Hukum Tarikan

February 12, 2009 at 7:32 am 1 comment

Saya ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi daripada buku bertajuk Hukum Tarikan (Law of Attraction) tulisan Michael J. Losier. Di sini saya kongsikan satu tips mudah untuk menarik tenaga positif ke dalam diri.

Hidup hanya ada dua keadaan; baik (positif) dan buruk (negatif). Jika hidup kita positif tahniah diucapkan. Jika mengalami keadaan yang negatif jangan susah hati, gunakan ilmu hukum tarikan untuk menjadi keadaan lebih baik.

Jika berlaku perkara negatif dalam hidup, perasaan kita berasa celaru. Oleh itu jadikan ia positif dengan bertanya kepada diri, “Jadi, apa yang saya inginkan?”

Contoh 1:

  • “Saya tidak suka jalan yang sesak.”
  • Soal kepada diri, “Jadi, apa yang saya inginkan?”
  • Jawapannya, “Saya suka perjalanan yang lancar.”

Contoh 2:

  • “Saya benci tempat kerja saya.”
  • Soal kepada diri, “Jadi, apa yang saya inginkan?”
  • Jawapannya, “Saya suka tempat kerja yang selesa dan cukup kemudahan.”

Mengikut hukum tarikan kita akan tarik apa yang difikirkan. Memikirkan perkara yang positif, kita akan tarik perkara positif. Memikirkan perkara yang negatif, kita akan tarik perkara negatif.

Dengan bertanya soalan tersebut (“Jadi, apa yang saya inginkan?”), minda kita akan jadi positif semula dengan jawapan yang diperolehi. Minda kita terus-menerus menarik perkara positif.

Tidak susahkan untuk merasa bahagia dalam kehidupan? Selamat mengamalkan hukum tarikan!

Yahamim: Memancarkan tarikan positif sama banyak dengan stesen pemancar telekomunikasi.

Entry filed under: Ilmu. Tags: .

Zapin Tenglu Rukun Islam Zapin Tenglu dan Zapin Kores

1 Comment Add your own

  • 1. YaQeen Ahmad  |  February 12, 2009 at 10:34 pm

    Ada pil penenang yang saya ambil berhadapan dengan masalah.

    Tanya pada diri, “Apa sebenarnya masalah manusia yang paling besar?”

    Jawapanya : Bagaimana nak menghadapi mati.

    Selalu ingat mati. Kita akan lebih menghargai apa yang ada dan cuba jadi lebih bijak.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


February 2009
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: