Merbahaya atau Berbahaya
February 4, 2009 at 4:24 am 2 comments
Minggu lepas rakan pengacara saya Ally Iskandar (perasan habis) dalam rancangan bual bicaranya, ALLY membincangkan isu bahasa rojak dalam penggunaan harian.
Ally Iskandar Hamim Nasoha
Ada satu soalan daripada penonton di studio yang keliru mengapa dahulu perkataan “merbahaya” diterima tetapi kini ditukar kepada “berbahaya”. Kemudia dia cuba memprovokasi adakah ini tandanya bahasa Melayu masih belum kukuh tatabahasanya justeru berlaku perubahan ini selain perubahan lain.
Dijawab dengan tenang oleh tetamu undangan punca perkataan “merbahaya” timbul adalah akibat dasar peralihan tulisan jawi kepada tulisan rumi pada tahun 70-an. Sebenarnya perkataan asal adalah “marabahaya” tetapi ia dieja tanpa alif selepas huruf mim. Ia tersilap dibaca sebagai merbahaya. Oleh itu perkataan ini kini ditukar kepada berbahaya selain memang tiada imbuhan mer- dalam tatabahasa Melayu baku.
Soal perubahan bahasa adalah tandanya bahasa Melayu adalah bahasa yang berkembang. Oleh yang demikian sentiasa ada perubahan pada penambahan perkataan, tatabahasa dan hukum penggunaanya. Hal ini boleh dilihat perkembangannya daripada bahasa Melayu lama, bahasa Melayu klasik dan kini bahasa Melayu moden.
Akhir kata bahasa Melayu ada ragamnya yang tersendiri, perlu kita tahu bagaimana untuk berbahasa agar terpelihara keindahannya dan jadi kita orang yang santun berbahasa.
Yahamim: Ada sahabat tertanya-tanya mengapa saya tidak ambil bahagian dalam perbincangan itu. Jawapannya Ally Iskandar belum kenal saya.
Entry filed under: Coretan Dari Hati.
1.
muhammadridwanto | February 4, 2009 at 6:33 am
bila nak sertai TV 3 ?
2.
hamimnasoha | February 4, 2009 at 6:42 am
Belum ada rezeki, masih mencari ruang dan peluang. Doakanlah.