Kisah Cikgu Ha

March 3, 2009 at 2:02 am 6 comments

Ingin saya berkisah tentang seorang cikgu yang masih muda belia. Ceritanya berlaku lama dahulu, kira-kira dua tahun lepas. Cikgu tersebut namanya Cikgu Ha, dipanggil cikgu kerana mencari duit saku sebagai guru tuisyen selain tugas hakikinya sebagai pelajar.

Orangnya masih muda belia, tidaklah terlalu elok paras rupanya tetapi kiranya ada-ada juga. Bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, “Cantik itu tidak tetapi manisnya ada.” Namun begitu dia masih bujang trang tang tang. Bukan takut bercinta tetapi belum tiba masa katanya. Kepada anak dara yang sudah teringin sangat hendak berlaki mungkin boleh cuba-cuba.

Melalut pula cerita saya ini. Ini bukan pasal Cikgu Ha hendak mencari jodoh. Bukan, tidak sama sekali. Ini pasal tugasnya sebagai guru tuisyen. Tetapi dia tidak menolak jika ada anak dara yang ingin mencuba. Melalut lagi.

Adapun kerjaya sebagai guru tuisyen bukanlah dirancang-rancang olehnya, apatah lagi kerjaya impian. Walaupun bapanya memang suka dia menjadi cikgu tetapi cita-citanya lebih tinggi daripada itu. Tawaran tuan punya pusat tuisyen selain kekurangan wang menggiurkannya.

“Guru ibarat lilin yang menerangi.” Itulah kata-kata azimat yang dia dengar sejak kecil. Maka tugas itupun dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Diberikan tugas mengajar mata pelajaran matematik sangat menggembirakannya kerana dia memang bagus dalam mata pelajaran itu.

Setiap minggu berulang-aliklah Cikgu Ha dari kolej ke pusat tuisyen demi tugas barunya. Hujan dan panas dia tidak hirau, penat dan lelah pun dia tidak risau. Kalau motornya rosak sanggup dia meminjam, malah kalau sakit pening sanggup dia pendam.

Anak muridnya pula tidaklah cerdas-cerdas belaka, tetapi semua rajin-rajin belaka. Selepas diajar begitu begini, semuanya masih ternganga tidak faham sana sini. Diterangkan semula itu ini, barulah faham walau seorang ke kanan seorang ke kiri.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Itu pesan orang dulu-dulu dalam mendidik anak-anak. Terkadang hendak sahaja dicincang rebung ini kerana degil tidak lentur-lentur, malah melibas balik apabila dilepaskan. Disabarkan juga hati Cikgu Ha kerana mendidik perlu kesabaran.

Soalan matematik ini bermain dengan nombor, diajar pula dalam Bahasa Melayu. Itupun susah hendak tangkap konsepnya.

“Bagaimana agaknya cikgu sains mengajar?” Tertanya-tanya juga Cikgu Ha dalam hati.

Kadang-kadang macam orang kena sampuk lagaknya Cikgu Ha ini. Berjalan keliling seperti pemain kuda kepang yang kesurupan. Ini semua bukan gara-gara anak muridnya yang lambat tangkap, tetapi angkara Pak Menteri yang bengap.

Apabila bercakap soal Menteri Pelajaran memang hilang budi bahasa Cikgu Ha, serasa hendak mencarut mencaci belaka. Dalam berpantun pun terisi maki hamun dan caci. Disabarkan hatinya, nasib baik semua berlaku dalam hati jika terluah di mulut pasti anak dara yang asyik mengintai Cikgu Ha habis lari. Jangan takut, Cikgu Ha tetap terpelihara budi pekertinya.

Kalau Cikgu Ha boleh berjumpa dan bercakap dengan menteri, hendak dibisikkan ayat Al-Quran berikut kemudian dipekikkan ke telinganya apa maksudnya.

“Dan kami tidak mengutus seorang Rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya, agar dia dapat memberi penjelasan kepadanya.” Surah Ibrahim ayat 4.

Nabi dan Rasul memandaikan umatnya dengan bahasa mereka bukan bahasa asing. Pak Menteri pula pandai-pandai mengajar orang Melayu menggunakan Bahasa Inggeris. Supaya lebih pandai katanya.

Pak Menteri juga liat tidak mahu ikut sunnah Al-Quran. Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab kepada Nabi Muhammad yang berbangsa Arab. Tetapi Pak Menteri menurunkan kitab-kitab sains dan matematik kepada anak Melayu dalam Bahasa Inggeris.

“Alif, ba, ta kayu.” Itu kata sifu Cikgu Ha kepada orang yang otaknya tidak berapa nak cerdik tetapi tidak mahu dengar kata.

“Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh diikut.” Itu kata orang lama-lama.

Sayang Cikgu Ha tidak mengajar lama. Dia terpaksa berpindah ke ibu negara kerana tuntutan nafkah. Tetapi perjuangan Cikgu Ha tidak terhenti. Cikgu Ha terus menentang gagasan Pak Menteri demi anak bangsanya. Cikgu Ha juga sudah pandai berdemonstrasi. Dia tidak takut sedikitpun. Kepada sesiapa yang ingin ikut sama, rajin-rajinlah mengintai peluang yang ada.

Alang-alang sudah berjuang, biar sampai menang. 

Yahamim: Cikgu Ha duduk di sebelah ketika menaip kisah ini.

Entry filed under: Cikgu Ha. Tags: .

Sabtu 7 Mac: 3 Lokasi Berhimpun Blog Pelajar dan Bekas JKM KTC

6 Comments Add your own

  • 1. ridwanto  |  March 3, 2009 at 2:31 am

    Salam,
    Dengar kata Cikgu Ha sudah berpunya…
    Ingin benar bertemu Cikgu HA..
    Sudah bertunang lagaknya seperti artis.
    Sembunyi-sembunyi kerana menjaga glamour….
    Di cerita nya pada si adik, sang jurutera di pasir Gudang, kerana di sindir, dipalu seorang kawan…
    Mengadu tanda geram, tapi apa nak buat.
    Bukan kah Cikgu HA..
    Popular, seperti artis tersohor Malaya…

    Reply
  • 2. YaQeen Ahmad  |  March 3, 2009 at 6:29 am

    Orang lama kata, “Ini salah satu contoh artikel serampang tiga mata.”

    Reply
  • 3. muhammadridwanto  |  March 3, 2009 at 8:44 am

    Ya, begitulah cik Yaqeen, orang sudah berpunya. Jangan di ganggu, nanti yang tersayang marah…
    Waduh, gembira hati melihat kebahagian Cikgu Ha

    Reply
  • 4. hamimnasoha  |  March 3, 2009 at 10:29 am

    Saya tumpang gembira dengan kebahagiaan Cikgu Ha.🙂

    Reply
  • 5. aimanMH  |  March 4, 2009 at 4:55 am

    memang pak menteri kita ni bengap2 bleka….terima kasih Cikgu Ha kerana benarkan perkataan kurang sopan ni berada di blok cikgu…hahahahha…hamim…obtul la diorg ni suke sgt tolak sunnah….nape la,…pada pandangan peribadi saya pun x nmpak lgsung keikhlasan perjuangan pak menteri kita ni…yg nmpk hny duit je…sedih mengenangkan nasib adik2 kat kg yg terpaksa berjuang utk belajar dlm bahasa inggeris…kdg2 terguris hati melihat keputusan mereka yg teruk…tp apakan daya…tak boleh nk salahkan mereka…yg bengangnya dgn pak menteri LA!!!!!….klu tgk realiti bdk2 kg skg mcm lg x bersemangat nk g skolah…dlu zaman kita hny cuma mengelak kelas BI tp skg diorg cuba mengelak sekolah kerana semua subjek dlm BI….hampeh jek!!!…..jom berjuang!!

    Reply
  • 6. ct  |  March 5, 2009 at 7:51 am

    ntah le….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,107 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: