, 2009 at 12:26 am

    Cikgu HA, bila nak hantar kad ?
    Ni alamat nya,
    14 jalan Jasa 18 Taman Mutiara Rini 81300
    Skudai.
    Jangan lambat2, senang kami mengatur langkah…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,092 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: