Belajar Tajwid

January 23, 2009 at 9:39 am 6 comments

Hidup ini tidak akan habis menuntut ilmu. Ilmu yang kita sudah tahu pun bagus jika diulang banyak kali, biar lekat, biar teguh di hati dan mudah-mudahan dapat diamalkan.

Bengkel penulisan dengan Puan Ainon (sifu) akan saya hadiri dari semasa ke semasa. Kelas bahasa Inggeris sudah selesai, mungkin pertengahan tahun akan disambung untuk peringkat yang lebih tinggi. 

Pesan cikgu satu sahaja, apabila sudah belajar perlu diamalkan. Saya pencinta bahasa Melayu, maka bahasa Inggeris akan saya gunakan apabila perlu (dibaca terdesak) sahaja .

Puan Ainon pula akan terus bertanya, “Bila buku akan siap?”

Dengan penuh semangat saya akan jawab, “Saya akan siapkan secepat mungkin.”

Sekarang ini saya baru berguru dengan Cikgu Nasharudin, belajar tajwid. Saya hendak betulkan bacaan yang pekat Melayunya kepada bunyi yang lebih Arab (murninya hasrat) selain faham hukum tajwid.

Saya suka betul kelas ini kerana hari pertama sudah diajar hukum tajwid untuk surah kesukaan saya. Surah apa? Surah Yusuf. Sebab apa? Mana boleh cerita, sangat peribadi (buat masa ini sahaja). 

Mudah-mudahan tahun ini makin banyak ilmu yang ditimba dan makin bertambah amalan. Amin.

Yahamim: Tidak berani masuk Akademi Al-Quran. Pencarian Lelaki Melayu di Tv 9 mungkin saya akan pergi, itu pun jika ada.  

Entry filed under: Santai. Tags: .

Ucapan Bahasa Inggeris Merbahaya atau Berbahaya

6 Comments Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  January 28, 2009 at 2:17 am

    Ko memang hebat ….ameenn

    Reply
  • 2. kamal  |  January 29, 2009 at 8:24 am

    Saya akan undi anda sekiranya terpilih menjadi peserta Lelaki Melayu…..huhuhu…..

    Reply
  • 3. aimanMH  |  February 2, 2009 at 3:28 am

    tv9 nk kuarkan pencarian lelaki jawa sejati…hahhaha…bagus la blajar tajwid…tapi aku ni nk blajar akidah n tauhid…tp lum jumpe guru yg sesuai…maklum la soal akidah ni kne hati2….kan byk kes ajaran sesat…

    Reply
  • 4. hamimnasoha  |  February 5, 2009 at 1:57 am

    Saya sungguh terharu dengan sokongan padu yang ditunjukkan oleh Ridwanto dan aimanMH kepada blog ini. Semoga masing-masing terus berjaya dengan cita-cita, bahagia dalam melayari kehidupan rumah tangga dan semua yang baik-baik belaka dalam kehidupan.

    Reply
  • 5. mutiarabernilai  |  February 8, 2009 at 8:00 pm

    salam..
    blajar tajwid?
    Alhamdulillah..
    tajwid sangat penting..

    dalam solat..
    kalau tajwid tak betul..
    kalau sebutan nya salah..
    maka apa hukum solat tu??
    soalan utk abg hamim..
    (hehe..selame ni dlm kem asyik a.hamim yg bg soklan..kali ni biar sy lak yang tany a.hamim.. )

    surah yusuf??hm..🙂

    Reply
  • 6. hamimnasoha  |  February 9, 2009 at 11:40 pm

    Itu berkaitan dengan projek terbaru saya. Projek itu masih dalam pembikinan dan ia berkaitan dengan Surah Yusuf. Insya Allah kalau sudah dilancarkan, saya akan uar-uarkan🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,132 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: