Penunggang Motorsikal Di KL

January 21, 2009 at 12:22 am 4 comments

Sudah lebih 7 bulan saya menjadi penunggang motorsikal di bandar metropolitan Kuala Lumpur. Keluar rumah seawal mungkin selepas subuh dan pulang lewat petang adakalanya melewati waktu Isyak sudah menjadi rutin.

Baru-baru ini saya dapati jalan raya luar biasa sibuknya, lebih-lebih lagi apabila sekolah sudah dibuka dan minyak sudah turun harga. Waktu pagi perlu keluar sebelum jam 7 jika tidak mahu bersesak-sesak.

Ada beberapa trend penunggang motorsikal yang dapat saya perhatikan:

  1. Penunggang yang saya potong kebanyakannya individu tetapi yang memotong saya kebanyakannya pasangan suami isteri. Saya tertanya-tanya juga mengapa mereka gemar menunggang laju.
  2. Penunggang yang keluar sebelum 7 pagi lebih gemar memecut laju.
  3. Penunggang yang keluar selepas 7 pagi sederhana kelajuannya.
  4. Pulang kerja; terus balik apabila tamat waktu bekerja atau tunggu sehingga hampir maghrib. Antara waktu itu jalan sangat sesak!

Bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya, pengguna perlu tahu banyak jalan. Saya sebagai contoh untuk berulang-alik antara Subang-KL mempunyai empat laluan berbeza tetapi saya lebih gemar melalui Damansara (Penchala Link) kerana lebih selesa dan lengang.

Yahamim: Beli kereta apabila sudah benar-benar kaya.

Entry filed under: Motor Yang Menderu. Tags: .

Pilihan Raya Kampus UTM Skudai Ucapan Bahasa Inggeris

4 Comments Add your own

  • 1. muhammadridwanto  |  January 21, 2009 at 1:58 am

    Ok juga, beli lah kereta. Apabila sudah merasakan perlu untuk memakainya. Nak tunggu kaya, tak tahu lah bila ya…??

    Reply
  • 2. hamimnasoha  |  January 21, 2009 at 5:11 am

    Takrifan kaya aku adalah apabila aku tak perlu sentuh duit gaji. Perancangan dah ada, masa sahaja akan menentukan berjaya atau tidak.

    Reply
  • 3. Ridwanto  |  January 22, 2009 at 1:07 am

    semoga berjaya..ameen

    Reply
  • 4. aimanMH  |  January 30, 2009 at 3:06 am

    KALU X SENTUH DUIT GAJI ABIS TU NK SENTUH DUIT APE?…..HMMM,….JAUHILAH RASUAH…..HEHEHHEHE

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Maklumat Penulis

Nama penuh saya ialah Hamim Bin Nasoha. Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) di UTM Skudai dari tahun 2001 hingga 2007. Bekas pemimpin pelajar di Kolej Tuanku Canselor (KTC) sebagai Ketua Biro Kebudayaan JKMKTC 2004, Timbalan Pengerusi 1 JKMKTC 2005 dan Pembantu Felo (2006-2007).
Add to Technorati Favorites

Blog Stats

  • 108,092 hits

Twitter Updates

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

%d bloggers like this: