Kisah Susu Ibu

February 25, 2009 at 1:47 am 1 comment

Saya ingin kongsikan satu cerita yang saya terima melalui emel. Kebenarannya tidak saya pastikan. Saya serahkan kepada yang arif untuk mengesahkannya. Wallahualam.

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika, ada dua orang ibu yang melahirkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut!

Ini kes berebutkan anak lelaki! Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.

Pada waktu tersebut, belum ada  ujian DNA. Mereka sudah buat ujian darah, malangnya kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Doktor pakar dari Amerika itu pun bertanya kepada kawannya, seorang doktor dari Mesir tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut. Dia pernah mendengar bahawa Islam dan Al-Quran ini agama yang sempurna dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.

Terkedu doktor dari Mesir tersebut pada mulanya. Kemudian dia  mengajak doktor Amerika itu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari Mesir.

Ulama dari Mesir itu bertanyalah apa masalahnya. Setelah  diceritakan segalanya, ulama mesir tersebut tersenyum.

Hendak tahu apa yang ulama itu suruh buat? Alah…bukannya suruh potong dua macam dalam cerita Melayu lama itu! Ulama Mesir tadi suruh agar diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!

Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. Dapat sahaja keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.

Hendak tahu apa keputusannya? Salah satu daripada susu ibu tersebut mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.

Ulama mesir tersebut berkata, “Ibu yang mempunyai susu yang mempunyai
bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut.”

Maka doktor Amerika tadi bertanya, “Apakah  buktinya ia terdapat di dalam Al-Quran?”

Ulama Mesir memberitahu bahawa, “Bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda daripada anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan ‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan.”

Semoga menjadi panduan buat kita semua.

Yahamim: Minum susu ibu.

Entry filed under: Santai. Tags: .

Wayang Kulit Contoh Ucapan Politik Yang Bijaksana

1 Comment Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  February 25, 2009 at 3:39 am

    MANIS NYA susu ibu..
    MANIS juga cincin yang tersarung di jari….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: